Isnin, 5 April 2010

Hangat-Hangat Tahi Ayam, Tahi Lembu Juga Yang Dapat Nama

(Apahal mamat ni tak menang ABP 2009 ha? Rosyam Nor pun berlutut nak belajar berlakon dengan dia)



Aku ingat nak mula start kerja dekat Siti Nurhaliza Productions lah. Agak-agak dia pandang tak muka aku?

Mohamed Affan Abdul Rahman
37, Jalan BPP 1/1
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
5hb April 2010
_____________________________________________________
Datuk Siti Nurhaliza binti Tarudin
Siti Nurhaliza Production,
Kuala Lumpur


Datuk,

Mengisi Kekosongan Jawatan Pemandu Peribadi dan Syarikat


Saya seperti nama di alamat merujuk perkara di atas.


2. Tanggal 4hb April 2010, saya telah dimaklumkan oleh TV3 bahawa Datuk telah menerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009. Hadiah yang berjaya dibawa pulang adalah seperti yang TV3 war-warkan dalam siaran langsung.


3. Seperti pihak Datuk sedia maklum, pihak Datuk telah menerima sebiji kereta Nissan X-Trail yang berharga RM 130,000.00. Sukacita ingin saya maklumkan kepada pihak Datuk bahawa saya mempunyai lesen memandu kelas B2 dan D. Jangan risau, saya tidak berminat dengan hadiah sumbangan Habib Jewel berharga RM 150,000.00 itu.


4. Saya tahu Datuk tidak mempunyai lesen dan mempunyai suami yang malas membawa kereta. Saya rela menjadi pemandu sepenuh masa bagi pihak Datuk sekeluarga. Masakan Nissan X-Trail tidak digunakan dan hanya dibiarkan bersawang di halaman rumah. Perkara ini boleh menimbulkan buah mulut jiran-jiran tetangga yang memfitnah bahawa Datuk sekeluarga tidak mempunyai wang untuk membayar duit minyak.


5. Dengan sukarelanya saya hadir bagi mengurangkan gosip-gosip jiran tetangga dan Harian Metro. Pihak Datuk tidak perlu terjerumus dalam sebarang konstroversi lagi. Ini membolehkan pihak Datuk masa untuk diluangkan kepada bidang perniagaan kacang di Sekolah-Sekolah Rendah mahupun Sekolah-Sekolah Menengah.


6. Gaji yang dipohon masih boleh dirunding berdasarkan pendapatan pihak Datuk sekeluarga. Namun begitu, saya meletakkan RM 30,000.00 sebagai deposit sebelum mula bekerja. Andai kontrak tamat, hanya 5% deposit akan dipulangkan kembali. Ini memudahkan pihak Datuk melarikan diri dari membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan. Bayaran tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sebarang bentuk aset yang diiktiraf oleh pihak bank juga diterma seperti rumah, kereta, kapal layar dan tanah.


7. EPF, SOKSO ataupun KWSP tidak perlu disediakan kerana saya boleh mengambil insurans sendiri. Kawan saya ada jual Takaful insurans. Andai terjadi kemalangan, Datuk tidak perlu pecah kepala kerana Takaful yang akan menanggung kos kemalangan tersebut.


8. Saya sangatlah berharap pihak Datuk dapat mengambil saya kerana tiada pemandu lain yang lebih cekap dari saya yang akan meminta gaji semurah ini. Cuba pihak Datuk fikir, andaikata pihak Datuk mengupah Lewis Hamilton menjadi pemandu peribadi. Agak-agak, berapa banyak dia minta? Mahu-mahu USD 1 juta sebulan.

Sekian, terima kasih.


MAJULAH PEMANDU UNTUK PENUMPANG.


Yang Benar,


............................
(Mohamed Affan Abdul Rahman)

*Cetakan berkomputer. Tidak perlu tandatangan.

Tiada ulasan: