Khamis, 10 Disember 2009

Biru Kacamata Hitamku

Bagi menaikkan mood, silalah mendengar lagu Cake - Short Skirt Long Jacket sambil membaca entri ini.


Sudah lumrah dan fitrah manusia yang bernama lelaki akan tertarik kepada perempuan. Pilihan yang bagaimana perempuan itu terpulang kepada tuan empunya badan.Memandangkan aku tidaklah berada di kedudukan tengah-tengah (aku bukan gay/pondan/khunsa/lesbian) dan aku seorang lelaki, aku memang senang tertarik kepada wanita berambut pendek (cerita lain) dan berkaca mata.


Malang untuk para pembaca, aku tak mahu hurai panjang lebar deskripsi wanita pilihan. Aku cuma mahu menyampaikan pemerhatian aku terhadap wanita berkaca mata. Seolah-olah kaca mata yang mereka pakai mempunyai satu daya tarikan seperti magnet untuk memerangkap mata aku supaya memerhatikan beliau lebih lama atau dengan kata mudahnya meng'usha'. Mata yang tersorok di sebalik bingkai kaca itu begitu bersinar-sinar sehingga membuatkan mata aku silau (untuk aku je weh. Hangpa aku taktau).


Aku dah jauh menyimpang ni. Aku nak cerita pasal seseorang yang berkaca mata ada mempunyai satu masalah penampilan. Satu sahaja! Iaitu mereka tampak pelik apabila membuka kaca mata. Mata mereka seolah-olah sengaja disepetkan. Aku tak tahu apa kaitannya dengan Sains. Mungkin penerimaan cahaya yang kurang membuatkan mereka lebih fokus dan dapat melihat objek kot. Pelik sangat rupanya. Jadi, sesiapa yang memakai cermin mata lagi-lagi perempuan, jangan buka spek kamu di depan aku untuk mengelakkan kadar peratusan penampilan terhadap aku berkurang. Haish. Apa aku mengarut ni syaitan!

3 ulasan:

NA berkata...

Bagi aku, wanita yang memakai bra n panties sahaja mampu menarik perhatian aku...bagi mereka yang tak pakai apa2 aku tak minat...
apa yang aku merepek ni syaitan!

eswandyasre berkata...

aku saja nak habaq..rindu ko apan!!

Apan berkata...

monyet laut:klo da ada depan mata ko, terpacak jgk.

wandi:aku terlebih rindu kat ko.tak berbelah bahagi punya.takleh nk luah ngn kata2 yg mampu meruntun egoku