عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik R.A., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Riwayat lmam Bukhari dan Muslim)
*****
Hari ini Jumaat. Pak Tam nampaknya baru selesai menunaikan kewjipan bersolat Jumaat. Khutbah itu disampaikan oleh seorang ustaz, gayanya macam penceramah bebas dari parti politik berbendera hijau. Baca doa pun tak ada untuk sultan. Selalunya memang meleret-leret kalau pak imam lain baca doa untuk sultan ni. Memang terbaiklah standard JAKIM suruh khatib-khatib cerita pasal isu semasa, tapi adalah sedikit pasal politik. Penceramah bebas haluan kiri, biasalah. Pung pang pung pang dia bagi ceramah. Haram Pak Tam nak dengar. Datang awal sebab takut tak boleh duduk dekat dengan kipas sahaja.
Masjid hari itu memang lain macam. Tak macam sembahyang 5 waktu. Hari ini penuh sampai ada yang terpaksa sembahyang dekat bahagian parkir kereta. Pak Tam naik hairan. Selalunya, musim-musim macam ini jadi hanya waktu raya. Mungkin cuti lama agaknya. Kereta yang ada tak payah cerita. Mengalahkan bilangan kereta yang ada dalam parkir One Utama waktu hujung minggu.
Memang luar biasa hari ini. Kelibat pemuda seperti malaun itu tidak kelihatan. Pak Tam tambah hairan. Selalunya beliau akan terserempak dengan pemuda itu di hujung masjid sewaktu orang berpusu-pusu nak keluar. Waktu dah nak sembahyang baru nak tunjuk muka.
Pak Tam hari ini berehat dari lipan-lipannya. Ada kenduri besar-besaran di kampung ini katanya untuk menyambut parti harijadi Rasulullah anjuran qaryah kampung. Memang bersemangat kerjasama betul kampung ini. Lagi bertambah pelik, selalunya majlis makan percuma tidak pernah terlepas dari kalendar hidup pemuda itu. ¨Ini tak boleh jadi ni. Den mesti carik ekau sampai dapat,¨ jerit hati Pak Tam.
5 minit berjalan ke rumah yang macam sarang penagih, Pak Tam lega. Diketuk pintu rumah itu sekuat hati. Kalau roboh rumah tu kang susah pulak. Apalah Pak Tam ni. Tak fikir masa depan betul. Ketukan pintu rumah diseling dengan panggilan salam berbaur jeritan.
Sebelum sempat Pak Tam menjerit salam yang ketiga, pintu rumah itu dikuak. Kelihatan seorang pemuda muka toya habis seperti baru lepas bangun dengan tahi mata masih melekat. ¨Apahal Pak Tam bising-bising pagi ni?¨
¨Hotak kau pagi! Dah pukul 2 dah ni. Polik bobonar aku. Selotih macam mano pun kau, datang jugak poi masjid sembahyang Jumaat. Apsal hari ni kau tak datang? Poi la siap copek. Ado kenduri Maulidur Rasul kek sobolah kodai Pak Mail.¨
¨Ala Pak Tam, den ponek la. Lain macam hari ni ponek dio.¨
¨Ekau buek apo jang sampai ponek cenggini? Poi curi gotah orang ko?¨
Suasana malaikat lalu. Pemuda itu terdiam. Ligat otaknya berfikir tapi tak dapat juga diluahkan.
2 minit berselang, ¨Den melancap malam tadi,¨ bisik pemuda itu ke telinga Pak Tam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan