Hanya Amirrul sahaja yang mengetahui lebih dari kamu semua. Nak tahu banyak-banyak pasal aku, tanya dia.
****
Aku semacam ada topik mahu diceritakan. Rasa bosan pulak bila hanya topik pasal kerajaan sahaja yang dibangkitkan. Aku nak juga kadang-kadang pihak yang lain dibangkitkan isunya.
Kali ini kita cerita pasal pihak berkuasa pulak ya. Dengan menggunakan kuasa minda yang jumud, kita tafsirkan pihak berkuasa sebagai Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Situasinya begini;
Pernah tak kau orang nampak polis buat road block? Tentu banyak kali bukan? Lagi-lagi waktu malam. Kebiasaannya mereka akan membuat spot-check macam dalam asrama, cuma mereka lebih mengkhususkan pada kenderaan, pemandu, gaya pemanduan dan tatatertib semasa berada di atas jalanraya. Aku rasa tak perlulah cerita panjang lebar apa yang diorang selalu buat sewaktu road block tersebut. Masing-masing dah boleh bawak kereta, kan? Alah, comolot pasal KLCC depan khalayak ramai pun boleh buat, takkan tak pernah bawak kereta kot?
Masalahnya, aku tak nak cerita pasal polis. Aku nak cerita pasal orang yang ada pengalaman memandu semasa ada road block. Kesnya begini. Lepas kau orang 'terlepas' dari road block, mesti kau ada cakap lebih kurang macam ni, "polis tu mesti nak cari makan," dengan kawan ke, makwe ke, penumpang ke, atau siapa-siapa sajalah yang kau orang boleh terfikir.
Dalam konteks macam ni, banyak tafsiran aku boleh rungkaikan satu persatu. Aku ambil yang majoriti sahaja untuk dibincangkan. Selalunya, ayat "cari makan" merujuk kepada duit poket/duit tepi/duit kopi. Dalam erti kata lain, makan rasuah.
Aku tak nafikan dulu aku pun berpandangan begitu. Selalu sangat buat bahan cerita sembang kosong di kedai mamak. Lagi-lagi bila gaya penceritaan itu macam Bule. Memang siap dengan penutup sekali. Isyarat tangan, meja tunggang terbalik memang lumrah. Kalah debat parlimen. Selalunya pengakhiran ayat berbunyi begini, "padanlah perut polis buncit-buncit." Yang lain-lain pendengar mengiyakan saja. Tak ada yang nak bangkang pun. Sembang kosong lah katakan.
Orang Melayu kita memang skeptikal. Orang Melayu kebanyakannya memang membenci polis. Asal polis yang buat road block, mesti kait dengan "cari makan." Ada satu ketika, aku pernah ditegur oleh seorang wanita. Sebenarnya hal ini banyak kali pernah diberitahu oleh wanita tersebut yang pernah ada kaitan dengan aku dulu. Kalau aku cakap macam tu, dia mesti cakap, "tak baiklah cakap macam tu. Itu dah memang tugas dan tanggungjawab dia orang."
Mungkin pada waktu tu aku terlalu malas untuk berfikir panjang. Sekarang baru aku dapat hidayah. Kalau nak diikutkan, memang tanggungjawab dia orang buat semua benda tu. Yang cari duit tepi tu memang tak reti bahasa walaupun macam-macam seruan dah disampaikan. Persoalannya sekarang, adakah kita menilai sekelompok golongan melalui satu perbuatan buruk sebilangan kecil dalam golongan tersebut? Perkara ini boleh membawa kepada persoalan bangsa Yahudi.
Aku dah malas tulis. Kalau aku tulis panjang-panjang, implikasi buruknya:
1. Orang malas baca.
2. Aku tak ada idea untuk entri akan datang.
3. Bila dah malas tulis, aku malas bukak dashboard blog. Nanti aku tak tahu apa blog lain yang aku follow tu update.
4. Aku tulis menatang ni dalam notepad tengah pagi. Mata dah berat tapi hawa nafsu cakap, "ko rilek sat. Layan rokok sebatang dua dulu sambil tengok The Big Bang Theory."
5. Iya, internet aku dah kena block. Lama sangat tak bayar. Ini pun ngada-ngada pergi online dekat mamak.
6. Kalau Ketua Polis Negara baca ni tak habis, agak-agak aku kena saman tak? Takut ni. Nanti tak boleh renew road tax lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan