Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2009

Alahai Karim 2

Niat bukan untuk menunjukkan siapa yang betul, cuma aku suka pakai tajuk macam ini. Maaf ya Karem. Ia mengingatkan aku pasal kes Arsenal. Sila rujuk ruangan komen ini.



Kau ada cakap, masalah komunikasi bukanlah satu perkara yang relevan untuk dibincangkan mengenai royalti. Bagi aku sendiri, salah faham komunikasi adalah satu perkara yang paling besar sebenarnya yang berlaku. Perbezaan penggunaan bahasa menyebabkan intepretasi setiap orang berbeza-beza. Dalam skop sebegini rupa, aku bagi 2 contoh perbezaan yang boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku.


Situasi 1;

Aku ambil dari kata-kata seorang bakal pujangga USM (Munzir sebenarnya), "Kalau belajar silat, hangpa tak payah sembahyang!"

Tafsiran 1: Kebanyakan orang akan menganggap perkataan "tak payah" merujuk kepada tidak perlu. Jadi, silat merupakan satu ajaran yang tidak membenarkan pelajarnya bersolat. Benarkah? Boleh jatuh syirik ni!

Tafsiran 2: Setelah persoalan ini timbul, pertanyaan diajukan semula. Perkataan "tak payah" sebenarnya merujuk kepada tidak liat/susah untuk bersolat. Jadi, silat merupakan satu platform para penuntutnya mendekatkan diri dengan agama. Besar sangat perbezaan yang berlaku dengan tafsiran 1.


Situasi 2:


Kita ambil perbezaan perkataan yang sebenarnya menyampaikan maksud yang sama. Sebagai contoh, seorang agen pemasaran Bank dan seorang penasihat kewangan bank (Bank Financial Consultant). Sudah tentunya kau orang memandang seorang 'financial consultant' lebih tinggi darjatnya dari seorang agen sedangkan kedua-duanya adalah serupa dan sama. Penggunaan istilah yang berbeza-beza menyebabkan persepsi orang luar berbeza-beza walhal kedua-duanya adalah perkara yang sama. Si polan 1 bertanya, "kau kerja apa?" Si polan 2 pula menjawab, "aku kerja financial consultant kat AmBank." Si polan 1 dalam perasaan kagum, "wah, kerja kau mesti best dan bergaji besar!". Cuba kau letakkan situasi yang sama tapi kau cakap, "aku kerja jadi agen kat AmBank." Semestinya sedikit perasaan seperti "eleh, belajar tinggi-tinggi pastu kerja jadi agen je" akan timbul dalam hati kau. Konfirm punya. Apa perbezaannya?



Aku bukanlah nak menunjuk-nunjuk dan aku sentiasa betul. Aku terima hujah kau. Cuma ada sedikit pembetulan tang bab masalah komunikasi. Sebenarnya masalah komunikasi itulah yang mengapi-apikan kedua-dua belah pihak kerana terdapat perselisihan faham. Yang belah pro faham lain, yang belah kontra faham lain. Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah sebab terlalu taksub dengan sebelah pihak sahaja. Jangan kecil hati ya bang. Mereka ni sombong sebenarnya. Nabi bersabda;



لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ


Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong." Berkata seorang lelaki: "Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik." Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia”.


------------------------

Kepakaran seseorang dinilai bukanlah dari mulut dia sendiri tetapi orang luar yang menilainya. Kau pernah panggil aku pakar ekonomi (masa kita makan sate) sedangkan aku tahu masih banyak lagi selok belok ekonomi yang perlu aku pelajari (apa-apapun, terima kasih). Orang sekeliling yang pandang kau tinggi bukan dari mulut kau sendiri. Kau tak akan sedar sejauh mana peningkatan kau dalam bidang yang kau ceburi tetapi orang luar dapat melihat kau. Ini adalah antara salah satu hikmah yang Allah kurniakan supaya orang tidak mudah sombong. Tidak ada kena mengena dengan yang atas. Ini sekadar peringatan.



p/s: Aku meramalkan satu komen yang kontra akan datang dari kau. Takpa. Ada salah silap bagitahu ya. Tak kisah pun.

p/s2: Bukan aku taknak pos komen dalam blog kau, cuma komen ini terlalu panjang. Nanti kalau aku tulis, aku hilang arah sebab kotak komen kecik sangat.

Isnin, 31 Ogos 2009

Cetusan Dan Keluhan Melibatkan Politik

Kebanyakan kenalan di sekeliling aku begitu taksub dengan pembangunan dan pemodenan yang dibawa oleh kerajaan BN. Ketaksuban melampau itu terlalu retorik untuk diperdebatkan. Masih lagi dengan sentimen kemelayuan yang telah dibawa sejak penubuhan UMNO sehingga sekarang. Tak penat ke bang? Melayu baru (anak muda Melayu) bukan macam dulu lagi dan bukan lagi ketinggalan zaman. Kamu lihat sajalah anak muda di keliling kamu. Ramai yang mempunyai mental dan pemikiran yang lebih sofistikated dari Melayu lama. Pendapat Tun Musa Hitam sangat aku terima. Kamu ambillah sedikit masa untuk membaca komennya yang panjang lebar ini. Ini pautannya. Renunganlah wahai penyokong taksub BN.

p/s: Arkib Utusan 30/08/2009. Lanjutan komentat tun, ini pautannya.

Jumaat, 24 Julai 2009

Akhir-Akhir Ini Aku Selalu terkejut

Mana tidaknya, semua orang nak cakap pasal politik. Semua orang sibuk dengan politik. Mungkin sudah ketandusan idea untuk memulakan perbicaraan kot. Aku pun nak sibuk-sibuk jugak. Aku tak kira! Nak cakap jugak!

"Writers use lie to tell the truth while poticians use the truth to tell lies" (V For Vendetta)

Ini adalah rangkuman daripada pemerhatian aku dan kejadian peristiwa politik yang berlaku di Malaysia. Sebenarnya, golongan-golongan penyokong parti terbahagi kepada 2:

1. Orang yang macam lembu (tidak berfikir dan senang terpengaruh)
2. Orang yang berpendidikan.


Persoalannya, kenapa boleh orang-orang berpendidikan pun ada yang berpihak-pihak sedangkan mereka mempunyai ilmu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu situasi? Jawapannya cukup mudah. Mereka berpegang dengan ilmu yang ada pada diri mereka. terpulang untuk diri sendir ataupun masyarakat. Aku cuba nak kupas isu mengapa ada dalam kalangan orang seperti ini memihak kepada satu pihak sahaja.


Untuk parti pro kerajaan a.k.a BN, golongan-golongan educated ini sebenarnya menyokong BN bersebab dan sebab mereka tentu sekali kerana mahukan kepentingan bisnes mereka. Tengok sahajalah pertambahan kroni-kroni dan konco-konco atasan. Mereka sanggup meletakkan Islam (agama) sebagai prioriti nombor dua selepas harta. Kroni-kroni ini diperlukan bagi memudahkan mereka mendapat projek-projek mega seterusnya menjadi kaya-raya dengan membiarkan rakyat di sekeliling mereka terkontang-kanting mencari rezeki. Sebagai contoh yang kuat, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia yang kerajaan mengambil tindakan untuk menambah modal pelaburan dalam bursa saham sebanyak RM10 billion. Apa yang berlaku sebenarnya, kepentingan kroni-kroni beliau didahulukan. Apabila duit itu dipam ke dalam broker, secara automatiknya harga pasaran akan meningkat. Ini memberi peluang kepada konco-konco beliau untuk mendapatkan semula modal mereka (break even) seterusnya mereka menjual semula saham-saham yang telah dibeli. Setelah proses tersebut dijalankan, beliau mengeluarkan semula modal tersebut dengan alasan pembangunan negara yang menyebabkan harga pasaran semakin jatuh tergolek. Ramai investor-investor bermodal saiz sederhana dan kecil terus menanggung kerugian. Sudahnya, pasaran bursa saham Malaysia kekal tidak aktif.


Dalam sistem kapitalis, ekonomilah yang menentukan kekuasaan. Jadi, sesiapa yang memegang ekonomi, maka dialah yang ber'kuasa'. Platform yang mudah untuk menjadi orang yang ber'kuasa' adalah politik pro kerajaan.


Bagi yang memihak anti kerajaan (dalam bahasa sopannya; pro pembangkang) mereka melihat sesuatu perlu dilaksanakan agar perkara ini tidak berterusan untuk mengurangkan beban rakyat yang terpaksa membayar cukai seterusnya memberi lebih keistimewaan kepada mereka. Cukai yang telah dibayar nampaknya seperti memberi sedekah kepada orang-orang atasan seperti mereka. Jadi, mereka mengambil satu langkah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan membawa dasar masing-masing seperti contoh PAS dengan dasar negara Islamnya. Tak perlulah aku huraikan dengan lebih lanjut kerana kamu memang sudah tahu apa dasar yang mereka cuba ketengahkan.


Walaupun begitu, ada sesetengah pro pembangkang menggunakan platform ini dengan tujuan yang salah kerana mereka mahu menawan semua sistem tersebut dan hanya mengaut keuntungan seorang diri. Aku tidaklah pro mana-mana parti pun cuma aku lihat itulah senario yang berlaku di Malaysia sekarang.


Baru-baru ini aku tersedar bahawa dalam parti pembangkang, lebih ramai orang yang baik tujuan dan dasar yang dibawanya daripada yang buruk dan mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja. Hal ini berlawanan dengan parti kerajaan yang didominasi oleh orang-orang yang bertujuan buruk daripada yang baik untuk rakyat. Jadi, aku mengambil jalan untuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.

"Pilihlah kamu jalan yang tiada mudharat bagi kamu. Jika kedua-duanya terdapat mudharat, ambillah kamu jalan yang sikit mudharatnya."


Aku sambung post pada artikel akan datang. Dah ngantuk. Nanti aku beritahu pandangan aku terhadap isu air percuma di Selangor.


p/s: Boleh kot masuk pasal ISA sikit nanti.