Selasa, 12 April 2011

Mari Memahami Al Quran

Kadang-kadang, kita tertanya-tanya apakah hikmah dan kata kunci disebalik susunan ayat Allah yang begitu mengagungkan. Bagaimana kita sebagai hamba yang kerdil ini mahu merungkai kata-kata agung tersebut?

Persoalan bagaimana itu terletak pada tanggungjawab masing-masing. Walaupun Allah itu menganugerahkan hidayahNya kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki, namun kita sebagai insan masih perlu keluar untuk mencari. Begitu juga soalnya untuk hikmah. Walaupun ilham itu adalah kurniaan Allah SWT, muslim wajib mencari hikmahnya. Kalau tidak, apa gunanya akal yang diberikan tidak lain untuk berfikir? "Afalaa ta'qiluun?"

Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim, perlu juga untuk saling ingat-mengingati kerana bersesuaianlah dengan nama insan itu sendiri yang mencerminkan sebagai 'pelupa'. Jadi, terdapat pelbagai cara dan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan kita untuk memahami isi al Quran itu sendiri. Akuhanya boleh memberi 2 langkah yang aku praktikkan kerana aku pun bukanlah orang yang tinggi ilmunya. Tidak salah bukan untuk berkongsi benda yang baik? 

Langkah 1: Persoalkan segala huruf, baris, perkataan, cara bacaan, makna dari segi bahasa, makna ayat dan susun atur perkataan dalam sesebuah ayat itu. Sila PERSOALKAN.

Langkah 2: Utarakan semua persoalan di atas kepada ahlinya (pakar). Biarkan mereka menjawab segala persoalan anda. Semoga anda semua berjaya mendapat hidayah yang diidamkan.

e.g:


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
'
(al Fatihah:5)


1. Kenapa tidak ditulis "na'budu iyyaka"?
2. Kenapa "na'budu" dahulu baru "nasta'in"?
3. Kenapa "iyyaka" dan bukannya "ilaika"?
4. Kenapa tidak diasingkan perkataan-perkataan ini menjadi dua ayat?
5. Kenapa "nasta'in" dan bukan "nasta'un"?
6. Kenapa ayat ni ayat yang ke-5 dan bukan yang pertama?
7. dsb.


Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Tiada ulasan: