Dengan cogan kata ¨berbaloi baloi,¨ impaknya telah kelihatan. Imej Maya Karin telah menghantui dunia Pak Tam. Mentang-mentanglah kawasan kampungnya ada GSM. Pak Tam sudah berjaya melepasi tahap menggunakan laman portal interaktif untuk mengetahui keadaan luar negara. Mulalah berangan nampaknya. Duit dalam tabung haji masih lagi bertimbun-timbun. Mungkin sudah sampai masanya Pak Tam mengorak langkah drastik untuk ke luar negara, getus hatinya berbunga-bunga.
Berbekalkan ilmu yang beliau dapat dari internet dan pamplet agensi pelancongan, Pak Tam yakin dia mampu ke London. Mulalah terbayang Emirates Stadium dan London Bridge dalam kepalanya. Kali ini dia betul-betul yakin akan menyaksikan kesergahan bangunan tersebut yang selama ini hanya dapat ditatap di skrin LCD Samsung 17 inci.
Pasport sudah lama beliau sediakan. RM300 sedikit sangat nilainya jika dibandingkan dengan RM10,000 harga tiket pergi balik. Naik Emirates lah tu. Setia sangat dengan Pak Arab. Entah-entah sudah kena guna-guna kot Pak Tam ni. Kalau pasal lipan-lipan beliau tu tak akan tergadai punya. Jangan risaulah. Takkan kemana tu. Kalau setakat beratur panjang di pejabat imegresen, memang tiada hal. Pak Tam sudah lali beratur panjang-panjang. Cuma beliau kurang gemar akan bau rokok Surya yang menyelubungi perkarangan pejabat imigresen tersebut. ¨Alah, small the pieces lah. London punyo pasal, den sanggup.¨ Pak Tam berspeaking seorang diri macam orang gila. Nasib baik kebanyakan orang yang berada di situ kurang memahami.
Sesampai rumah dari membeli tiket, perasaan lega bercampur seronok tak ingat mula menular diri Pak Tam. Pasport dan tiket penerbangannya digenggam erat sambil tercium-cium bau kapal terbang. Lega hatinya ibarat baru bertemu cinta pandang pertama dan cintanya diterima pula tu. Gembira sangat-sangat sehingga mahu melompat sambil mengambil gambar menggunakan DSLR macam budak-budak Facebook selalu muat naik dalam profile mereka.
****
1730, Sunday XXth October 20XX. Tulisan yang tercatit dalam tiket. Hari ini hari sejarah buat Pak Tam. Mula mengorak langkah dengan membawa sejuta harapan. Harap-harap orang kampung tidak lagi memandang serong kepada beliau kerana kegagalan menjual produk MLM tempoh hari. Harapan dikendong dengan penuh cermat ke lapangan terbang agar menjadi buah mulut orang kampung. Dengan bekalan doa agar beliau dipandang mulia oleh orang kampung, Pak Tam berani menaiki teksi mahal. Bukan prebet sapu ya.
Setibanya beliau di lapangan terbang, pemeriksaan bagasi dijalankan. Gugup juga jantungnya. Maklumlah, pertama kali. Apa yang kau orang jangka? Ditambah pula dengan isu-isu terrorisme, bertambah takut Pak Tam. Baru malam sudah beliau menonton filem yang ada babak FBI menyoal siasat. Itu yang dirisaukannya.
¨Ah, terlepas ruponyo den! Alhamdulillah. Nasib baik takdo apo apo.¨ Tiada bunyi tit tit macam dalam filem tu. Beg balik kampung beliau juga tidak mengalami sebarang masalah pemeriksaan.
****
Muka beliau monyok dan mencuka. Tiba-tiba beliau tertonton satu rancangan agama dalam televisyen. Nama rancangan tersebut Kalam Ilmu kalau tak silap. Dalam rancangan tersebut, ada 3 ahli panel sibuk membicarakan soal Ah Long.
¨Kalau ada sesiapa yang berkeinginan untuk berhutang, maka lupakanlah kerana secara tidak langsung, tabiat suka berhutang akan timbul. Pada mulanya kepada ahli yang rapat dengannya, selepas itu dia akan mula untuk berhutang dengan orang yang tidak dikenalinya. Jadi elakkkanlah. Amalkanlah doa Rasulullah...blah blah blah.¨
¨Cilako! Kenapo den senasib dongan Faizal Tahir?¨

Tiada ulasan:
Catat Ulasan