Jumaat, 19 Mac 2010

Fal Yatafaddhal Masykuura!

Masa zaman sekolah menengah dulu, Pak Tam belajar di sebuah sekolah agama. Bukan Sekolah Menengah Agama (SMA), tapi Sekolah Agama Menengah (SAM). Banyak bezanya. Jika perkataan ´menengah´ itu diletakkan antara 2 patah perkataan, maka sekolah itu merujuk pada sekolah hasil dari kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kalau SAM, dulunya adalah sekolah swasta dan dihandle oleh pihak jabatan agama mengikut negeri. Sekarang semuanya dah selaras sejak tahun-tahun sudah. Rasanya dah 3 tahun kot kata Menteri Pendidikan. Sapa entah nama dia. Bukan hensem pun nak ingat nama dia. Tak kompem juga masuk syurga kalau dapat hafal nama dia.


Lagi satu, dalam SAM diwajibkan semua pelajarnya mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. Sukatan pelajarannya juga ditambah dengan adanya pelajaran seperti Fiqh, Tauhid, Nahu, Sorof (dari Tingkatan 4 sampai sekarang Pak Tam tak ingat apa maksud dia), Tafsir Al Quran dan Hadith. Yang bestnya, semua sukatan tambahan ini diajar dalam bahasa arab. Konon macam pra Al-Azharlah. Orang kata, sekolah foundation Al-Azhar.


Memang Pak Tam terer bab Bahasa Arab ni. Setakat hua huma hia huma hunna tu kacang saja. Siap boleh buat lagu lagi. Surah An Naba´ pun dia boleh buat lagu macam lagu Popeye. Tu belum kira pengetahuan Pak Tam pasal fiil madhi, mudhori´ dan fiil amar. Meletup! Dah macam orang arab bila dia cakap.


Kalau Bahasa Arab tu bahasa yang ketiga paling susah dalam dunia pun Pak Tam boleh cincai-cincai belajar, apatah lagi Matematik Tambahan. Terlalu senang katanya. Tak mencabar langsung. Setakat variable, x, y, Z, a, square root, range, domain, volume, differentiation, integration mudah saja Pak Tam jawab. Nasib baik audition cerita Numb3rs tu takda. Kalau ada, takut dia ubah jadi program realiti pulak. Iyalah, nanti Pak Tam habis sapu semua populariti dia.


Tapi yang pelik, sampai sekarang Pak Tam tak berjaya bergraduasi. Apa kes?(Cerita lain).


****

Pak Tam ternampak papan tanda jalan semasa memandu proton wira standard yang bertulis ¨Johor Bahru 197km¨. Beliau perhatikan jam pula. 7.05. Lebih kurang pukul 7.10 minit, beliau ternampak lagi satu papan tanda tulis ¨Johor Bahru 178km¨. Mulalah dia berkira-kira kelajuan.


Dalam masa 5 minit, beliau sudah bergerak sejauh 19km. Kalau sejam, dia dah boleh pergi 228km. Jadi, dia bawak kereta 228km/j kiranya. Hebat Pak Tam ni. Kira pakai congak saja. Mungkin cikgu Bedah masa dia darjah 6 dulu selalu hempuk kepala dia sampai dia boleh congak dengan laju. Kalah Siti Sifir.


Pak Tam makin pelik. Dia paling kuat tekan minyak pun sampai 130km/j saja. Nak masuk 140km/j pun dah gigil-gigil meter tu. Salah ke papan tanda tu? Ke salah meter? Rasanya tak pernah lagi rosak apa-apa kereta tu. Memang dahsyatlah jurutera proton wira ini. Rilek saja diorang tipu JPJ bab meter tu.


Yang jadi hairannya, kenapa orang Melayu suka bawak kereta laju-laju dan suka bikin-bikin? Lagi-lagi kereta proton. Konon boleh laju buat masuk lumba Merdeka Race. Kalah juga kalau takda sponsor. Ada hati nak lawan kereta yang ada sponsor. Minyak saja dah puluh ribu. Ada duit ke bang? Mungkin mahu ke bulan agaknya, ketawa kecil hati Pak Tam. Bawak 130km/j pun dah macam bawak 230km/j. Kalau bawak 240km/j? Nak kalahkan roket ke apa?


Perli-perli Pak Tam kat orang Melayu lain pun, ada juga yang dia bangga dengan pemandu Malaysia. Tak kiralah teruk mana jalan tu, rilek saja orang Malaysia bawak kereta laju-laju. Sampai boleh cilok-cilok lagi macam motor kapchai sambil letak siku dekat tingkap kereta . Pegang rokok pula tu. Rasa-rasanya mungkin ini salah satu sebab kenapa Karamjit Singh masuk Rally.

Tiada ulasan: