Pak Tam baru pulang dari bertapa di sebuah gua yang ada 12 tingkat di Kuala Lumpur. Gua itu memang dahsyat bentuknya. Berpusing-pusing macam hotel Al-Burj dekat Dubai sana. Siap dengan nama lagi. Sheraton kalau tak silap. Katanya, pergi menuntut ilmu keusahawanan. Balik kampung, memang lain macam. Dia kata dekat orang kampung, beliau akan jadi usahawan kalau berjaya jual 3 produk yang beliau dapat dalam seminar tersebut. Lepas itu, jika orang yang membeli daripadanya menjual kepada tiga orang yang lain, Pak Tam kata boleh jadi jutawan. Sahlah Pak Tam kena basuh dengan budak-budak MLM.
Setelah 6 bulan, haram satu produk pun Pak Tam tak dapat jual. Pak Tam mula menyalahkan kesinambungan MLM. Sebenarnya orang kampung dah lama tahu pasal MLM tapi disebabkan oleh kebengapan Pak Tam yang melampau, beliau seorang sahaja baru memandang serong terhadap MLM. Katanya penipulah, penyangaklah. Kalau dah tak terer tu, memang tak terer jugak Pak Tam oi. Datuk Dr. Rozmey tu berjaya juga. Buat skim yang sama tapi takda pula dipersalahkan orang lain.
Pak Tam berfikir sejenak (bukan sejenak sangatlah. Ambil masa dalam 2 tahun macam tu). Dia mula rasa komputer dan internet merupakan satu keperluan masa kini. Kata orang memujuk beliau, komputer boleh buat main solitaire kalau bosan menambah keyakinan Pak Tam yang kini banyak masa terluang kerana lipan-lipannya masih dalam musim mengawan. Semuanya sibuk dengan sumbang mahram. Cinta punya pasal, sanggup tak nak makan lipan-lipan ni. Hebat betul cara Pak Tam bela.
Mulalah mencongak duit tabung haji yang dikumpul sejak darjah tiga. Cukup rasanya mahu beli LCD skrin Sony 17 inci dan CPU yang mantap ada 500GB hard-disk, 8GB RAM DDR3, Intel Quad 3.34GHz Processor. Wah, tahu pula Pak Tam ni! Kata bengap habis.
*****
Pulang dari Low Yat (dengar dari orang kampung dan mat-mat rempit pakai N90 ada GPS), Pak Tam mengendong sekotak komputer. Dengan nafsu yang membara, beliau berlari keanak-anakan sehingga ke rumah kerana tak sabar-sabar mahu menggunakannya.
Sampai sahaja di rumah, lunyai kotak komputer itu dikerjakan. Rakus nak mampus Pak Tam ni. Semuanya dipasang mengikut buku panduan yang ada 4 bahasa; B.Malaysia/Indonesia, Cina, Inggeris dan Uzbekistan. Hah? Kenapa mesti Uzbekistan? Ah. Lantaklah, janji Pak Tam boleh faham baca buku tu.
Punat ´on´ yang tertera dekat CPU sebesar syiling 20 sen atau lubang pusat Pak Tam sendiri mula ditekan. Tut tut tut. ¨Ha, sudah. Tak menyalo pulak. Apo kono pulak ni?¨ menggeletar hati Pak Tam kerana tidak menyala satu pun. Puaslah dia menghayati dan membelek buku panduan itu sehingga terpaksa panggil mat-mat rempit tadi untuk menolong. Habis satu kampung dipanggilnya. Seorang pun tak berjaya menghidupkan komputer berjenama ASUS itu. Nak telefon kedai, beliau tiada telefon rumah ataupun telefon bimbit. Nak pinjam kat mat-mat rempit tadi, haram diorang nak kasi. Mana nak kasi, harap pakai iPhone 3GS beli hutang, kredit takda. Nak ke telefon awam, dah jahanam budak-budak kampung jadikan garisan penamat lumba haram.
¨Rehat dululah. Tongah panas lagi kot. Menatang ni merajuk dengan den kot,¨ Pak Tam cakap bersendirian dengan nada sedikit putus asa. Pak Tam pun mula menyandar di sofa peninggalan arwah keluarganya. Beliau bangkit untuk terus ke dapur mencari serbuk kopi untuk membuat air ngam ngam secawan.Beliau pun kembali merehatkan minda di ruang tamu sambil membawa kopi tersebut. Sambil-sambil itu beliau turut membelek majalah dan flyers yang ada di atas meja.
¨Patutlah tak dapek on. Cilako! Den kono hari ni,¨ jerit hati Pak Tam sambil membaca notis dari TNB.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan