Khamis, 27 Mei 2010

Bukan Susah Nak Buat, Tapi...

Apa cerita beb? Dah 18 kali termakan harapan yang sama ni. Penatlah menunggu. 

Saya dengan sukarelanya telah menambah koleksi harapan-harapan baru untuk anda nikmati setiap hari! Taip ¨ON HOPE¨ dan hantar kepada 34433.1 Anda akan dapat menikmati hari-hari mendatang dengan lebih bermakna mendengar koleksi-koleksi ulung harapan terbaru dari saya. Khas untuk pelanggan setia, anda akan dibekalkan sebuah set sofa dan meja makan setiap kali anda melanggan koleksi ini selama 3 bulan.2

Untuk melanggan pukal, taip ¨ON HOPE 3¨ untuk 3 bulan, ¨ON HOPE 5¨ untuk 5 bulan dan ¨ON HOPE 01¨ untuk satu tahun.1

Bagi pengguna talian tetap, sila dail 1 300 88 HOPE (1 300 88 4673) untuk 1 langganan. Untuk langganan pukal, dail 1 300 88 HOPE dan tekan 1 untuk sebulan, tekan 3 untuk 3 bulan, tekan butang 5 untuk 5 bulan dan tekan 01 untuk setahun.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.
1 Setiap SMS akan dicaj RM 0.05. Servis paling murah di Malaysia setakat ini.
2 Servis penghantaran adalah 3 minggu. Sila maklumkan kepada saya sekiranya terdapat kelewatan. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan semasa penghantaran.

Tiada ulasan: