Ahad, 7 Mac 2010

Pak Tam Edisi Spesial

Masa zaman pra sekolah dulu, Pak Tam ada kawan dengan budak Kelang katanya. Muka ganas habis. Tapi ada iras-iras Nasir Bilal Khan takpun Jehan Miskin. Masa Pak Tam dengan budak Kelang ni pergi jalan-jalan dekat Jom Heboh Bukit Jalil, ramai orang tersilap minta autograf daripada dia. Pak Tam sukalah kenakan dia selalu pasal bab ini.


Mamat ni pula taktau nak cakap. Iras muka saja ganas, tapi bak kata orang, dalam hati ada taman. Almaklumlah, hensem rupanya macam artis Malaysia. Kagum juga kadang-kadang Pak Tam sebab kawan dengan budak ada ´market´. Berbalik kepada cerita tadi, mamat ni punyalah jiwang sampai sanggup ulang alik pergi Penang semata-mata buah hati padahal dah kena rejek. Kononnya masih mengharap dan akan sentiasa berharap dapat balik. Mana boleh orang ganas macam dia kalah dengan perempuan. Mat rempit selalu cakap, ¨apa barang bai...¨ Pak Tam pun kadang-kadang tak faham. Tak habis-habis mamat ini akan cakap, ¨aku kawan jela...¨


Pak Tam pernah tanya ada satu hari pasal detail mamat ni. Dia cakap dia nak jadi mafia. Sebab itu dia sanggup masuk PEKIDA. Katanya, nak jadi Primo Sprazza dekat Malaysia. Dia punyalah gila semangat sampai nak buat rumah kontena sebagai markas mafia. Apa hantu rasuk dia pun Pak Tam tak tahu. Tapi kalau bab per´mafia´an ni mamat tu cukup hebat. Almaklumlah, berpangkat abang long dalam PEKIDA. Nasib baik dia tak minat nak masuk 3 Line. Kalau tak, dengar katanya, ada seorang Ayahanda 3 Line Puchong nak ambil dia jadi Ayahanda dekat Kelang. Kosong lagi nampaknya disebabkan ramai sangat kaum lain dekat situ. Budak Melayu kurang katanya. Punyalah gengster habis, mamat tu boleh tolak macam tu saja. Macam tolak pangkat Dato Seri tu. Dahsyat gila mamat ni.


Mula-mula takut juga Pak Tam nak berkawan dengan dia sebab muka ganas sangat. Dah tu selalu beremosi pula. Memang ganas dalam dan luarlah senang cerita. Ada salah sikit, mulalah dia maki hamun. Gaya macam nak pukul orang. Usha ketat saja selalu. Ada sekali, seorang perempuan India tengah memandu, mamat tu boleh bukak tingkap lepas itu mencarut ke pemandu tersebut sebab tak bagi signal sahaja. Gayanya macam nak pecahkan cermin kereta tu. Takut juga Pak Tam masa itu kot kot boleh jadi kes bunuh. Disebabkan orang putih kata coincidentally, mereka berkenalan sebab ambil kos yang sama, Sains Kimia. Dari situlah hubungan mereka semakin akrab. Selalu ponteng kelas sama-sama. Baru mafia.


Tapi sedahsyat manapun mamat ni, Pak Tam tetap juara. Mungkin bab bertumbuk Pak Tam akan kalah. Tapi Pak Tam ada satu lagi keistimewaan. Pak Tam selalu cerita harapan dekat mamat ni. Yang peliknya, mamat ni senang sangat terpengaruh. Mungkin sebab tu beliau masuk PEKIDA kot.

¨Jang, aku ado cerito bayek punyo. Ekau mesti suko punyolah.¨ Pak Tam memulakan perbualan.

¨Aku nak buek bisnes lipan la. Aku tengok haritu juta-juta dio punyo untung. Ekau nak kijo dengan den?¨ Secara spontan mamat tu memberikan isyarat tanda bersetuju sambil mengangguk kepala.


****

Sehingga sekarang masih tiada satu interview pun yang berjaya mamat tu lepas. Mungkin karma dari tuhan agaknya. Itulah, ganas sangat waktu muda. Kan dah kena tipu. Sampai kerja menjadi quantity surveyor di ladang kelapa sawit pun beliau tidak lepas (kira batang pokok kelapa sawit ya). Apa cerita? Haram seekor lipan pun beliau tidak dapat merasa.

3 ulasan:

Mirrul berkata...

banyak hiperbola dari yg benor kau ni. bahayo btoi.

- pertama, aku xpernah masuk PEKIDA atau 3 line atau apa benda babi tu. aku JI sekarang. mana kau dengar pn aku pelik.

- kedua,aku xpernah p interview. aku x berjaya di interview. bukan x berjaya lepas interview. penangan cerita ROCK mungkin.

ketiga, apa bangang ko quantity surveyor. QC tu quality control la pak tam. ala pak tam ni, ucop yo berkato assume plak..ask la. xkesah la ko nk cakap apa aku keja, aku sedang berusaha.

-aku xpernah ke sure heboh. fitnah melampau dari penulis. wiki penipu basterd.

-haha.minggu ni mmg ramai org sekeliling aku tersalah interprestasi perlakuan aku. kata-kata dan mimik muka aku mengelirukan ramai teman teman sekeliling mungkin serius perkataan yg lebih sesuai utk aku.

pasal buah hati tu aku sendiri xpasti. layan saja apa yg ada. dan minah india tu aku lupa habis.

Bule berkata...

hahahaha......

"kawan je la"

nice one...

Apan berkata...

mirrul

kira bang!K.I.R.A!bkn cek quality.aku tak mksudkan QC lgsung.penyedap je tu.br nmpak gempak sikit.(aku lupa nak quote.ni aku ambik kat blog pipiyapong psl padeli nk pegi interview)

copyright milik aku.perwatakan tiada kaitan dengan yg hidup ataupun mati.

bule

slamat menjelang tua bulan ini.kirim salam tua kat man.