"An intellectual says a simple thing in a hard way. An artist says a hard thing in a simple way." Charles Bukowski
Bukanlah aku untuk impikan
Sesuatu yang berlaku diluar jangkaan
Namun aku pasrah menerima dugaan
Andai ini adalah jaminan
Bukannya mudah melalui jalan kembara
Lebih-lebih lagi mencari Yang Maha Esa
Tujuan hidup lebih fokus kearahNya
Moga matlamat tercapai hendaknya
Tidaklah menjadi satu bebanan
Sekiranya kau faham dan juga amalkan
Bukan setakat menjadi amalan harian
Malah disampaikan kepada taulan
Ku rungkai hikmah apa yang terjadi
Aku pasti sinar menjelang
Telah ku dapat membuka pintu hati
Selebihnya terserah bagaimana mahu berjuang
Langkah kanan diiringi doa
Doa qudus dipanjatkan kepada Tuhan
Semoga dapat ku teruskan jua
Mencari sinar yang dah lama ku tinggalkan
Aku sendiri masih merasai
Nikmat tak terhingga dan tidak terperi
Ku harap apa yang terjadi
Rakan-rakanku yang lain dapat berkongsi
Jauhnya diri ke lembah hitam
Sudah aku lupakan dan teruskan azam
Mahu berubah dari yang kelam
Kepada sinar bagai bulan di tengah malam
Menulis bukan mahu berkhutbah
Hanya menyampai bagi yang lupa
Andai ada silap dan salah
Mohon diampun kesalahan saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan