Ahad, 28 Mac 2010

10 Tahun Selepas 50 Tahun Merdeka

10 tahun lagi, semua orang jadi kaya raya. Kalau setakat 20 ringgit tu apalah sangat. Semua pandang duit juta-juta punya. Tak kiralah apa pangkat sekalipun. Suri rumah pun boleh berjaya dan masuk iklan macam iklan Hai-O tu. Semuanya hidup senang lenang. Tak perlu dah kerajaan bagi subsidi macam-macam. Gaya hidup pun dah bertukar. Masalah sosial sudah tiada sebab semua orang sibuk duduk rumah buat duit.


Tapi disebabkan masalah sosial tiada, semuanya jadi macam barua. Yang bergelar makcik-makcik pun dah tak ada keinginan nak memasak. Apatah lagi orang gaji. Masak dah tak rupa macam masakan. Rupa longkang tersumbat adalah. Budak-budak kecil yang berangan nak jadi tukang masak satu hari nanti tu simpan sajalah hasrat dalam hati. Malu kena gelak dengan mak bapak saja. Tak perlu berangan tinggi-tinggi. Karier paling popular waktu ini adalah suri rumah.


Jobstreet.com
pula dah tak laku. Habis musnah semua karier yang orang Yahudi buat. Gejala Freemason dan Benedict Order tu sekadar jadi bahan lawak chat dalam Facebook sahaja. 1Malaysia pun entah kemana. Isu perkauman habis tutup kes. Tak pernah ada masalah perkauman langsung. Court futsal lagilah. Habis lengang macam kena sumpahan Mahsuri 10 tahun lepas. Dan dan tu jugak Mahsuri tak kahwin dan takda anak luar nikah. Memang sampai kiamatlah padang tak pernah kena pijak.


Pak guard universiti pun dah lama tak tengking-tengking dan saman pelajar. Iyalah, semua pelajar dah takda. Masing-masing asyik duduk di rumah. Sampai Kementerian Pelajaran Malaysia pun dimansuhkan sebab dah tiada fungsi. Orang lagi pentingkan buat duit dekat rumah. Masing-masing tak mahu keluar. Satu dunia dah jadi pemalas. Pensyarah universiti pun banyak bersara awal padahal umur baru 23 tahun.


HarianMetro pun dah bankrap. Dah takda cerita pasal artis lagi. Orang lain taknak jadi artis pergi sana sini. Kalau ada pun artis, semuanya audition pakai video chat dekat YM. Shooting cerita pun pasal kehidupan di rumah sahaja. Mana ada lagi cintan-cintan. Maju dah sekarang. Fazura pun dah lama bersara jadi duta MyEG. Kalau cerita pasal artis pun dah tak ada, apatah lagi pasal ahli politik. Yang pihak pembangkang entah kemana, yang BN pun tak tahu mana pergi. Parlimen semua dibubarkan. Mungkin ada sikit kumpulan kecil yang berani tampil. Itupun berdebat dalam video chat juga. Macam video conference bincang pasal masa hadapan. Alih-alih, masing-masing duduk rumah juga.


****

¨Woi! Apo kono ko ni jang? Dah pukul brapo dah ni? Lipan ekau tak kasi makan? Ekau bilo nak masuk tido? Pukul 4 pagi ni jang. Mengadap laptop tu lamo-lamo buek apo?¨

Lamunan Pak Tam terhenti seketika dari bermain poker dalam Facebook. Kacau line betullah pemuda tadi. Pak Tam baru nak all in.

Tiada ulasan: