Isnin, 25 Oktober 2010

Kehebatan Seorang Yang Bernama Kanak-Kanak

Anak buah aku no. 1. Orang cakap dia macam Mia dalam Adamaya. Kool gila jadi pakcik budak tu.


Memang tak dinafikan seorang kanak-kanak sangatlah nakal. Siapa yang tak bengang budak-budak ni tak pernah kena pukul atupun dibelasah sehingga separuh nyawa walaupun dia terlalu nakal.Paling teruk pun kena cubit atau kena lempang.


Tapi bagi seorang ibu bapa, karenah anak-anak jauh lebih memeningkan daripada masalah duniawi. Lampinlah, makananlah, mainanlah, masa depan anak-anaklah, pelajaran merekalah, dan macam-macam lagilah. Semua tu tak pernah dibuat atas nama diri sendiri. Semuanya untuk kanak-kanak ini.


Banyak mana pun karenah mereka, aku pernah dengar abang aku cakap, "kalau aku nak hilangkan pening kepala pikir masalah, aku suka tengok anak-anak aku tidur. Mesti masalah hilang." Ajaib bukan? Aku antara percaya dan tidak kerana tiada satu fakta logik yang menyokong. Tapi lepas aku test, sumpah diorang boleh hilangkan kau orang punya masalah. Menyampah mana pun wajah diorang dari mata kau orang, mesti kau akan rasa comel bila tengok diorang tidur.  Tak ada pun perasaan nak kejut budak-budak tu bangun walaupun hari dah masuk maghrib. Kau pun boleh tengok diorang tidur berjam-jam.


Ya aku tau aku takda anak. Tapi tak bermakna aku tak nak anak. Sabarlah ya rakan-rakan sekalian. (Ceh. Ayat nak cari jodoh).


****
"Woi! Bangunlah. Dah pukul 2 dah ni."

Kenapa remaja, belia dan dewasa tak boleh tidur lama-lama macam kanak-kanak? Tak comelkah kita waktu tidur? Dulu aku comel apa.

4 ulasan:

NA berkata...

ayat last takleh blah.

*setelah dilihat dari sudut psychoanalysis sigmund freud dan lacan, post ini membuktikan kau adalah seorang pedophile. macam man.

mohd amirrulzaman berkata...

ko tido macam firaun nak comel apa.

Apan berkata...

nik:yelah nik.aku tak produktif macam kau.

mirrul:comel apa firaun time tido

NA berkata...

firaun comel? pandai