Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Februari 2010

Apan = Arsenal?

Wisel permulaan kedengaran. Perlawanan separuh masa pertama sudah bermula. Apan mula mengorak langkah dengan gerakan-gerakan menarik namun masih tidak dapat membolosi barisan pertahanan yang dibarisi pemain seperti Mohd Amirruzaman, Nik Ashri dan Siti Syarifah. Walaupun di barisan pertahanan, Mohd Amirrul yang menyarung jersi 2 cuba menggegarkan gawang Apan secara bertalu-talu namun masih stedi. Gerakan 1-2 Mohd Amirrulzaman dan Nik Ashri berjaya membolosi pertahanan pasukan Apan namun penjaga golnya sudah menerima latihan intensif di Hull City (sebab Chelsea hanya mampu seri dengan 24 percubaan tepat) bersama Myhill. Nampaknya, permainan semakin menarik dengan pihak lawan mengetengahkan permainan rancak dan bernas. Minit ke-23, rembatan kemas dan cantik dari pemain bernombor 2, Amirrul hanya mampu menggegarkan palang pasukan Apan yang di barisi pemain tidak berapa terkenal. Percubaan demi percubaan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Harapan ditunaikan pada minit 30, pemain dari pasukan Apan berjaya merembat tepat dan menggegarkan jaring pihak lawan. Cantik! Kemas! Satu penyudahan dari hantaran lorong yang menarik. Apan 1-0 GENG TERMAKAN HARAPAN. Emosi menguasai pihak lawan. Rentak permainan sudah berpihak kepada Apan. Nampaknya mereka seperti terkapai-kapai mencari penyudah. Kesilapan dilakukan oleh Siti Syarifah. Hantaran pendek kepada Nik Ashri tidak menjadi. Kesempatan itu diambil. Sekali lagi gerakan solo penyerang Apan dan disudahi dengan jaringan gol! Penjaga gawang masih terpinga-pinga dan sibuk mencari kesalahan rakan sepasukannya. 2-0. Apan selesa mendahului perlawanan. Wisel ditiup. Sepak mula buat kali ketiga bermula. Kali ini pemain bernombor 8, Nik Ashri mula gerakan solo dari tengah padang. Ah! Melepasi 1, 2, 3 dan 4 pertahanan Apan. Cantek! Bergaya. Rembatan padu disitu...ah, malangnya melepasi palang tiang gol. Prriitt prrriittt. Tamat separuh masa pertama. Masing-masing memikirkan strategi merobek pihak lawan. Kita berehat seketika. Kembali ke Sri Pentas.



Ulasan semasa waktu rehat oleh abang Sherrybanget Tak Singh sangat;

Gol (1)Pasal kerja kat Penang/Brunei
Gol (2)Tanya kat dia.
Nik Ashri memberi harapan untuk ke Kuala Lumpur. Amirrul juga mahu membuat rumah kontena. Satu serangan yang agak kuat.



¨Team Apan boleh pergi jauh ni,¨ ulas Mohd Suffian merangkap pengurus dan abang kandung Apan.



p/s: Separuh masa kedua mungkin selepas raya Cina.
p/s2: Abang Pipiyapong mengamuk lagi di Sokernet. Tidak! Jangan kau bagi harapan lagi.

Khamis, 14 Januari 2010

Biarkan Aku

Aku sudah nampak satu reaksi. Sudah tentu jawapan ini lebih memuaskan hati aku. Beliau tidak berpihak kepada mana-mana kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan undang-undang malah tidak ada perkaitan melalui agama. Huraian beliau cukup menterjemahkan apa yang sedang berlaku sebenarnya. Itulah konsep dakwah.



------------------------



Sudah dengan isu itu, aku mula menaruh harapan. Bukan isu semasa ke apa, cuma kepada seseorang. Oh tidak. Kau banyak menepati citarasa aku. Sudah banyak kali kau memberi harapan. Aku masih menerima dengan hati terbuka walaupun aku tahu aku terlebih mengharap. Cis kau wanita. Sayup-sayup kedengaran kau sekarang bergerak solo. Cis cis. Harapan lagi tu. Malangnya....



p/s: Amirrul mesti syak aku dengan minah tu. Hang salah weh! Inilah dinamakan spekulasi. Apa jadi kat market kalau aku orang penting?

Ahad, 10 Januari 2010

Satu Persoalan

Kamu menyokong ataupun tidak tentang penggunaan isu nama Allah, bukan satu masalah bagi aku. Yang menjadi terlalu ketara untuk ini adalah perdebatan antara yang pro dan yang membangkang. Soalnya, perdebatan antara orang jahil tidak akan ada kesudahan. Sila kemukakan hujah kamu melalui nas-nas Al-Quran dan Hadith. Kalau pakai ikut logik semata-mata, akhirnya kedua-dua pihak akan beremosi. Sudahnya timbul perpecahan. Mana lagi penting? Kesepaduan antara Ummah atau isu ini? Aku rasa Islam itu cukup sempurna. Jadi, serahkan sahaja pada ahlinya (pakar) kerana mereka lebih mengetahui.

Ahad, 13 Disember 2009

Kahwin Oh Jodoh

Mood: Senario - Sebelum Dan Sesudah.


Ramai kawan-kawan aku sudah mula merancang untuk berkahwin. Yang dah berkahwin pun ada. Perbualan serius ini diakhiri dengan hilai tawa sinis yang sebenarnya merobek perasaan hati seseorang yang memulakan humor tersebut. Malangnya, orang itu tepat ditujukan kepada aku. Damn! Mula hati ini berdetik, sudah tuakah aku? (persoalan biasa bagi remaja yang merangkak ke alam dewasa). Dari sudut positif pula, aku memikirkan komitmen yang terpaksa dilalui oleh pasangan ini. Mereka tampak bersedia untuk mengharungi masa depan yang tak tahu mana hala tujunya dengan tegar dan berani. Wah! Aku kagum dengan mereka. Biarpun terpaksa berhadapan halangan yang dua kali ganda lebih dahsyat (iyalah, dah ada 2 komitmen; diri sendiri dan keluarga), hari-hari yang sukar itu ditempuhi juga dengan kudrat yang ada. Iya, aku tahu Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang mereka tak mampu. Firman Allah Azza Wa Jalla;



لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak akan memberi dugaan kepada manusia kecuali mereka mampu menanggungnya...(Al Baqarah:286)



Aku mula terfikir, sampai bilakah aku harus membujang dan terus berseronok dengan gelaran solo? Tidak cukupkah waktu lalu? Aku tak tahu jawapan itu. Terlalu subjektif bagi aku, mungkin. Mulalah di benak pemikiran aku ligat memutarkan rintangan-rintangan yang bakal dihadapi. Sudah bersiap sediakah aku untuk itu? Jika aku sudah bersedia, mampukah aku mempunyai sesorang yang bersedia untuk melalui saat itu bersama-sama dengan aku?(Cerita lain).



Aku faham.Kalau dikaitkan dengan realiti, peredaran zaman sudah mula pandang ke belakang. Maksud aku, era ini mula menunjukkan ciri-ciri era retro zaman 70an yang menggalakkan kahwin muda (jangan salah paham. Umur 20an ya. Tidaklah terlalu awal). peringkat awalan perubahan trend adalah melalui fesyen lagak ala retro yang sudah lama dipelopori (dah 3 tahun kot) dengan pemakaian Ray Band, seluar warna warni dan macam-macam lagi seolah-olah takrifan sejuk (cool) itu mengikut istilah "lagi old skool lagi kool".



Masalahnya, itu dari segi fesyen. Hal ini membabitkan komitmen, kesediaan kamu terhadap tanggungjawab yang lebih besar. Lain ceritanya. Ibu bapa juga banyak memainkan peranan sebenarnya. Rata-rata keluarga zaman sekarang tidak lagi mempunyai anak sehingga berbelas-belas malahan banyak keluarga yang mempunyai anak tunggal. Jadi mereka amat risau andaikata mereka tidak sempat menatap kebahagiaan berumah tangga anak-anak sebelum mereka memejamkan mata buat selama-lamanya.



Mungkin trend atau mungkin tidak. Aku tak tahu. Kamu tepuk dada tanya selera sendiri. Hey, persepsi orang tidak sama bukan? Jangan samakan aku dengan kamu. Ini pandangan stereotaip.



p/s: Sudah lama aku tak letak entri yang panjang-panjang. Aku sebenarnya masih dalam keadaan terkejut (shock) semasa menulis. Aliran idea tu mencurah-curah macam coklat mencurah-curah ke ladang gandum.

p/s2: Otak aku mula memutarkan nostalgia-nostalgia lampau. Aku rindu saat itu. Apakan daya. *sigh*

p/s3: Aku kena tipu. Dan akan aku tunggu saat itu.

Isnin, 23 November 2009

Pedulikah Kamu?

Aku baru habis menonton cerita House M.D episod yang terbaru. Ada satu babak yang menyebabkan aku berfikir sejenak. Babak yang menyaksikan sesi soal menyoal antara seorang doktor (Cameron - pernah menjadi kegilaan aku. Sekali lagi, PERNAH!) Dia mengajukan soalan kepada pesakit yang berumur 17 tahun, dan pesakit itu menjawab "....and i'm following his tweet..." Muka Cameron dan Chase agak tercengang dan mulutnya hampir terbuka luas menunjukkan reaksi ke'tiada-idea'an mereka. Dengan pantasnya, pesakit itu membalas, "look, its gonna take a while to explain that."



Ya, aku memang belum terjebak dengan mendelaah itu lagi. Mungkin satu hari nanti atau mungkin tidak langsung. Bergantung kepada situasi. Lupakan yang itu. Aku cuma mahu sampaikan, sepandai mana pun kamu dalam ilmu dan penyelidikan, kamu tidak akan jadi pakar dalam 2 perkara sekaligus. Jadi, untuk mereka yang berjenis provokatif terhadap tindakan yang aku lakukan, kamu harus sedar kamu bukan berada dalam situasi aku dan kamu hanya mendengar cakap-cakap orang sekeliling dan terus taklid buta. Kamu memang bijak mendalami sesuatu yang dilakukan oleh orang lain sehingga pandai menjatuhkan hukuman. Seeloknya pergilah mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan apa yang kamu sedang lakukan. Kamu sedar kamu juga sama situasinya dengan aku walaupun kita berada dalam bidang yang berlainan? Jadi, hukumannya bukankah sama? Apa gunanya membazir masa untuk mencari kesalahan orang lain? Buat rugi masa dan tenaga kamu sahaja. Tiada apa pun yang kamu untung. Maaf, sekali lagi aku beremosi.


p/s: Aku tak pefom minggu ini. Ramai sangat yang cedera. Harapan tinggal kepada simpanan sahaja. Cis!

Selasa, 17 November 2009

New Obsession?

Never have thought in mind I would go researching over something that i really "master" on. Just out of luck, I found something that occurs to be so cool and interest. I'm so overrated and obsessed (hopefully cling onto it) on CALABASH and MEERSCHAUM. Thanks to ***, obsession is one part of the club requirement. Welcome to the club man. Watch it on my new post. I'm going to be super young cool, educated and persistent person. Yeah, that is so called NEW AGE. But still, this is just the beginning and i'm a newbie.


Oh oh, there is another:- Virginnia Coffee Well Blended and brand new relaxation method (Ceh! Nama macam tajuk chapter dalam Physics Waves)


*** - He is a conservative, trendsetter and hardly to find one like him. Yeah I know, you're most welcome.

Jumaat, 13 November 2009

Kestereotaipan Orang Ramai

Lagu tema; Joget Manalah Jodoh by Ali Mamak ft Abon


Meluahkan emosi menerusi bait-bait lagu dan mengekspresikan diri dalam bentuk muzik kerana kurang lagu yang diperdengarkan tidak mencerminkan emosi. Bagi yang terlalu rasional, dipersembahkan melalui pelan perangkaan yang selalunya adalah perniagaan. Semuanya terlalu rasional sehingga tiada unsur emosi. Jadi, orang yang memulakan perniagaan menerusi muzik dapat menggabungkan kedua-dua elemen ini. Aku respek weh. Sebenarnya, apa yang aku nak cakap aku cuma boleh sampaikan emosi aku terhadap kengkawan yang setia sampai sekarang; dengarlah lagu Sondre Lerche - To Be Surprised. Ini coretan bermakna untuk kau orang yang terus menyokong aku. Sekian, tolonglah hayati.



Rabu, 11 November 2009

Gerakan Wahabi? Apa Tu?

Aku pernah terbaca artikel tentang gerakan Wahabi dan juga dikenali sebagai Muhammadiyyah di rantau Asia Tenggara khususnya di Indonesia pada awal 50an dulu dalam akhbar Utusan Mingguan (08/11/2009). Seperti yang aku dengar sipi-sipi ke telinga aku dari mulut orang, gerakan ini adalah gerakan sesat yang berteraskan salafiyyah (golongan 4 kurun sebelum - zaman khulafa ar-rasyidin sehingga para tabi' tabi'in). Rencana yang aku harapkan membawa kepada perkenalan aku terhadap gerakan ini berakhir dengan kehampaan kerana ajaran-ajaran yang dibawa tidak diceritakan secara khusus menyebabkan aku tertanya-tanya adakah benar apa ajaran ini telah memesongkan akidah golongan ahlul Sunnah?



Berbalik kepada ajaran pemesongan akidah yang direncanakan, persoalan tauhid yang telah dibawa dipecahkan kepada tiga;1)Rububiyyah 2)Uluhiyyah/Ubudiyyah 3)Asma wa Siffat. Hal ini yang merunsingkan aku. Dimanakah pemesongan akidah yang berlaku? Aku masih tertanya-tanya sehingga sekarang. Ulasan yang diberikan oleh penemuramah seolah-olah telah diinterpretasi secara salah. Gerakan ini seolah-olah membezakan ketiga-tiga cabang tauhid tersebut. Aku cuma menyokong hujah bahawa gerakan ini menolak secara total sifat 20 Allah yang terkandung dalam ajaran tauhid Asma wa Siffat. Seterusnya, penulis artikel tersebut menekankan kepada persoalan mengapa tauhid itu sendiri terbahagi kepada tiga sedangkan tauhid merupakan pokok kepada akidah umat Islam. Tambahan lagi, perjuangan gerakan ini telah diperkembang oleh Ibni Taimiyyah seolah-olah Ibni Taimiyyah itu sendiri macam Ayah Pin.



Jadi, kemusykilan aku bertimpa-timpa. Pertamanya, sepanjang aku menuntut ilmu dari peringkat sekolah menengah sehingga ke pengajian tinggi, tauhid itu cabangnya ada tiga seperti yang di atas. Persoalan akidah juga banyak diambil dari kitab-kitab tulisan Ibni Taimiyyah untuk dijadikan bahan rujukan. Jika betul sekalipun, adakah sistem pembelajaran di Malaysia telah diWAHABIkan? Bagaimana mahu menyelesaikan perkara ini sedangkan persoalannya terlalu berat kerana mencakupi sudut akidah dan pegangan. Justeru, sistem pembelajaran yang sedia ada sebenarnya digunakan untuk memesong akidah umat Islam di Malaysia. Berdasarkan pemahaman aku, cabang-cabang tauhid itu sebenarnya dikhususkan kepada umat Islam. Perkara yang membezakan orang Islam dan orang Kafir adalah pegangan kepada tauhid Uluhiyyah dan Asma wa Siffat.Semua agama yang ada dalam dunia ini berpegang kepada tauhid Rububiyyah.



Kedua, persoalan yang timbul adalah merangkumi ibadah-ibadah yang mereka lakukan seperti tidak berdoa selepas sembahyang. Bagi aku, mereka bukan tidak berdoa cuma tidak berdoa secara berjemaah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Mereka ada alasan tersendiri seperti mereka menganggap doa merupakan penutup solat. Jadi, mereka bertindak untuk melakukan solat sunat terlebih dahulu sebeum mereka berdoa. Inilah yang aku cuba sampaikan kepada penulis artikel tersebut. Dimana kredibiliti kamu sebagai seorang wartawan?Hanya mendengar sebelah pihak sahaja tanpa mengambil kira hujah-hujah dari pihak yang satu lagi.



Aku tidaklah memberatkan bahawa gerakan Wahabi ini tidak bahaya dalam soal akidah. Cuma, aku berharap, persoalan-persoalan seperti ini tidak boleh dihuraikan dengan sambil lewa kerana melibatkan akidah ramai umat Islam. Jika mahu diringkaskan sekalipun, ringkasan dari temuramah itu harus mempunyai isi yang padat dan mudah difahami. Sekurang-kurangnya, para pembaca dapat memahami apa yang kamu cuba sampaikan. Aku rasa orang yang ditemu bual itu telah menghuraikan dengan panjang lebar, cuma wartawan tersebut mengambil jalan pintas untuk memendekkan dan mengeluarkan artikel yang menarik untuk dibaca hanya untuk memperkukuh strategi pemasaran. Maaf. Ini cuma andaian.

Jumaat, 6 November 2009

Entahlah

Akhir-akhir ini mood untuk menulis semakin pudar. Aku pun tak tahu kenapa. Aku ada terbaca blog mana entah, dia cakap bila kamu mula sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti jadi mood untuk menulis itu mula hilang. Betul ke? Aku rasa cuma aku ketandusan idea untuk menulis. Kadang-kadang idea datang mencurah-curah seperti coklat melimpah ke ladang gandum ketika aku mula mahu memejamkan mata. Malangnya, waktu itu aku terlalu malas untuk membuka laptop ini dan menghadapnya semata-mata idea itu masih segar. Malang yang terjadi, aku masih mengHARAPkan idea tersebut masih berlegar-legar di kepala hotak aku ini ketika aku bangkit dari ulitan mimpi. Ceh. Nampaknya mimpi telah menguasai permainan minda aku. Sudahnya, aku pun sampai terlupa perkara yang lebih penting yang sepatutnya dilaksanakan hari ini. Dan ia akan terus menjadi perkara yang sama setiap hari. Aduh, ayat ni memang aku tak boleh pakai;


"Hari esok masih ada."


p/s: Selamat menghadapi peperiksaan formal terakhir. Aku tahu kamu semua dah malas nak sambung belajar.


Jumaat, 30 Oktober 2009

9 Bulan Genaplah Sudah

Mula terdetik hati ini untuk merindui kenangan silam tapi apakan daya, itu semua hanya memori. Memori untuk dipahat dalam kepala buat selama-lamanya. Sekurang-kurangnya aku pernah mengalami dan merasai itu. Kini, aku hampir matang cuma bidang berlainan. Selok-belok aku sudah mula fahami namun masih banyak yang perlu aku lalui untuk sampai ke tampuk 'berjaya'. Mungkin kamu melihat aku sebagai satu idea radikal yang rugi. Ini pendapat masing-masing dan aku tidak menidakkan itu. Pandangan dan pemerhatian adalah satu perkara subjektif dan tiada betul/salahnya. Pernah juga sekelumit hati ini kerugian itu ada benarnya, namun aku perlu tabah untuk hari seterusnya. Tidaklah ini menjadi angan-angan semata yang akhirnya membebankan aku bertimpa-timpa.


Aku tahu alam ini satu tampuk perubahan besar buat aku yang masih terapung di awangan. Sekurang-kurangnya alam ini jugalah yang membuka hala tuju sebenar aku setelah sekian lama aku mencari. Kamu akan merasainya satu hari nanti cuma yang membezakan kita aku bermula dengan diriku sendiri. Tiada siapa yang mampu menghulurkan bantuan. Biasalah. Inilah lumrah kehidupan Melayu. Jadi, jangan salahkan orang atasan bila kamu meminta pertolongan, ditolak bulat-bulat. Alasan; waktu aku susah dulu kamu ada sumbangan kepada aku?; terlalu biasa aku dengar dan setiap kali ucapan itu aku teringat akan kata-kata; hidup bermakna pada memberi.


Cetusan kecil ini memberi makna yang besar kepada aku. Biar seteruk mana kamu ditohmah, biar sekejam mana kamu difitnah, banyakkanlah memberi daripada menerima. Oh ya. Aku juga pernah merasai waktu itu. Maafkan aku. Mungkin aku pernah memberi reaksi negatif kerana waktu itu emosi menguasai diri. Setelah sekian lama, aku sudah mula imun dengan provokatif-provokatif biasa. Tiada apapun yang dapat menghalang impian aku lagi. Aku menantikan saat itu untuk KABOOM!


p/s: Selamat menghadapi peperiksaan kengkawan. Semoga berjaya menggapai impian hendaknya.

Isnin, 19 Oktober 2009

Terkini

Fantasy Premier Leauge aku sudah mula ceburi setelah berkubur hampir 2 tahun. Masalah lama kini datang kembali cuma aku sudah terlalu biasa mengalami. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang perlu aku buat. Oh ya,aku hampir terlupa. Aku sebenarnya mahu meminta pertolongan kepada sesiapa yang buat privasi liga dalam fantasi. Aku mahu menyertai kamu semua. Tolonglah. Aku keseorangan di sini. Sila hantarkan kod kamu dalam ruangan komen supaya aku boleh 'join the club'. Aku pun nak main jugak.


*p/s: Aku ada liga super harapan je weh. Kenapa aku takleh masuk yang lain? Kedekut ah korang.

Ahad, 6 September 2009

Aku Ada Sedikit Kemusykilan

Sebenarnya aku nak tulis pasal telur masin (makanan ya. Jangan salah anggap) tapi aku rasa pada waktu-waktu begini tak elok untuk membangkitkan nafsu serakah manusia. Jadi aku beralih kepada kemusykilan aku sejak pagi tadi. Ini berkait dengan tatabahasa Bahasa Melayu/Malaysia.


Perkataan 'menyampah' itu ada kata dasar atau tak? Ataupun perkataan itu sememangnya kata dasar? Jika ia bukan kata dasar, jadi perkataan 'sampah'lah sebagai kata dasarnya? Bukankah selalunya kata dasar itu sesuatu perbuatan a.k.a kata kerja? Jika bukan sekalipun, imbuhan yang ditambah pada kata dasar tersebut menyebabkan perkataan duplikasi itu menjadi sesuatu kata kerja kepada kata dasarnya bukan? Contoh; BUKU. Jika ditambah imbuhan, maka jadilah 'MEMBUKUKAN". Bukankah perkataan itu sebuah kata kerja yang merujuk kepada buku?


Perkataan menyampah itu adakah merujuk terus kepada sampah ataupun hanya mengambil maksud tersirat yakni sampah merupakan sesuatu objek yang annoying dan menyampah pula sifat annoy? Boleh ke apabila penambahan imbuhan me....kan menjadi sebuah kata sifat dan bukan kata kerja?Oh, aku bertambah pening. Tolong jawab ya sesiapa yang tahu.


p/s: Ini tribute kepada Bule yang ejek aku semalam sebagai PENYAMPAH. Tiba-tiba kepala otak aku mula berfikir pasal ini.

Isnin, 31 Ogos 2009

Cetusan Dan Keluhan Melibatkan Politik

Kebanyakan kenalan di sekeliling aku begitu taksub dengan pembangunan dan pemodenan yang dibawa oleh kerajaan BN. Ketaksuban melampau itu terlalu retorik untuk diperdebatkan. Masih lagi dengan sentimen kemelayuan yang telah dibawa sejak penubuhan UMNO sehingga sekarang. Tak penat ke bang? Melayu baru (anak muda Melayu) bukan macam dulu lagi dan bukan lagi ketinggalan zaman. Kamu lihat sajalah anak muda di keliling kamu. Ramai yang mempunyai mental dan pemikiran yang lebih sofistikated dari Melayu lama. Pendapat Tun Musa Hitam sangat aku terima. Kamu ambillah sedikit masa untuk membaca komennya yang panjang lebar ini. Ini pautannya. Renunganlah wahai penyokong taksub BN.

p/s: Arkib Utusan 30/08/2009. Lanjutan komentat tun, ini pautannya.

Ahad, 23 Ogos 2009

Salahkah Aku?

Aku tak tahu. Aku tak mengerti. Aku beremosi, semuanya dipengaruhi. Semuanya topik yang sama. Tahap itulah, tahap inilah. Seketika dulu, aku bermula dengan "harapan". Habis propaganda "harapan" digembar-gemburkan. Kenapa semuanya terjadi pada aku serentak berlaku dengan kamu semua? Kita dalam persekitaran yang sama? Mungkin akan datang lain pula ceritanya. Masing-masing dengan hala tuju sendiri. Aku doakan sempurnalah amalan rakan-rakanku di bulan ramadhan mulia ini. Terlanjur kata, terlanjur bicara maaf dipohon.



-------------


Sedikit fakta buat yang terbaca blog ini melalui pencarian google. Hadith masyhur tetapi diiktiraf hadith dhaif/mungkar:

أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Maksudnya: Awal bulan Ramadhan itu adalah rahmat, dipertengahannya adalah pengampunan, dan pengakhiran Ramadhan adalah pembebasan dari api neraka.

Komen penulis;

1. Berdasarkan ilmu pengetahuan yang penulis pelajari, hadith dhaif adalah sebuah hadith yang tidak boleh diterima pakai sebagai hujah tetapi masih boleh dipegang untuk memperbaiki serta memotivasikan diri untuk melakukan ibadah.

2. Persoalan mengapa hadith ini dikategorikan sebagai hadith dhaif/munkar, secara umumnya sanad (perawi-perawi yang membawa hadith) tidak cukup syaratnya untuk dikategorikan sebagai hadith sohih mahupun hassan. Untuk bacaan lanjutan, klik sini.


p/s: Pi la tarawih weh! Masjid bley pi jalan kaki je kot. Kalau dulu bley la ada alasan. Hah!

Khamis, 13 Ogos 2009

Entri Edisi Khas

Aku Mahu Bercerita jugak pasal Naruto Shiipuuden F.C (janji aku kat nik). Kenangan pahit dan manis sama-sama dirasai sewaktu bergelar pelajar tegar USM. Aku rindukan zaman itu membuatkan aku sebak weh. Tak nak tunjuk ja tadi sebab aku kan lelaki. Lelaki kan ada ego. Berbalik kepada isu Naruto Shiipuuden F.C tadi, sememangnya aku berbakat menjadi kapten pasukan yang tidak berguna langsung. Latihan 'petang-petang' bukan untuk memantapkan skil bola pasukan, cuma berorientasikan mahu mengalahkan pasukan yang disertai Zazuan a.k.a zue disebabkan rekod tanpa kalahnya. Aku acapkali turun bersama-sama semasa latihan. Memang kerap kami melatih diri sendiri. Atas dasar itu, aku mula kepenatan sehingga tertidur ketika perlawanan futsal yang dianjurkan oleh USM (memang sengaja tidur sebenarnya). Ya! Seorang kapten meninggalkan anak-anak buahnya terkontang-kanting mengatur strategi sehingga salah seorang ahli pasukan cedera parah (Rajo, bukan nama sebenar). Kenangan itu terlalu indah untuk aku. Oh, aku emo lagi.


-------------------


Cukup sampai disitu. Perihal Naruto Shiipuuden F.C akan kekal bersama memori aku. Aku mahu memohon ampun maaf atas keterlanjuran memberi harapan palsu kepada sesiapa yang terlibat* sepanjang perkenalan kita. Segala tindak-tanduk yang kurang disenangi aku harapkan keampunan daripada manusia yang terlibat terutamanya Karem. Biasalah, emosi kadang-kadang tak dapat dibendung untuk mengumpat. Maafkan aku Karem. Mungkin cara teguran aku terlalu kasar untuk kau menerima atau teguran aku tidak bermakna langsung bagi kau. Halalkan makan dan minum aku ya. Aku harapkan kejayaan daripada kau orang. Kepada graduan-graduan, aku ucapkan tahniah dan teruskanlah atas apa yang kamu lakukan. Kepada bakal-bakal graduan di Transkrian (haha saja nak kutuk), tabahkan sahaja diri untuk minggu konvo. Aku tahu kamu kecewa. Masa kamu belum sampai. Satu hari nanti kamu akan merasai apa yang mereka rasa. Janganlah jadi macam aku ya. Sedikit update, aku dapat tawaran ambil kos Ijazah Sarjana Muda Kewangan Syariah di UIA untuk bulan Januari tahun depan.


Sekali lagi aku memohon kepada sesiapa yang terlibat, aku perlukan sedikit usaha kamu untuk menulis alamat rumah dalam komen mahupun menghantarkannya ke e-mel aku. Sesiapa yang baca, harap tolong bagitahu orang yang tak baca. Aku sudah merancang pertemuan 'agung' kita bersama selepas perpisahan ini.Waktu pertemuan itu aku sedang mengira saatnya. Harap kamu sedia menuggu dan sudi menulis. Aku memohon jasa baik kamu semua.


Jumpa lagi bila kita berjumpa.


*orang yang dimaksudkan adalah: Mohd Adzlan, Mohd Amirrul, 'Abdur Rahman 'Auf, Syazrul Aqram Iman, Mohd Aliff Zaini, Mohd Yusoff, Mohd Yassin, Siti Syarifah Hadli, Jamil, Hisamuddin Misron, Eswandy Asre, Abang Khairi, Amir Ahmad, Azhar, Zazuan dan Raja.


p/s: Nik Ashri tak payah sebab aku dah mintak tadi.

p/s2: Nama-nama yang tidak diletakkan pautan sedangkan kamu mempunyai blog, sila bagi link sekali ek?

Jumaat, 31 Julai 2009

Aku Hidup Dalam Awang-Awangan

Semuanya tidak menjadi mengikut plan. Ada sahaja yang cuba merosakkan plan. Memang kaw-kaw dia bagi harapan kat kami untuk survive. Aku sengsara weh. Sekali lagi aku memberi harapan kepada orang lain. Plan banyak yang hancur disebabkan hanya satu perkara. Kini, aku terduduk mencari jalan untuk bangkit. Aku mengharapkan kali ini jalan dipermudahkan. Kau telah menguji kami adik beradik. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku tahu Kau masih sayang dan ingat kepada kami. Syukurlah.


p/s: Aku menunggu bulan jatuh ke riba disamping mencipta roket untuk ke bulan. Sabaq no kawan-kawan.

Isnin, 20 Julai 2009

Minggu Baru Harapan Baru?

Sudah hari Isnin. Maka dengan ini saya merasmikan majlis penutupan minggu harapan. Minggu yang penuh dengan debaran berakhir jua. Aku sedikit terkilan kerana penutupnya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Sekurang-kurangnya biarlah satu yang menjadi sudah cukup membahagiakan aku.


Ya! Kali ini aku pula yang SAMPAH. Sedang asyik menatap wajah minah Arab dalam bas sewaktu perjalanan pulang ke rumah, ditambah pula dengan awek gig yang aku jumpa di stesyen Bandar Tasik Selatan menyebabkan aku alpa seketika tentang barangan peribadi. Cilaka lu! Aku ada 5 ringgit pun nak kebas ke? Kau mengambil kesempatan terhadap diri aku yang sedang bersempit-sempit untuk naik tren yang terakhir.


Lupakan seketika pasal itu. Aku mahu lebih fokus minggu ini. Aku telah diberi tugasan akhirnya. Aku mungkin sibuk sepanjang minggu ini. YAH! Aku boleh menjadi fokus. Maaf rakan-rakan. Atas ke'fokus'an melampau ini aku mungkin berjauhan dengan kamu semua buat seketika cuma mood aku hari ini hanya mahu membincangkan topik yang melibatkan sedikit perahan otak dari kau orang (maksudnya pandanganlah).


Apa pendapat kamu terhadap sistem perbankan yang telah terbahagi kepada 2:

1. Konvensional
2. Islamik


Kalau boleh tolong huraikan hujah sekali ya. Aku cuma nak buat kertas kerja.


p/s: Konfem orang tak nak komen.

Isnin, 13 Julai 2009

Masih Dengan Harapan Itu

Aku ada harapan baru dan hanya diketahui oleh 3 orang sahaja (rakan seangkatan aku lah. Kalau orang lain aku tak tahu). Kalau dah namanya APAN, tetap juga harAPAN itu kembali semula kepada aku. Apa salahnya namaku sebegini? Oh tidak. Semua harapan itu diletak atas bahu aku. Kau tunggulah nanti!


Rakan-rakan seangkatan, mari menuju ke pintu harapan! Dengan ini, saya mengisytiharkan minggu ini adalah MINGGU HAR-->A.P.A.N(kool)!!!


p/s: Kalau kau orang rajin, cuba kira berapa banyak perkataan "harapan" yang aku tulis sejak bulan lepas (aku tahu kau orang memang malas gampang).

Rabu, 8 Julai 2009

Harapan Oh Harapan

Minggu lepas aku bergelumang dengan harapan. Minggu ini masih dengan harapan lama. Sekurang-kurangnya harapan lama itu ada yang sudah terkabul. Alhamdulillah.


Cuma tinggal 2 harapan sahaja lagi. Satu harapan yang paling besar pernah aku dengar dan satu lagi harapan bulan Mei lepas. Kamu pernah menerima harapan paling besar? Sebagai contoh, mahukah kamu bekerja sebagai orang bawahan yang jumlah gaji bersihnya melebihi orang atasan sekarang? Aku menunggu dan mengharap itu. Oh bulan Januari. Aku menunggu kedatangan tarikh keramat itu! Aku hampir tidak percaya (maksudnya aku masih percaya lah) tapi aku tetap mengharap. Aku peduli apa!


p/s: Mirrul, sama-sama kita menunggu ya!

Rabu, 24 Jun 2009

Sempena Hari Bapa Hari Itu

Apa perasaan kau bila kau sendiri menjadi seorang ayah dan anak LELAKI remaja kau mengucapkan selamat hari bapa kepada kau secara tiba-tiba?Kalau anak perempuan tu aku tak berapa nak kisah sangatlah. Adakah ego kau sebagai lelaki tercabar? Kau terkejut kerana anak kau begitu mudah merendahkan ego mereka? Entahlah. Tunggu lah satu hari nanti.


Aku tak nak ucap sebab tiba-tiba persoalan ini timbul. Agak-agak kau lah, apa reaksi bapak aku bila dia terbaca blog aku pasal ni? Aku keluarga ego lebih. Taktau la macam mana nak gambarkan.

Kepada bakal bapak-bapak sekalian, bersedia la ya!