Ahad, 18 April 2010

Aku Lagi Suka Bawak Kereta Daripada Motor

Entri ini khas untuk 18 tahun keatas yang merokok sahaja. Jadi, kategorinya adalah 18SR. Budak sekolah menengah yang hisap rokok, diorang tak ada lesen kereta. Jangan menyibuk ya adik-adik.


Kalau nak ikutkan, bawak motor lagi layan dari bawak kereta. Aku lagi suka naik motor sebab senang. Entri ini hanya mahu membincangkan tentang si perokok yang suka merokok ketika membawa kenderaan. Payahlah nak naik motor sambil hisap rokok. Lagi-lagi kalau tengah hisap Dunhill. Buat sakit hati saja. Angin punyalah kaw-kaw, aku rasa kalau kau orang semua hisap rokok sambil bawak motor, paling banyak pun dalam 7 pam saja. Lainlah macam kereta. Pung pang pung pang asap keluar. Rokok tetap macam tu jugak. Kalau ada orang gila hisap rokok tak bukak tingkap, tu lagi jimat. Sampai kena puntung aku rasa dia boleh hisap lagi.


Lagi satu masalahnya, kita kategorikan kepada kenderaan yang ada klac dan tiada klac.


1. Kenderaan ada klac.

Penggunaan tangan sangatlah banyak untuk motorsikal. Bila masa pulak nak sumbatkan rokok dalam mulut? Kalau nak tukar gear, dah tentu kena tarik klac. Kena pakai tangan kiri. Konon boleh tukar tangan lah ke tangan kanan. Otak kau berjambul! Kau nak suruh siapa pulak pulas throttle tu? Kalau tak pulas, baik jalan kaki.

Kereta tak payah cerita. Semuanya pakai kaki. Kalau setakat stereng tu, pakai satu tangan pun dah cukup. Mungkin agak susah bila nak tukar gear. Tapi aku tengok, Mat Anas dengan abang aku boleh saja buat memandu pakai satu tangan. Selamba saja dia orang tukar gear pakai tangan yang letak kat stereng sambil hisap rokok. Time tengah layan corner pulak tu.


2. Kenderaan tidak berklac.

Semua motor kapchai bergear, brek belakangnya terletak di kaki (aku tak pernah jumpa motor biasa pakai brek kaki belah kanan). Mungkin kurang sedikit masalah. Orang kudung tangan kiri masih boleh menunggang motor lagi. Cuma mereka tidak boleh hisap rokok sambil bawak motor. Tapi tetap juga menyusahkan. Pembakaran tembakau rokok adalah maksimum dengan dibantu oleh angin yang sangat kencang. Sakitlah poket kalau selalu beli rokok hanya untuk sepam dua per sebatang.

Untuk motorsikal yang tiada gear seperti skuter, penggunaan tangan adalah maksimum. Kedudukan brek belakang terletak di pemegang belah kiri. Kanan dah guna pulas throttle, kiri pulak standby tekan brek. Tak kan nak merayu kat tuhan mintak tangan ketiga untuk pegang rokok pulak?

Kereta, tak payah cerita. Lagi senang. Hanya guna sebelah kaki dan sebelah tangan pun dah boleh jalan. Silap-silap boleh pakai kaki kiri untuk hisap rokok (hanya untuk professional sahaja. Jangan cuba lakukan aksi ini).


Nak buat macam mana, ini perkara yang biasa aku tengok untuk pemandu yang merokok. Asal namanya mahu memandu, mesti bakar rokok dulu. Tak kisahlah kereta ke, motor ke. Janji mulut mesti mahu masuk asap. Sebab tu aku prefer kereta. Kalau jadi penumpang, pedulik apa aku! Mana-mana pun aku bantai. Kalau boleh hisap rokok dalam bas, mesti dah lama aku buat. Bas yang ada tingkap tepi macam bas Foh Hup memang port budak-budak balik sekolah hisap rokok kat seat belakang sekali.

Tiada ulasan: