Sabtu, 26 Jun 2010

World Cup Fever

Apabila ditanya mengenai bola, semua akan menunding jari ke arah negara yang menjadi pilihan mereka. Siapa yang sokong Perancis, boleh di'tiaw' berkali-kali sehingga mereka terduduk. Kesian.


Kalau aku diberi kesempatan untuk membuat satu pasukan bola, inilah pasukan SAMPAH yang aku mahu.

1) Bule, Penjaga Gawang.

Beliau memang hebat. Berbadan besar dan tegap. Siapa berani one-on-one dengan beliau, memang mudah mendapat kecederaan jangka masa panjang. Dengan kredibiliti sebagai pemandu kancil tegar, aku yakin gawang memang sukar dibolosi. Tak perlu nak lompat sana lompat sini untuk menangkap bola. Hanya memerlukan sedikit pergerakan, beliau boleh menangkap bola dengan perutnya. Tema beliau, "bagilah lagi, bagilah..."


2) Mirrul, Bek Tengah.

Tengok muka sahaja orang dah takut. Mesti gigil orang nak main bola dengan beliau. Muka ala-ala Jehan Miskin yang tak pernah tersenyum memang menggerunkan. Beliau juga seorang yang tegap macam Drogba. Sepak kaki orang lain itu perkara biasa. Tema, "aku dah takda apa-apa lagi dah dalam dunia ni."


3) Man Auf, Bek Kanan.

Patutnya beliau jadi penjaga gol sebab terer main bola keranjang. Disebabkan Bule lebih kriterianya sebagai goalkeeper, maka aku letakkan beliau dekat dengan Bule. Beliau tiada tema.


4) Nik Ashri, Bek Kiri.

Mamat ni selalu block orang yang tengah kejar bola. Gaya block dia memang sesuai dalam strategi "hold ball" ketika pasukan tengah leading 1-0. Memang orang akan sakit hati. Membuang masa katanya. Lagipun, beliau suka sepak jauh-jauh bagi masa habis terbuang untuk kutip bola. "Konspirasi memang kontroversi" adalah tema beliau.


5) Karem, Pemain Tengah.

Mamat ni boleh tahan gempaknya. Main Restu lah katakan. Beliau memang sesuai jadi pemain tengah sebab suka menggelecek. Tawaf satu padang pun elok juga. Boleh mengurangkan penggunaan stamina ahli pasukan yang lain. Lagipun ketinggiannya yang sedikit rendah dari Messi memang tak sesuai nak diletakkan ke posisi penyerang. Apa barang striker pendek-pendek? Nanti nak tanduk susah. Tema, "Satu untuk semua, semua untuk aku."


6) Apan, Pemain Tengah.

Kredibiliti sebagai seorang kapten memang tak boleh diragui lagi. Beliau memang hebat menyatupadukan semangat ke'bola'an pasukan. Beliau sering tiada dalam perlawanan akibat tertidur. Kini, beliau merupakan kapten lagenda. Ketiadaan beliau boleh merendahkan moral semua pemain kerana beliau banyak harapan palsu. Tema, "datang dengan harapan, pulang dengan tangan kosong."


7) Mikel, Sayap Kiri.

Gaya permainan ala-ala penari salsa. Suka menari-nari di tengah padang menyebabkan bola selalu hilang dari pandangan. Cristiano Ronaldo pun tak mampu menyamai skil beliau. Tema, "iyalah, Nik, iyalah..."


8) Wandi, Penyerang.

Jarang sekali bola hilang dari kakinya. Kesungguhan beliau memegang bola boleh menyebabkan kecederaan pada pemain lawan. Seorang pemain yang bahaya cuma beliau tak pandai berlakon untuk jatuh. Tema, "Bola adalah untuk Tokusatsu."


9) Zazuwe, Penyerang.

Menuntut ilmu persilatan Muay Thai, kelebihan terletak pada rembatannya. Kalau setakat tiang gol besi, memang mudah untuk dipatahkan. Rembatannya terlau kencang sehingga melebihi kelajuan McLaren Mercedes.


10) Rajo, Penyerang.

Kemalasan mengejar bola boleh menambahkan semangat kesukanan pemain tengah, Karem. Beliau main sebijik macam Thierry Henry cuma tak terer macam dia.


11) Ucop, Penyerang.

Ibarat hollowman ditengah padang, pasukan lawan memang sukar menentukan posisi beliau. Gaya permainan tiada yang luar biasa. Kelebihan beliau lebih kepada through pass kerana kesukaran pihak lawan mengesan beliau. Dek kerana beliau hollowman, beliau memang rajin menjaringkan gol.


p/s: Yang tidak disebut, semuanya pemain simpanan.

1 ulasan:

Beckeralwaysback berkata...

formasi 3-3-4?
misteri sangat formasi ni.

mana mat anas? sampai ati ang tak letak dia.