Jumaat, 26 Mac 2010

Har-Apan

(klik pada gambar untuk paparan yang lebih ganas!)

Pak Tam terkenal kerana harapannya. Cerita tak nak kalah. Ada satu hari, ceritanya sampai berbilion-bilion. Alih-alih, lepak kedai mamak juga tengok bola sama order air suam. Lebat jugalah ceritanya. Siapa yang baru nak kenal, mesti cakap Pak Tam poyo lebih. Yang dah kenal lama, buat-buat paham sudahlah.


Berbangkit isu harapan ini, Pak Tam ada kenal dengan seorang mamat. Besar susuk tubuhnya macam Mark Henry dalam WWF (tak pernah jumpa dalam WWE). Hebat mamat ni. Pandai berkata-kata sampai orang sekelilingnya gelar mulut mesra. Pandai main ukelele pula tu. Beliau pernah dijemput beraksi dengan band hampir popular satu ketika dulu untuk bermain ukelele beliau di satu majlis keraian menyambut kedatangan perdana menteri Malaysia punya anak buah punya sepupu punya cicit. Rasa-rasanya kenduri kahwin. Entahlah, mungkin makan malam pelajar seni USM kot. Tak ingatlah. Lama punya cerita.


Disebabkan beliau terlalu mesra, orang menggelarnya RAJA HARAPAN buat seketika. Masuk tahun 2010, gelaran itu telah berpindah milik kepada mamat PEKIDA itu hari. Mungkin beliau kurang aktif memberi harapan barangkali. Kalau setakat ajak pergi minum, selamba saja beliau ajak 5 kali. Alih-alih, duduk memerut juga. Tak kemana pun.


Disebabkan seorang wanita mampu memberi seribu daya penarik, hanya dengan satu ajakan boleh menggerakkan punggung beliau dari ´ibu maksiat´ dengan satu SMS sahaja. Pelik juga. Rakan-rakannya telah mengajak berpuluh kali namun masih tidak berjaya. Masih juga melekat punggung ala Rikishi di situ. Mungkin satu hari nanti beliau boleh masuk line si perempuan itu kot. Almaklumlah, khabarnya perempuan itu bergerak solo sekarang. Ada can untuk beliau menapak masa depan yang cerah!


Malangnya, nasib si pemuda bertubuh sasa ini kurang menyebelahi beliau. Boleh dikatakan hampir setiap bulan beliau akan terlibat dengan kemalangan kecil. Langgar motorlah, keretalah, nasib baik tak ada lagi pengalaman dengan lori. Kalau tak, memang underground.

Baru minggu lepas, pemuda tadi merancang mahu pulang menjenguk ayah dan bonda di kampung halaman. Dengan harapan berkobar-kobar dan RM300 dalam genggaman, beliau meneruskan perjalanan ke Gopeng bersama kereta kancil kepunyaan abang kandung beliau.


Malang tidak berbau, jalan mula menjadi licin disebabkan hujan di terowong maut Jelapang. Secara tiba-tiba lampu brek semakin rancak mewarnai mata pemuda tersebut. Tindakan yang hebat berlaku disitu. Bam! Habis lampu Honda Stream bertebaran seperti pasir di tepi laut di atas jalan dek penangan ´mumper´ dan ´mangad´ kancil biru.


Sudah jatuh ditimpa tangga, terpijak tahi kuda pula, pemandunya orang timur. ¨Kawe da bawok keto 30 tahun. Mu saloh! Kawe dok kiro. RM1000 tukar bumper keto ni. Kawe nok kelik Mache lepah anto anok kawe pegi UTP.¨


Dengan selamba ex-Raja Harapan memberi sepatah dua kata. Pung pang pung pang air liur menyembur. Alih-alih pemilik Honda Stream tadi hanya dapat RM200. Dahsyat sungguh. Mungkin begitu penangan si mulut mesra.


****

¨Yang hang patah balik sapa suruh? Awat tak balik rumah terus? Bukan jauh lagi dah.¨

¨Bagilah, bagilah lagi...¨ emosi Bule (bukan nama sebenar) bernada mahu menangis dengan mengangkat kedua tangannya ke kepala secara berulangkali sambil dikerumuni 5 keping nota RM1 bersepah di atas katil. Dah rabak agaknya.

Tiada ulasan: