Pasal dia aku sanggup buat apa sahaja. Tak kisahlah walaupun terpaksa bergadai rambut panjang, janggut yang selalu aku trim ataupun misai. Imej lama dah tak boleh pakai. Seluar jeans koyak-koyak tak boleh pakai. Nanti dia malu katanya. Kalau pakai selipar lagilah. Nak nak yang selipar jepun. Memang mengamuk habis. Tinggi tastenya. Tapi nak buat macam mana. Masa depan orang cakap. Sanggup berkorban untuk apa sahaja.
Aku kenal dia pun baru berapa minggu lepas. Semuanya sebab internet. Cayalah internet! Memang terbaik. Tapi umur dia aku tak ingat sangat. Nama pun ingat-ingat lupa. Janji perempuan sudahlah ye dok? Seronok dia tak ingat sampai aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Tapi kena berkorban sikitlah beb. Kalau pasal telefon tu tak payah cerita. Setiap hari aku telefon dia. Dia tak payah keluar satu sen pun. Haram kalau nak tunggu dia call. Kalau nak main miscall-miscall tu, alamat henfon ke lubang jambanlah jawabnya. Takkan kemana.
Dah sangkut punya pasal, habis aku bergolok gadai. Terpaksa pinjam kereta member sebab nak pergi jumpa dia. Pinjam sana pinjam sini dah menjadi darah daging cuma satu orang saja yang aku tak berjaya pow. Dia lah. Apa lagi. Bukan dekat bang nak jumpa. Sampai Damansara nun. Pergh! Demand lebih minah ni. Motor dengan LRT tak mahu naik. Katanya, dari kecik lagi tak pernah naik sebab takut. Aku nak ajar, dia tak nak jugak. Lantaklah kat dia. Nak jumpa pun kat tempat dia saja. Kalau boleh, ambil dia betul-betul dalam rumah dia. Tempat lain taknak pula.
Konon datang membawa seribu harapan. Lengkaplah satu badan aku habis di make over balik. Dah boleh apply jadi model dah gayanya. Kerana seorang perempuan, aku sanggup redah hujan naik motor pergi Damansara sebab kereta tak dapat pinjam sambil berkasut. Berkasut beb! Memang susah orang nak jumpa aku pakai kasut. Pergi Dinner yang ada PM pun boleh pakai selipar ASADI Ultra Light, inikan pula nak pergi dating. Memang lain macamlah senang cerita feel aku dengan minah ni.
Yang member-member ni pun satu hal. Member lain tengah dalam keadaan terdesak ni, bagilah pinjam kereta tu. Nanti aku isikan lah minyak. Kecohlah lu brader. Motor pun motor la. Janji dapat jumpa. Memang kuat betul bomoh minah ni. Dengar cerita minah ni anak lot. Kena jaga taste dia la beb. Jatuhlah air muka dia kalau jumpa orang selekeh macam aku.
****
¨Nanti minggu depan saya call balik ya. Awak tunggu saja saya call.¨
Cilaka! Bagi harapan lagi. Dah 10 interview aku pergi, semua macam ni. Haram seorang pun tak call balik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan