Dari jauh mata sudah mengerling kepada susuk tubuh bagai seorang penagih ini. Berbekalkan gaya rambutnya bak Slash Guns N´ Roses hinggalah ke seluar jeans berjenama Lee koyak di lutut ibarat seluar mat rempit baru sudah layan corner cecah lutut macam Valentino Rossi tu, beliau gagahkan sahaja menahan kerlipan mata sekeliling. Sememangnya rockstar. Bagai berjalan atas awangan, Samsul mendabik dada kini kerana pulang ke kampung halaman dengan semangat dan gelaran jaguh ROCK saentero.
****
¨Assalamualaikum.¨ Samsul masih ingat asal-usulnya yang dilahirkan orang Islam. Beliau masih belum murtad. Ada satu hari, hampir berlaku di sebuah gig Black Metal. Nasib baik beliau sempat ditangkap pihak JAKIM.
Suasana islamik seperti episod terakhir Nur Kasih mula menyelubungi alam. Kelihatan seorang tua terhegeh-hegeh membuka pintu.
¨Waalaikumussalam. Masuklah.¨
Wanita itu menyambung, ¨datang nak cari siapa ni nak? Anak ni nama apa?¨ Petah pula perempuan tua ini berbahasa KL. Selalunya, pekat loghat kampungnya semasa bertutur.
Bagaikan kilat menyambar tepat ke dada Samsul, beliau terpegun. Luluh airmatanya. Kini dia tahu satu-satunya jalan ke syurga melalui tapak kaki wanita tua itu telah tertutup.
¨Mak tak kenal Samsul ke mak? Ini Samsul lah.¨
¨Apo kono ekau jang? Buruk bonar omak tengok ekau ni. Ekau kijo kek KL tu kijo apo? Cuci longkang ko?¨
¨Ni Samsullah mak. Samsul sekarang dah jadi rockstar macam Awie.¨
¨Kalau iyo pun nak jadi Awie, poi la basuh seluar tu ha. Dah berbau macam belacan.¨
****
Bertambah luluh hati Samsul mengenangkan peristiwa kekalahan ego rocknya kepada seorang insan bernama ibu. Kini, Samsul sendirian. Ibunya tiada lagi. Samsul bertekad untuk menjadi pembuat belacan yang berjaya. Maka berkuburlah kisah seorang rockstar.
p/s: Aku sebenarnya nak cerita lebih pasal mak dia. Tapi dah macam jadi cerita sedih pulak. Lagipun Hari Ibu dah lepas. Anggap tribute jelah ya. Lagipun dah takda idea sangat tapi nak menulis jugak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan