Karemsia, Rabu: Rundingan Damai telah masuk ke pusingan kedua. Walaupun tiada sebarang komen tentang progres rundingan yang diberikan oleh pakar perunding dari Apanland, beliau menyatakan dengan tegas bahawa rundingan untuk pusingan ketiga mungkin akan ditukar ke Gopenghagen.
Menurutnya, ancaman keselamatan akibat dari konflik dalaman negara Karemsia dijangka berlarutan akibat dari diktator kuku besi, Sir Aqram Becker. "Kami seolah-olah meletakkan kepercayaan pada seorang musuh yang akhirnya menikam belakang kami," ujar beliau. Tambahan pula, dengan insiden letupan hotel di New Beckery menambahkan kerisauan pihak perunding.
Insiden letupan bom dipercayai dilakukan oleh segelintir kumpulan ekstrimis penentang presiden Karemsia. Hal ini dibuktikan melalui penemuan serpihan teknologi bom yang merupakan teknologi buatan Karemsia sebelum tampuk pemerintahan beliau.
Ekoran daripada peristiwa ini, setiausaha agung UN, Mirrul Montana mengarahkan rundingan ini ditukar ke tempat yang lebih selamat. Presiden Gopenghagen, Mohd Bule juga mengalu-alukan kedatangan kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, plot rancangan peperangan sudah mula beralih kepada Karemsia dan Ashria. Sir Aqram Becker menidakkan segala usul rundingan oleh Ashria atas alasan sekatan bekalan makanan kepada penduduk beliau. Isu ini boleh berlarutan sehingga ke bulan Ramadhan.
Tambahan lagi, kerajaan Karemsia telah mempropagandakan bendera baru untuk Apanland. Mereka telah mula mempromosikan bendera baru yang menuduh Perdana Menteri Apanland sebagai seorang yang lebih kejam daripada Kamal Atartuk.
Ketika presiden Persatuan Muslim Karemsia (PMK) ditemubual, beliau menganggarkan bahawa kekejaman diktator Karemsia era ini boleh merosakkan hubungan dua hala antara Apanland dan Karemsia. Hal ini disebabkan oleh negara Apanland merupakan sebuah negara Islamik veto pertama di dunia. Sehubungan itu, orang-orang muslim di Karemsia akan tersepit dan mungkin akan berpaling tadah pada pemimpin yang sedia ada.
Bagi membuktikan hal ini, Perdana Menteri Apanland, Mohd Affan sudi membekalkan tempat tinggal bagi pelarian orang muslim Karemsia. Mereka diberikan bekalan makanan dan juga perubatan sehingga kerajaan Karemsia sedia ada digulingkan. Dato' Seri Nik Tak Guno juga sudi berdamai sekiranya membabitkan seluruh kaum muslim Karemsia. Sumber: TIdak Bernama

2 ulasan:
ini merupakan satu spekulator oleh media penentang Karemsia yang di kuasai oleh pelabur-pelabur dari regim ashria.
ini bukan saja soal maruah. ini adalah soal bagaimana regim ashria telah mengahantar perisik ke Beckerland untuk menumbangkan kerajaan Sir Aqram Becker yang telah dipilih secara sah melalui proses pilihanraya lepas. pihak regim mahu mewujudkan kerajaan boneka di Karemsia.
Sir aqram Becker akan berunding dengan kerajaan Apanland dalam menguruskan pelarian sekiranya Regim Ashria datang menyerang.
laporan dari beraba.
hahahaha kretif gila!!!! gelak2 aku baca..
Catat Ulasan