Isnin, 8 Mac 2010

Snuker Pusat Hiburan Petang-Petang Pak Tam (Part 1)

Makin lama makin teruk Pak Tam. Kononnya pergi ke tempat yang berhawa dingin sejuk sikit. Lagipun, mana ada tempat yang berhawa dingin dibenarkan hisap rokok. Tempat-tempat beginilah Pak Tam selalu menghabiskan masa terluangnya. Nak main internet dah jemu sampai tahap dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Lipan-lipannya masih lagi dalam proses mengawan. Kelapan-lapan ribu lipannya masih dalam mood itu. Mereka lupa dengan Pak Tam. Sampai hati mereka melakukan sedemikian rupa. Pak Tam pun satu. Dah tak ada hiburan lain lagi ke? Pergilah karaoke ke, main boling ke. Ini tidak. Pusat snuker juga yang dia cari.


Memandangkan hampir setiap hari Pak Tam lepak sana, beliau main pun dah semakin cun. Ramai mat rempit kampung beliau dah mula takut kehebatan Pak Tam. Kalau dulu, mereka selalu sangat tiaw Pak Tam dalam bola bertuah. Sekarang otai bola bertuah pun kadang-kadang saja ajak Pak Tam main. Itupun diorang ajak masa baru lepas dapat gaji. Memang habis semua duit diorang Pak Tam sapu. Kalau setakat sehari dapat RM100 tu biasalah bagi Pak Tam.


Beliau dapat berkawan dengan pemuda itupun dari pusat snuker Ah Seng. Kebetulan hari itu, pemuda tersebut datang berseorangan. Tiada teman untuk bermain snuker katanya. Lalu, Pak Tam jugalah tempat untuk melepaskan gian. Nak buat macam mana. Kalau main sorang-sorang, rugi. Kalau main dua orang, sekurang-kurangnya yang kalah pergi bayar table. Sejak itu mereka semakin akrab. Rumah kau, rumah aku jua lebih kurang begitulah keakraban mereka. Rokok? Dah macam rokok sendiri. Tak perlu meminta. Rembat sahaja.


****

Nak dijadikan cerita, satu hari Pak Tam dan pemuda ini tengah sesak. Almaklumlah, pertengahan bulan. Biasalah tu. Mereka bercadang untuk mencari sumber pendapatan lebih.

¨Kau ado 10 ringgit tak?¨ Tanya Pak Tam.

¨Ado. Kau nak buek apo jang?¨ Pemuda itu kehairanan. Bukan senang Pak Tam nak pow beliau. Selalunya Pak Tam yang kena pow.

¨Main jom!¨ sambil Pak Tam membuat gaya memegang kayu mencucuk bola.


bersambung...

Tiada ulasan: