Isnin, 8 Mac 2010

Ada Can Tak?

(Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih ganas!)



Dengar khabarnya, ayah Pak Tam nak beli motor ni. Ayah beliau memang kaki rider pun sejak zaman remaja lagi. Daripada motor Vulcan 500, Honda 1000 CBR, Virago, Suzuki 1100 GSX (motor ini tetap terbaik sebab dapat beli yang dah siap bikin pakai ekzos Yoshimura berharga RM4,000, gasket dengan tayar Michellin cun habis dan dah setting untuk buat lumba trek). Adalah peluang Pak Tam nak merasa. Lantaklah pasal lesen tu. Kalau setakat kuda putih polis, senang-senang saja motor ni bagi makan asap. Tak akan terkejar punyalah. Dengar khabar motor ini bapanya nak beli hujung bulan ini. Ish. Bestnya jadi Pak Tam. Jeles?


Sedikit info pasal motor BMW 1000SR ini: Warna yang hendak dibeli adalah hitam. Ala, macam cerita Sembilu tu. Kan Erra Fazira ada bawak motor Honda/Suzuki (tak ingatlah brand apa) kaler merah. Yang Rosham Noor bawak itulah. Itulah motornya. Motor Singapura pula tu. Tapi berdasarkan mat-mat rider Malaysia, mereka kurang gemar memiliki motor dari Singapura kerana ekzosnya tak mengancam. Kecohla Singapura ini. Bising sikit pun tak boleh. JPJ selamba kasi lepas. Sebab tulah ekzos Yoshimura diharamkan di Singapura. Jadi peminat motor berkuasa besar, jangan pasang ekzos tersebut jika anda mahu ke Singapura. Nanti kena saman susah. Mahal pula samannya.


Info untuk peminat: Carilah motor Ducati, Aprilia ataupun Suzuki. BMW pun boleh juga tapi mahal sangat. Motor Honda banyak meragam. Nak jalan jauh sikit pun tak boleh pakai minyak reserve. Tangki penuh ke apa, kena isi minyak baru juga. Bypass diorang memang tak tahan.


p/s: Lepas ni bolehlah Pak Tam pergi Penang naik motor. 2 jam je woi!
p/s2: Rekod paling laju Pak Tam; 30minit ke Melaka dari Kajang.

Tiada ulasan: