Khamis, 27 Mei 2010

Emosi Tetap Emosi. Dia Takkan Jadi Sebuah Kereta Idaman Seperti Kasut Supra

Aku tidaklah pandai menulis,
tapi aku tahu membaca.
(Hang semua baca jugak apa yang aku tulis).

Aku tidaklah pandai bercakap,
tapi aku tahu mendengar.
(Aku bagi harapan, hang semua pun boleh termakan. Apa cerita beb?)

Aku tidaklah pandai membuat lawak,
tapi aku boleh ketawa.
(Aku ulang lawak ROCK pun hang duduk gelak jugak).

Aku tidaklah romantik,
tapi aku bukan seperti kaum nabi Lut.
(Yang ni aku taktau nak komen. Saya masih single. Ada yang berminat? Tinggalkan no telefon ya).

Aku bukanlah hebat ilmu,
tapi aku boleh belajar.
(Kecohlah lu brader. Mintak jugak belajar dengan aku).

Aku bukanlah aku,
tapi aku adalah....(sila baca ruangan komentar untuk siri berikutnya)

p/s: Puisi ini semata-mata untuk meningkatkan kadar masa yang diambil oleh seseorang untuk membaca blog ini. Tiada unsur emosi 100%. Sekadar memeriahkan statistik sitemeter saya.

1 ulasan:

Apan berkata...

apan la. siapa lagi? takkan hangpa semua dok ingat aku ni IronMan?