Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Khamis, 18 Februari 2010

The Maiden Heist 2009

Never crossed my mind that Morgan Freeman would actually involved in comedy film. Hell yeah that´s a shock. For those who are following this guy, you will notice he´s never been selected to act in comedy film but always into a heavier plot such as Shawshank Redemption, Thick As Thieves, etc. (Evan Almighty - He´s not the one that we laughed!)



Enough for that man, another is happened. Christopher Walken, yet another old dogs in this movie and he´s not such a comedian. Always involved in Quentin Tarantino´s projects, he has been always super serious in acting. Not to mention he´s having a ´talented´ bad guy. I´m once mistaken he is the real Quentin Tarantino.



For some reason, i say 8 out of 10. You would never see a heist conducted by bunch of old hags in other movies. This is it buddy. Show yourself a true fan of a con/comedy film. Oh, i forget to mention another actor. William H. Macy, you´ve already heard of him before. He can be found in Wild Hogs. So, no further comment. Ladies and gentlemen, let´s have a big round of applause for Peter Hewitt.



p/s: For Kill Bill fan, watch out the 3rd volume in 2014.

Ahad, 14 Februari 2010

Wow!

Zaman Mikel tabligh kot. Entah. Tanya la kat dia.




Dicetak rompak dari ---->sini

Rabu, 3 Februari 2010

Siapa Sangka

Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku bahawa Frank Sinatra merupakan seorang pelakon selain penyanyi. Yang lebih memeranjatkan, cerita Ocean´s Eleven (2001) merupakan filem buatan semula (remake) dari filem Ocean´s Eleven (1960). Danny Ocean yang dilakonkan semula oleh George Clooney sebenarnya disandang oleh Frank Sinatra! Wow! Hebat betul mamat ni. Tak sangka beliau berbakat besar dalam bidang seni. Sudahlah pandai menyanyi, pandai berlakon pula. Mungkin jalan cerita sama kot. Entahlah. Aku baca dalam wikipedia, dia orang cakap tahun 1960 ceritanya berkisar tentang rancangan rompakan 5 kasino yang berbeza manakala pada tahun 2001 pula hanya 1 kasino yang terlibat. Mungkin mereka masih mengekalkan kasino sebagai mercu tanda (trademark) filem sebelumnya.



Sekual filem Ocean´s Eleven hanya muncul selepas keberkesanan menarik para penonton pada tahun 2001 sahaja. Kemunculan Ocean´s Twelve dan Ocean´s Thirteen bukanlah satu filem remake. Steven Soderbergh melihat impak Ocean´s Eleven merupakan satu penanda aras untuk memaparkan aksi sekual dalam bentuk filem. Jadi, kedua-dua filem sekuel ini tidak ada langsung dengan filem 1960-an tersebut. Siapa sangka filem ber-genre penipuan dan pencurian (heist & con-film) mampu menarik ramai penonton.

Jumaat, 22 Januari 2010

top 100 Guitarist

Mengikut apa yang Rolling Stone cakap, kebanyakannya dimonopoli oleh gitaris yang ada kugiran. Seperti biasa Jimi Hendrix mendahului semua gitaris sehingga mencicirkan B. B. King ke tempat ketiga. Duan Allan (Duane Allman) (The Allan´s Band (The Allman Brothers Band)) tempat kedua. Malangnya, tiada dalam senarai untuk Mathew Bellamy (Muse), John Petrucci (Dream Theater), Steve Vai dan Joe Satriani. Angus Young (ACDC) pun ada dalam senarai walaupun tempat ke-96 yang ditinggalkan jauh oleh Jack White (White Stripe) yang menduduki tempat ke-14. Carlos Santana (ke-19) pun kalah dengan mamat ni. Nak tahu lebih, pi baca sendiri--->The 100 Greatest Guitarist Of All The Time



p/s: Nasib baik ada Stevie Ray Vaughn. Kalau dia takda, memang aku tak caya langsung.

Rabu, 20 Januari 2010

Kid A

From what i heard, i´m giving thumbs up. My sources, Rolling Stone and some friends giving a high expectation on this album. Yes it´s truly what they´ve said. No wonder Radiohead nominated as the best album for Kid A. Try getting into the music, not the lyrics. Stereotypical Radiohead for the lyrics.

Bob Dylan - Union Sundown

Bob Dylan ada sebut Indonesia, Malaysia, Filipina dan macam-macam negara lagi dalam lirik lagu ini. Tau jugak mamat ni pasal Asia Tenggara ya. Selalunya negara-negara ASEAN dipinggirkan kecuali Singapura (ASEAN ke pulau singa ni?). Aku tak tahu kenapa (sebenarnya aku agak faham tapi macam tak best kalau aku bagitahu). Apa-apa pun, terima kasih Bob Dylan. Aku berbangga jadi rakyat Malaysia.



p/s: Takziah buat Yassin. Takziah bukan untuk orang mati je weh!

Sabtu, 2 Januari 2010

Last Friends

Mood: Marvin Gaye - Lets Get It On


Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku mula menjebakkan diri ke kancah dunia drama Jepun. Ini semua bermula apabila paket data sambungan talian internet aku makin lama makin perlahan. Semua genre drama Jepun yang aku ada dan aku pernah tengok, aku tonton semula. Bermula dengan menonton My Boss My Hero sehingga 3 kali, aku mula bosan dan mula mencari drama-drama yang lain. Akhirnya, aku sangkut dengan Nodame Cantabile. Habis wa cerita sama lu.



Seperti yang diidam-idamkan, wanita pilihan hati sudah muncul. Yes! Aku mula terpikat dengan Ueno Juri. Gaya keanak-anakan dalam drama Nodame menambat hati aku. Semua episod habis ditonton satu malam sahaja (termasuk siri special). Mulalah melayari laman wikipedia mencari data minah sorang ni (ya, aku mengaku aku stalker). Alih-alih aku jumpa lagi satu drama yang best. Siapa sangka orang Jepun berani buat drama berkisar seorang lesbian dan gay? Bukanlah seperti filem-filem porno yang selalu kau orang tengok, cuma plot yang berani ditonjolkan dan ada kelainan dari drama bersiri yang lain. Kalau anda berminat, sila layari...cewah. Macam nak promosi iklan pulak. Tajuk drama: Last Friends.



------------------------------


Khas untuk Man. Sehingga hari ini, tataplah koleksi aku.




SELAMAT TAHUN BARU! ANDA HANYA ADA LAGI 2 TAHUN. SILA BINA KAPAL SEKARANG SEBELUM 2012 MENJELMA.



p/s: Mungkin agak bosan kerana unsur berbaur komedi tiada. Shawshank Redemption pun tak ada unsur komedi kan? Tak bosan pun.
p/s2: Siapa nak tengok Ueno Juri jadi tomboy, tengoklah cerita ini. Ada scene perempuan kissing perempuan. Damn ah you! Kalau drama Malaysia, dah lama kena potong takpun jadi drama HARAM.
p/s3: Sapa ada paypal? Nak mintak tolong sikit.
p/s4: <--Belum keluar lagi. Tunggu hujung tahun lah bang. PS3 pun tak mampu nak beli, dah kecoh nak PS4.

Isnin, 28 Disember 2009

Genting

Mood: Cuti-Cuti Malaysia

Satu percutian yang agak.........biasa. Lagipun, bukannya trip berjalan-jalan sesama rakan-rakan, cuma hari keluarga Institut Biosains UPM sahaja.



Aku bagi beberapa sebab kenapa trip ini ¨biasa¨ sahaja:

1) Hari keluarga. Seperti biasa, tiada aktiviti yang menarik untuk golongan pertengahan.
2) Mungkin ada aktiviti untuk golongan belia seperti karaoke tapi terhad kepada staf sahaja. Aku seperti biasa menjadi penonton tegar.
3) Pertama kali dalam sejarah aku ikut hari keluarga 2 hari 1 malam. Agak padat dengan aktiviti yang menyebabkan keadaan menjadi sedikit kelam kabut.
4) Tak sampai kawasan taman tema pun. Perjalanan lagi 10km ke puncak jauhnya. Aku menjangkakan di 1st World Plaza, rupanya di Genting View Resort sahaja.
5) Harapan yang diletakkan terlalu tinggi.
6) Sejak darjah 5 sehingga kini, aku belum pernah tercalon untuk mengambil hadiah cabutan bertuah. Aku tak bertuah sangat lah.



Walau apapun, aku ucapkan tahniah kepada ajk yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih daripada aku untuk kamu semua.


p/s: Mungkin lain kali bersama rakan pula. Kita naik sampai hujung pokok yang paling tinggi kat puncak tu ya! Aku taknak jadi harapan lagi.

Jumaat, 25 Disember 2009

Duplicity

Sudah lama aku tidak menonton semula (review) sesebuah filem. Kali ini, aku teringin benar mahu berkongsi pengalaman aku menonton filem ini. Walaupun plot cerita agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang, aku tidak menganggap itu sebagai salah satu sebab mengapa filem ini patut dikategorikan sebagai filem SAMPAH. Gaya penceritaan yang berbentuk ala James Bond membuatkan aku lebih tertarik dengan konsep yang cuba diketengahkan.



Cerita yang menggambarkan 2 orang penyiasat sebuah agensi, nampaknya membuatkan hati aku mula tertarik. Isu-isu dan gaya-gaya seperti James Bond (gajet-gajet mahal) tidak pula ditonjolkan. Aku tertarik dengan plot cerita ini disebabkan oleh kebijaksanaan Tony Gilroy mengeksploitasi watak seorang penyiasat yang selalunya menjadi anjing suruhan agensi mereka kepada pelbagai variasi. Beliau telah membuka mata aku bahawa seorang manusia tidak lepas dari menjadi hamba hawa nafsu dan mempergunakan kebodohan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Malangnya, plot cerita semakin kompleks membuatkan cerita bertambah menarik dan tidak terhad kepada penceritaan semula kisah-kisah cinta antara penyiasat malah membuka mata para penonton agar lebih memahami situasi yang berlaku. Lagu tema juga banyak yang best.



Kesimpulannya, cerita ini menonjolkan kisah mengambil kesempatan ke atas orang yang mengambil kesempatan. Memang menarik. Silalah menonton ya.



p/s: Ada juga cerita melayu sebegini rupa. Setem pun lebih kurang sama plotnya cuma tidaklah seradikal filem ini. Aku andaikan filem ini adalah Guru kepada anak muridnya, Setem.

Rabu, 23 Disember 2009

Apakah?

Lagu tema: Bitter:Sweet - Being Bad


Semalam aku bermimpi yang super pelik. Ya aku tahu, mimpi memang pelik plot ceritanya tapi aku punya plot sedikit sebanyak mencerminkan kehidupan aku. Sedap aku tengah layan tilam yang empuk, tiba-tiba terdengar suara mak aku sambil marah-marah dan memaksa aku untuk belajar di sekolah menengah semula kerana.....(hanya beberapa orang sahaja tahu sebabnya). Aku pun bangun dan terus mengambil pakaian kononnya untuk daftar kemasukan pelajar tingkatan 5 di sekolah berasrama (kenapa tak mula dengan tingkatan 1/4?). Oh, apa lagi, dengan segala kegeniusan yang ada dan pengalaman yang bertimbun-timbun, aku mengorak langkah ke kelas dengan harapan SPM kali ini aku konfirm dapat 1A semua subjek. Setibanya aku di kelas, aku terduduk kerana guru kelasnya berwajah Cheryl Samad. (Apa cer?) Terdetik hati aku, ¨alah, ni kan mimpi. Layan jela.¨



Setelah agak bosan dengan proses pembelajaran yang tak pernah ubah sejak azali (melampau!) aku mula mengambil langkah drastik dengan melarikan diri dari proses pembelajaran (ponteng lah). Bertambah peliknya, si Cheryl Samad itu seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan atas perbuatan aku. Guru disiplin pun buat dek.



Sampai ke peperiksaan pertengahan tahun, seperti biasa aku menyumbang markah terbanyak. Biasalah tu, kalau kau orang hidup sezaman aku, mesti SPM dianggap ´kacang´. Cheryl Samad tadi mula memuji-muji aku sebagai pelajar genius. Aku mula tertarik dengannya (apa cer?) dan selalu bertandang ke bilik guru untuk berdiskusi. Pernah sekali aku terlepas cakap untuk bertanyakan soalan Matematik (apa cer?) bertaraf universiti. Dia masih menjawab soalan tersebut dan mula menunjukkan rasa hairan. Aku mula menggelabah dan cuba mengubah topik. Sejak peristiwa tersebut, kami semakin rapat menyebabkan aku menjadi pelajar yang disayangi (apa cer?)



Sewaktu diskusi khas (aku dengan Cheryl Samad aja lah), aku mula menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. Tiba-tiba aku mula terfikir, sepatutnya aku tidak perlu mengulangi SPM. Dengan keputusan SPM yang lalu pun aku masih boleh memohon kos-kos yang ditawarkan di universiti. Kenapa aku bodoh sangat waktu itu? Dengan berbaki 12 hari untuk menjalani peperiksaan SPM, tiba-tiba berkumandang lagu Rage Against The Machine - Killing In The Name Of dan bunyi getaran-getaran yang biasa kita dengar apabila telefon mula berdering. Aku terjaga. Cis! Kacau betullah abang aku.



Pasal plot cerita itu aku tak berapa kisah. Aku ada persoalan:

1. Kenapa mesti Cheryl Samad? Adakah dia wajah selebriti yang terakhir aku tengok sebelum aku masuk tidur pada hari itu (iklan juara lagu)?
2. Kenapa mesti SPM?
3. Kenapa mesti ada adegan yang agak jiwang aku dengan Cheryl Samad?Aku tak pernah adore dia pun.
4. Kenapa mesti soalan Matematik?Fizik tak boleh?Kimia ke, Biologi ke.

Selasa, 22 Disember 2009

Pelik

Minggu ini aku ber'mood'kan James Bond. Aku tak tahu kenapa. Untuk penggemar muat turun lagu secara percuma, sila cari Bitter:Sweet atau Shana Halligan. Memang Casino Royale habis.


p/s: Bukan Bittersweet Malaysia ya. Itu genre untuk ber'skunking'.

Isnin, 19 Oktober 2009

Terkini

Fantasy Premier Leauge aku sudah mula ceburi setelah berkubur hampir 2 tahun. Masalah lama kini datang kembali cuma aku sudah terlalu biasa mengalami. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang perlu aku buat. Oh ya,aku hampir terlupa. Aku sebenarnya mahu meminta pertolongan kepada sesiapa yang buat privasi liga dalam fantasi. Aku mahu menyertai kamu semua. Tolonglah. Aku keseorangan di sini. Sila hantarkan kod kamu dalam ruangan komen supaya aku boleh 'join the club'. Aku pun nak main jugak.


*p/s: Aku ada liga super harapan je weh. Kenapa aku takleh masuk yang lain? Kedekut ah korang.

Khamis, 1 Oktober 2009

Farmville

Oh, aku lupa bagitahu. Aku da berhenti main Farmville. Jadi takyah la susah-susah hantar gift ya.

Rabu, 30 September 2009

The Good Shepherd

Aku baru tengok cerita ini. Jadi, sedikit pendapat dan tontonan semula (review) untuk mengemaskini blog. Bermula dengan tak tentu hala, aku mula sesat(lost) pada minit ke 20. Apa yang cuba digambarkan masih menjadi tanda tanya adakah ia berkisar tentang budaya Amerika ataupun berkisar tentang dirinya melalui liku-liku hidup? Setelah 1 jam aku menghadap laptop, akhirnya aku mengambil keputusan untuk sambung semula menonton cerita ini pada keesokan harinya. Akhirnya berkesudahan dengan aku terpaksa menghabiskan 3 hari untuk menghayati cerita ini.


Robert De Niro yang mula menapak industri perfileman menjadi seorang pelakon kool sepanjang zaman (The Godfather Part II) mula memberanikan diri untuk menjadi seorang pengarah cerita yang berkisarkan kisah tampuk permulaan CIA (Central Intelligence Agency) yang diberi pengkhususan terhadap perkembangan plot pada salah seorang ahlinya yang begitu patriotik sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja untuk Amerika dan orang yang tercinta. Berdasarkan pengamatan aku, lelaki ini (Matt Damon) begitu solicitous sehinggakan susunan buku yang telah berubah beliau dapat kesan. Dahsyat. Memang teliti orangnya. Mungkin gaya ke'kool'an Robert De Niro telah diadaptasi dalam filem ini membuatkan sedikit sebanyak filem ini terkesan dengan plot cerita ala-ala Shawshank Redemption. Setiap detik yang kamu tonton pasti akan memberi kesan mendalam. Apa-apa pun, silalah menonton.

Selasa, 16 Jun 2009

Radiohead Oh Radiohead

Ramai tak antara kamu semua yang dengar Radiohead? Aku baru nak berjinak-jinak dengan Radiohead. Maaflah kalau aku ter kebelakang sedikit. Kenapa selama ini aku dengar dari banyak mulut yang mengatakan Radiohead ni best? Setelah aku melayan semua lagu diorang, hanya beberapa sahaja yang telinga aku boleh terima. Maaf sekali lagi jika ini mencetus kemarahan. Ini hanya pandangan dari pendengar yang baru nak dengar dan nak kenal. Lagu yang digubal terlalu eksotik sehingga mengecamukkan hati aku. Aku sendiri pun tak faham apa yang mereka cuba sampaikan. Ya, aku tidak menafikan mereka hebat dalam penggunaan instrumen-instrumen dan gajet-gajet pelik tapi tidak semestinya lagu yang cuba digubal itu boleh jadi sedap untuk didengar. Mungkin ini ekspresi mereka semasa mencipta lagu kot.


Kepada yang baru berjinak dengan Radiohead macam aku, aku sarankan kamu jangan dengar semua lagu mereka. Takut nanti kamu hilang impresi kagum kamu terhadap mereka. Dengarlah lagu-lagu mereka yang disarankan oleh pendengar-pendengar setia Radiohead kerana mereka lebih mengetahui kugiran ini lebih banyak daripada kamu. Aku sedang mendengar semua lagunya buat kali kedua. Mungkin impresi kedua mengubah segalanya. Siapa tahu.


p/s: Maaf buat kali ketiga. Ini cuma interpretasi lagu-lagu mereka dari pandangan aku. Suka hati aku lah!*macam tajuk cerita pendek yang tak menang adwave haritu* Kalau masih tidak berpuas hati, jangan timbulkan ini sebagai isu dan terbitkan dalam blog kamu. Kalau nak buat juga, silakan. Aku tidak menghalang sebab nanti korang mesti promote blog ni bukan?wahah.

p/s 2: Baik layan Tokyo Ska Paradise Orchestra. Lagi best. Hoh! Promote lagi.