Satu petang yang mendamaikan, kelihatan kelibat manusia sedang tekun memberi perhatian terhadap perkhidmatan internet. Memang bukan orang lain, itulah Pak Tam. Sejak dua menjak ini, makin malas dia melayan lipan-lipannya walaupun musim mengawan telah lama habis. Bosan katanya selalu sangat menghadap lipan-lipan itu. Mungkin patut dibiarkan tidak berjaga supaya jadi tough sikit. Barulah orang ada semangat nak beli. Lagi-lagi kampungnya sudah mula menjebakkan diri dalam kancah menyabung lipan. Ayam tak main lagi dah sebab harga ayam selalu naik bila waktu raya. Diorang ini memang suka main waktu raya kerana waktu itulah sanak saudara pulang ke kampung halaman dan mengutu beramai-ramai sehingga menjelang subuh. Itupun balik rumah bukan nak terus sembahyang, baru nak masuk tidur. Kononnya ada alasan untuk bangun tengah hari buta.
Bab lipan tadi, memang ramai yang komplen lipan-lipan Pak Tam tiada semangat kesukanan. Lembiklah, pondanlah, lipan bandarlah, dan macam-macam lagi. Mungkin disebabkan itu Pak Tam sedikit terasa. Beliau mengambil keputusan supaya lipan-lipan itu diternak secara liar tetapi terkawal. Biar orang kampung tahu bahawa lipannya ada umph!
Terlalu sangat asyik bermain Facebook, Pak Tam sehingga lupa pasal latihan intensif untuk lipan-lipan beliau. Selalunya latihan ini diadakan pada waktu petang begini sampai dah nak dekat waktu Maghrib. Sudah lama beliau amalkan perkara ini. Memang nampak perubahannya. Lipan-lipan tersebut telah menampakkan kesannya. Otot-otot mereka sudah mula tersembul macam Malik Noor. Latihan itu dimulakan dengan larian marathon keliling kampung sambil Pak Tam mengayuh basikal. Pak Tam memberi amaran bahawa beliau akan memijak sampai lumat barang siapa yang tidak dapat mengikut kelajuan beliau. Pak Tam beria-ia mahu adakan latihan ala komando. Baru tak macam Liga Super katanya.
Pemuda bingai itu selalu menemani Pak Tam semasa latihan sehingga Pak Tam melantik beliau sebagai pembantu jurulatih. Kadang-kadang Pak Tam membahagikan latihan itu kepada 2 kumpulan. Senang sikit nak handle. Takdalah Pak Tam nak terkejar sana terkejar sini kot kot lipannya ada yang cedera semasa latihan.
****
Sedang Pak Tam asyik meng´ayat´ seorang makwe dalam Faebook yang baru beliau add, ada satu mesej Facebook masuk. Beliau dengan perasaan serba serbi ingin tahu terus membiarkan makwe tersebut bercakap dengan angin lalu lalang. Terus sahaja diklik peti masuk.
¨Hari ini Pak Tam tak sibuk pulak?¨ Lebih kurang begitulah bunyi mesej itu. Penghantarnya memang langsung Pak Tam tak kenal. Mahu sahaja Pak Tam buka profil si penghantar itu. Manalah tahu, kot kot peminat setia ke. Lagi satu, dari mana penghantar ini tahu nama glamor beliau sedangkan beliau meletakkan nama penuh dalam Facebook. Pak Tam berprasangka bahawa manusia misteri ini memang sudah lama mengusha beliau.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Seorang perempuan yang seksi macam gambar-gambar awek gig dalam Myspace. Habis comel kata Pak Tam. Intan Syarifah Nurgayah Che Nor Al Evron binti Shareepudin Izhammat diberi nama. Sedap namanya. Sembang punya sembang, si peminat tadi hanya menggelarkan dirinya Nor saja.
bersambung...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan