Jumaat, 12 Mac 2010

Snuker Pusat Hiburan Petang-Petang Pak Tam (Part 2)

Dengan berbekalkan duit RM 10 dan 2 batang rokok, mereka berdua dengan semangat membara berjalan macam Undertaker nak masuk gelanggang ke kedai Ah Seng. Jaraknya tidaklah begitu jauh, tapi memenatkan juga. Nak buat macam mana, dah terpaksa.


Sesampai 2 ekor itu di kedai snuker yang menjadi destinasi, terus sahaja ke table 3. Kata Pak Tam table tu ada ´ong´. Rasanya boleh pekena chicken chop malam ini kalau semuanya serba menjadi. Untuk dipendekkan cerita, mereka dapat mengajak sekumpulan mat-mat rempit untuk bermain sekali. Memang dalam hati Pak Tam sudah memasang niat sepinggan chicken chop malam ini. Memang layan kalau pekena sekali dengan air buah. Fuh. Tinggi juga taste Pak Tam rupanya.


Pung pang pung pang Pak Tam hisap rokok. Hampir kesemua orang yang ada dalam pusat snuker itu hisap rokok. Memang berkabus tempatnya. Pak Tam sudah lali dengan itu. Selamba sahaja dia buat walaupun agak memedihkan mata. Siap pukul bola sambil rokok di mulut tu. Memang bergaya sungguh. Lagi-lagi hisap rokok Dunhill, baru habis Gaya, Mutu, Keunggulan.


Kad yang Pak Tam ada memang best. Pair sahaja. Tiada kad pun yang single. Memang hari Pak Tamlah haritu. Lagi pula, hampir setiap bolanya memang cun-cun depan lubang. Gantung/payung orang selalu cakap. Ini mahu ratus ringgit dia boleh kutip satu game.


****

Mereka pulang dengan perasaan girang. Masing-masing memasang niat mahu Steak pula. Tadi chicken chop, sekarang dah tukar pulak. Orang Melayu, biasalah. Perasaan tamak mesti kena ada. Mentang-mentanglah menang besar. Duit pendapatan tadi dibahagikan sama rata. Proses pembahagian dilakukan oleh pemuda tersebut. Pernah dapat A dalam peperiksaan akhir tahun masa darjah 3 dulu.


Sebelum meneruskan perjalanan ke kedai makan ala barat, mereka singgah ke kedai runcit membeli 2 kotak rokok Dunhill 14. Wah, bukan main lagi 2 ekor jembalang ni bergaya. Tak mahu kongsi rokok lagi dah. Sekurang-kurangnya, ada juga bekalan sebelum makan. Bak kata orang tua-tua, sambil menyelam minum air.


Dalam suasana keheningan tengah malam, tiba-tiba ada satu bunyi yang mengejutkan. Mengejutkan, bukan menakutkan. Jadi, situasi ini tidaklah berubah macam cerita hantu. Pemuda itu rasa tidak selesa di bahagian pahanya, maka poket seluar diseluk untuk mengambil telefon. Ah. memang biasa panggilan ini berdering ke telefon beliau. Mahu diangkat, serba salah. Mahu diletak, takut hal kecemasan pula. Ah, lantaklah!


¨Jang, omak tunggu dari potang tadi sampai malam tak balik-balik. Mano ekau poie?¨

¨Aiseh, macam mano den buleh lupo lak ni? Ni sumo ekau punyo pasal la!¨ Marah pemuda tersebut kepada Pak Tam sambil teringat duit RM 10 yang dikirim oleh emaknya untuk membeli sayur di pasar petang tadi.




Tiada ulasan: