Khamis, 14 Januari 2010

Biarkan Aku

Aku sudah nampak satu reaksi. Sudah tentu jawapan ini lebih memuaskan hati aku. Beliau tidak berpihak kepada mana-mana kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan undang-undang malah tidak ada perkaitan melalui agama. Huraian beliau cukup menterjemahkan apa yang sedang berlaku sebenarnya. Itulah konsep dakwah.



------------------------



Sudah dengan isu itu, aku mula menaruh harapan. Bukan isu semasa ke apa, cuma kepada seseorang. Oh tidak. Kau banyak menepati citarasa aku. Sudah banyak kali kau memberi harapan. Aku masih menerima dengan hati terbuka walaupun aku tahu aku terlebih mengharap. Cis kau wanita. Sayup-sayup kedengaran kau sekarang bergerak solo. Cis cis. Harapan lagi tu. Malangnya....



p/s: Amirrul mesti syak aku dengan minah tu. Hang salah weh! Inilah dinamakan spekulasi. Apa jadi kat market kalau aku orang penting?

2 ulasan:

Alexia Aqram berkata...

asalamualaikum.

pendapat aku dan pendapat Dr asri adalah seiring bahawa mengenal Tuhan bukan hanya pada nama sahaja kerana yang paling penting ialah memahami konsep ketuhanan, akidah dan sifat tuhan.

aku cuma takut mereka yang menentang penggunaan kalimah Allah ini akan menjadi lebih ektrem sehingga sampai satu masa mereka akan menyebut pernyataan berbunyi:

"Tuhan kau, untuk Tuhan kau, Tuhan aku, untuk Tuhan aku"

dan pernyataan itu adalah syirik halus seperti yang aku pelajari di kelas akidah.

dan kita harus menerangkan kepada umum mengenai hal ini.

ini berbeza dengan pernyataan "agamaku untuk agamaku, agama mu untuk agamu" seperti yang di sebut dalam Al-Quran, kerana pernyataan agama adalah merujuk kepada jalan. Ada banyak jalan dan method untuk mengenal Tuhan, tetapi hanya satu sahaja yang di redhai oleh- Nya.

dan ini lah tangungjawab kita sebagai muslimin yang memahami konsep akidah untuk memberitahu dan menyampaikan kepada mereka yang sesat, yang munafik, fasiq, tak tahu, yang mengakui uzair dan al masih sebagai anak tuhan.

wallahualam.

sekian.

Apan berkata...

konklusi:that is totally politics. isu ni ada agenda disebaliknya. aku taknak hurai pjg2. mmg btul apa ko cakap (tulis). aku tak nafikan tu.


cuba ko pikir, sapa yang memperbodohkan sapa?try recall.aku tak salahkan orang melayu yang rendah pemikirannya.


aku terima dan ini bkn nk against ko.jgn slh tafsir plk ya.sila baca komen ni dgn nada ak dalam side ko.