Masih segar dalam ingatan Samsul lagi ketika pertemuannya dengan Hanapi Mahmood yang mengubah persepsi dirinya terhadap muzik. Ketika itu beliau baru saja lepas graduasi Tadika KEMAS. Boleh dikatakan Hanapi seorang yang jauh lebih matang dari beliau kerana mengikut perkiraan teori alam semesta Adi Putra, Hanapi ketika itu berumur 7 tahun. Maka, lebih banyak yang ditempuhi oleh Hanapi berbanding beliau sewaktu pergi membuat koleksi duit raya. Beliau lebih berpengalaman 2 tahun dalam bidang kutipan. Setakat RM 10 itu apalah sangat.
Hanapi adalah orang pertama yang mencorak segala bentuk jenis rock ke dalam otak Samsul. Samsul hanya melopong mendengar si lagenda rock yang sebaya dengannya bercerita.
Hanapi adalah orang pertama yang mencorak segala bentuk jenis rock ke dalam otak Samsul. Samsul hanya melopong mendengar si lagenda rock yang sebaya dengannya bercerita.
¨Balik ni suruh abang kau pergi beli kaset Wings. Baru boleh layan hangguk-hangguk kepala. Nanti dah besar kita boleh simpan rambut panjang,¨ yakin si Hanapi bercerita kepada Samsul sambil mengorek pasir untuk membina laluan rahsia istana.
¨Samsul, balik!¨ Suara nyaring Nurgayah Che Mansor menjerit sambil diselang-seli dengan azan Maghrib berkumandang. Pantas sahaja Samsul menaiki basikal beroda tiganya sebagai tanda kesetiaannya terhadap Sin Chan. Memang tak pernah miss satu episod pun.
¨Besok aku ajar kau main polis sentri pulak ya. Budak rock selalu jadi orang jahat.¨
2 ulasan:
sapa cakap budak rosk selalu jadi orang jahat?
nak kena lada ke mulut??
;P
takmau.tak baik lada mulut orang.lagi elok muka buruk dari perangai buruk
Catat Ulasan