Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Khamis, 21 April 2011

Malapetaka Ekonomi Dunia : Riba Mencipta Kemiskinan

Bab 1: Pengenalan 

Satu persoalan yang agak menarik untuk dibincangkan. Namun begitu, para ilmuan diharap dapat memberi sedikit ulasan tentang gaya penulisan kerana penulisan ini adalah berbentuk ilmu. Dengan yang demikian, saya amatlah berharap para ilmuan dapat membetulkan sebarang kesalahan yang saya lakukan semasa ulasan disampaikan agar khilaf antara si jahil tidak berlaku.

Riba merupakan satu isu yang serius kerana ianya banyak melibatkan dalam transaksi harian terutamanya dalam hal jual beli. Dari segi konteks perbincangan, saya ingin mengulas lanjut tentang bagaimana riba ini berlegar dalam sistem ekonomi Malaysia secara khususnya dan apakah kesannya terhadap masyarakat Malaysia sendiri.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut, terlebih dahulu ingin saya utarakan bahawa kebanyakan pandangan orang Malaysia menganggap riba itu diharamkan atas dasar sifatnya yang zalim. Pandangan itu adalah SALAH sama sekali! Bukanlah riba itu diharamkan kerana sifatnya, namun ianya diharamkan kerana ia memberi impak ZALIM terhadap manusia. Secara ringkasnya, haramnya riba bukan disebabkan ianya zalim, tetapi hukum riba itu adalah hak Allah. Disebabkan kehalusan hukama-hukama merungkai hikmah pengharaman riba, mereka menemui bahawa hikmahnya adalah penindasan secara kejam yang berlaku ketika riba ini berlaku. Mungkin agak sukar untuk saya menghuraikan dengan lebih ringkas kerana isu hikmah ini adalah terlalu kompleks dan memerlukan penelitian yang mendalam bagi menghuraikan secara detail.

Dalam konteks zaman kini, riba itu terus berlegar semula dalam sistem ekonomi secara lebih berhemah. Ia muncul dalam keadaan yang begitu tersusun sehinggakan dapat membutakan mata masyarakat. Dalam dunia kapitalis sebegini, riba adalah main source dalam kitaran ekonomi yang tidak sihat. Walupun begitu, ia terus berlegar dan melebarkan jurang perbezaan antara si kaya dan si miskin tanpa disedari. 

Untuk pemahaman secara mendalam tentang riba, saya syorkan pembaca untuk meneliti buku "Riba dan Isu Kewangan Semasa" oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Beliau menghuraikan isu riba dan kategorinya dengan lebih mendalam berbanding apa yang saya ingin bincangkan dan pada pendapat saya, huraian beliau adalah sedikit ringkas bagi memudahkan pemahaman orang kebanyakan seperti saya sendiri. Sekurang-kurangnya, beliau berjaya membuka mata pembaca tentang kebahayaan riba dan bagaimana ia berjalan.

Dalam konteks ekonomi Malaysia, amalan riba didominasi oleh kebanyakan bank-bank konvesional berdaftar kerana mereka terikat dengan sistem yang dibawa oleh Amerika Syarikat, iaitu sistem kapitalis. Sejarahnya, sistem matawang kertas itu sendiri terlalu banyak perkara yang membabitkan riba namun atas mashlahat (kepentingan) umat, matawang kertas ini terus diguna pakai dalam sebarang transaksi jual beli. Saya akan menyambung perbincangan tentang sejarah matawang ini pada topik akan datang.

Selasa, 12 April 2011

Mari Memahami Al Quran

Kadang-kadang, kita tertanya-tanya apakah hikmah dan kata kunci disebalik susunan ayat Allah yang begitu mengagungkan. Bagaimana kita sebagai hamba yang kerdil ini mahu merungkai kata-kata agung tersebut?

Persoalan bagaimana itu terletak pada tanggungjawab masing-masing. Walaupun Allah itu menganugerahkan hidayahNya kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki, namun kita sebagai insan masih perlu keluar untuk mencari. Begitu juga soalnya untuk hikmah. Walaupun ilham itu adalah kurniaan Allah SWT, muslim wajib mencari hikmahnya. Kalau tidak, apa gunanya akal yang diberikan tidak lain untuk berfikir? "Afalaa ta'qiluun?"

Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim, perlu juga untuk saling ingat-mengingati kerana bersesuaianlah dengan nama insan itu sendiri yang mencerminkan sebagai 'pelupa'. Jadi, terdapat pelbagai cara dan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan kita untuk memahami isi al Quran itu sendiri. Akuhanya boleh memberi 2 langkah yang aku praktikkan kerana aku pun bukanlah orang yang tinggi ilmunya. Tidak salah bukan untuk berkongsi benda yang baik? 

Langkah 1: Persoalkan segala huruf, baris, perkataan, cara bacaan, makna dari segi bahasa, makna ayat dan susun atur perkataan dalam sesebuah ayat itu. Sila PERSOALKAN.

Langkah 2: Utarakan semua persoalan di atas kepada ahlinya (pakar). Biarkan mereka menjawab segala persoalan anda. Semoga anda semua berjaya mendapat hidayah yang diidamkan.

e.g:


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
'
(al Fatihah:5)


1. Kenapa tidak ditulis "na'budu iyyaka"?
2. Kenapa "na'budu" dahulu baru "nasta'in"?
3. Kenapa "iyyaka" dan bukannya "ilaika"?
4. Kenapa tidak diasingkan perkataan-perkataan ini menjadi dua ayat?
5. Kenapa "nasta'in" dan bukan "nasta'un"?
6. Kenapa ayat ni ayat yang ke-5 dan bukan yang pertama?
7. dsb.


Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Isnin, 14 Mac 2011

Mengenali Mereka

Kenal Rafie, aku mengenali shisha.
Kenal Karem, au mengenali jamming.
Kenal Mirrul, aku mengenali Coldplay.
Kenal Auf Ali, aku mengenali hipster.
Kenal Bule, aku mengenali SUKSIS.
Kenal Nik Ashri, aku mengenali Oasis.
Kenal Eswandy, aku mengenali Kamen Rider.
Kenal Azhar, aku mengenal anime dan J-drama.
Kenal Asang, aku mengenal As I Lay Dying.

Mengenal mereka, aku mengenali lebih ramai manusia.
Mengenal mereka, aku banyak belajar.

Kenal manusia, kau belajar. Kenal syaitan, kau jahanam.

Belajarlah dari manusia walaupun ianya tidak banyak. Membaca itu perlu. Berguru itu wajib.

Rabu, 23 Februari 2011

Election Day: An Interpretation

In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.

In my 'Kembara Mencari Tuhan' edition, I have been reconcile with a lot of characters made by Him. It was an unforgettable experience despite my journey was in the beginning. A lot of events and hikmah were digged since the first day. Part of it was human characterisation towards certain situations they had to overcome.

Most of the time they were giving a hint for me towards hidayah indirectly and I know this was considered as a sign that Islam has awaken, again. Muslim awareness towards Islam has awaken and the revival in Egypt was one of them. This kind of movement was triggered by al-Ikhwan al-Muslimun and Hassan al-Banna as its founder.

This is basically not a historical story to be discussed. I just want to share something that are similar to that movement which is happening currently around me. I just hope Malaysian will know something happened around them.


Since 19th till 21st February 2011, most of the university in Malaysia had an election. This was a good chance for students that are good in politics despite having a limited knowledge in Malaysia's politics. As per say, this was one of the stepping stone to manifest student's needs and one of them need to stand above all as a leader.

Regardless what is going in Egypt, the majority (Muslim) were aware that Islam has to be awake again. So, Pro Mahasiswa (Opposition/Democrat/PAS) representing the opposite site from the Aspirasi (Government/Republican/BN) was born.

As the result of the election, Pro Mahasiswa conquered most of the Malaysia's university. It was a good start for a good manifesto.

But, there are several things I do disagree. It is not about the manifesto. It is all about the supporters. There is still some supporters discussing the unfair treatment from administration side towards Pro Mahasiswa. Whatever is bygone, let it be bygone. What was done is done.

Most of the Aspirasi side are muslims. They have the right as Muslims too. We as brothers and sisters need to strengthen the ukhuwah between us and not dividing it because of different political view. This is totally wrong concept of Islam. And as leaders, they have to take responsibilities to make it better for others and not blaming each other. The point is, you have been apointed to lead, not to fight.

Same goes to supporters. Akhlak is one of Islam concerns in order to communicate with each other. It is not necessary to show your hate towards others because of their political view does not add up with yours. Please my fellow brothers. They are our brothers/sisters too.

Selasa, 22 Februari 2011

Puisi Bukan Untuk Semata-Mata Si Mati

"An intellectual says a simple thing in a hard way. An artist says a hard thing in a simple way." Charles Bukowski

Bukanlah aku untuk impikan
Sesuatu yang berlaku diluar jangkaan
Namun aku pasrah menerima dugaan
Andai ini adalah jaminan

Bukannya mudah melalui jalan kembara
Lebih-lebih lagi mencari Yang Maha Esa
Tujuan hidup lebih fokus kearahNya
Moga matlamat tercapai hendaknya

Tidaklah menjadi satu bebanan
Sekiranya kau faham dan juga amalkan
Bukan setakat menjadi amalan harian
Malah disampaikan kepada taulan

Ku rungkai hikmah apa yang terjadi
Aku pasti sinar menjelang
Telah ku dapat membuka pintu hati
Selebihnya terserah bagaimana mahu berjuang

Langkah kanan diiringi doa
Doa qudus dipanjatkan kepada Tuhan
Semoga dapat ku teruskan jua
Mencari sinar yang dah lama ku tinggalkan

Aku sendiri masih merasai
Nikmat tak terhingga dan tidak terperi
Ku harap apa yang terjadi
Rakan-rakanku yang lain dapat berkongsi

Jauhnya diri ke lembah hitam
Sudah aku lupakan dan teruskan azam
Mahu berubah dari yang kelam
Kepada sinar bagai bulan di tengah malam

Menulis bukan mahu berkhutbah
Hanya menyampai bagi yang lupa
Andai ada silap dan salah
Mohon diampun kesalahan saya

Rabu, 16 Februari 2011

Valentine's Day Tidaklah Se'special' Mana

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya pentadbir segala alam. Mungkin impak sambutan Maulud  al-Rasul ini telah menutup pintu-pintu kejahatan sambutan Valentine's Day. Walaupun impaknya tidaklah menyeluruh, sekurang-kurangnya aku dapat tengok banyak perubahan yang berlaku dan orang Malaysia sendiri lebih terbuka hati untuk Maulud Nabi ini.


Saja aku nak kongsi satu perkara yang aku baru dapat pagi tadi. Isinya cukuplah panjang lebar, tapi apa yang aku dapat ingat dan cerap hanyalah cebisan. Lagipun, aku bukanlah seorang yang thiqah.

Maulid al-Rasul Muhammad S.A.W sebenarnya mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Salah al-Din (Salahuddin) al Ayyubi bersama abang iparnya Raja Muzaffaruddin Shah (kalau tak silap lah. Rasanya ada Shah kot). Tujuan sambutan ini adalah semata-mata menggalakkan dan menyemarakkan semangat pejuang-pejuang Islam semasa perang Salib (aku tak ingat berapa tarikhnya).


Pada waktu itu, ramai orang Islam mula luntur semangat jihadnya kerana asakan demi asakan dari tentera luar (aku pun tak ingat siapa. Yang aku ingat ada tentera Parsi). Jadi beliau memutuskan sebagai 12 Rabi' al-Awwal sebagai satu tarikh keramat untuk semua umat Islam pada ketika itu berhimpun dan bersatu sambil menyemai rasa kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Dari titik tolak itulah, sambutan ini terus dipraktikkan dalam kehidupan orang Islam (Muslim) sehingga sekarang.


Cukup dengan sejarah, kita masuk hal sambutan itu sendiri. Ada sesetengah cakap-cakap yang mengatakan sambutan ini adalah bidaah. Iya, memang bidaah merupakan suatu perkara yang tidak dilaksanakan pada zaman Rasulullah tetapi berlaku pada zaman terkemudian selepas kewafatan beliau. Namun begitu, tidaklah perbuatan ini dianggap menuju ke neraka.


Aku suka dengan huraian Ustaz Zahazan dalam bukunya, Hadith 40 Imam Nawawi. Beliau ada menceritakan secara ringkas dan padat mengenai bidaah. Apa yang dapat aku rumuskan, bidaah ini tergolong dalam bidaah hasanah kerana memandang visi sambutan itu sendiri. Mashlahat umat Islam pada ketika ini yang terumbang-ambing dengan arus pemodenan wajar diambil perhatian. Dengan adanya sambutan sebegini, kesatuan umat Islam dapat diperkukuh dengan mengkhususkan pada satu hari walaupun pada dasarnya tali persaudaraan antara sesama Islam itu wajib dipraktikkan setiap hari. Sekurang-kurangnya, ia ada daripada tiada.


Lainlah konteks sambutan Maulud Nabi itu disalah anggap cuti am semata-mata. Ini diibaratkan seperti cutinya hari 'Good Friday' di Malaysia. Maka, bolehlah dikategorikan sebagai bidaah yang menuju ke neraka.


****

Disebabkan aku ambil ekonomi, aku nak jugak cerita pasal ekonomi. Dalam terma ekonomi, FIAT money telah digunakan sebagai satu alat tukaran. Huraian tentang FIAT Money ini terlalu panjang dan memerlukan satu penelitian khusus. Bagi Fuqaha yang betul-betul mahu meninggalkan perkara-perkara syubhah kerana dikhuatiri kesahihan halalnya, maka mereka berijtihad bahawa FIAT Money adalah haram kerana ada unsur gharar (tersembunyi/terselindung).


Tapi, ia bergantung pada i'tiqad masing-masing yang menetapkan bagaimana hukum FIAT Money itu. Walaupun kesesuaian ini (rukhsah) ada, tidaklah bermakna hanya dengan beri'tiqad semata-mata. Perlulah ada nas-nas dan dalil-dalil yang menyokong. Kebanyakan Ulama' kontemporari mengijtihadkan FIAT Money adalah harus.


Jadi, sesiapa yang beri'tiqad bahawa HARAMnya FIAT Money, maka hendaklah dia meninggalkan saki baki itu dan tidak boleh menggunakannya sampai bila-bila. Ingat! I'tiqad akan mencerminkan tindakan susulan. Sebagai contoh, andai arak itu ada yang mengatakan harus dan ada yang mengatakan haram (ini sebagai contoh perbandingan sahaja. Apa yang haram itu jelas, dan halal itu juga jelas. Jangan salah tafsir ya). Jika kau orang mengikut pendapat yang mengatakan arak itu haram, maka jatuhlah hukumnya haram kepada kau orang. Tindakan kau orang untuk meminum arak walaupun telah beri'tiqad ianya haram membawa kepada dosa. Tanggung sendiri padahnya.


p/s: Bab perbezaan pendapat (khilaf) adalah untuk para Ulama sahaja sebenarnya. Kita ni sebagai orang bodoh (jahil) kalau ada khilaf bukannya membentuk kesempurnaan, tapi kehancuran. Lagi-lagi bab agama. Ingat, kau dipertanggungjawab dengan setiap apa yang kau katakan!

Khamis, 20 Januari 2011

Topik Asing Seketika

Aku masih dalam draf pasal leverage tu. Ada banyak sangat.

Kita borak santai dulu ya.

****

Dalam entri mamat ni ada cerita pasal mazhab. Itu pandangan dia. Aku ambil positif. Dia boleh olah dalam bentu pemikiran dia sendiri. Bagus.

Yang ini aku suka. Minah ni pandai hurai. Dengan mengambil pendekatan secara perbandingan, orang (pembaca) akan lebih mudah memahami konteks.


Setidaknya, Rasul Allah itu menyampaikan dalam bentuk satu persatu. Tidaklah Islam itu hadir dalam sekelepuk. Mulanya dibincangkan tentang soal tauhid, akidah dan akhirnya kepada amalan-amalan ibadah.


Secara tafsiran logik dan realitinya, Nabi Muhammad menggunakan pendekatan lembut (memudahkan) dalam urusan menyampaikan dakwah. Bukan semua orang boleh menerima secara total. Nak tarik orang memang susah. Lagi-lagi bab akidah dan kepercayaan. Kena main slow-slow la.


Aku respek kepada kumpulan Tabligh yang ada. Cuma aku tak berapa setuju dengan pendekatan yang dibawa oleh mereka. Konteks Islam yang cuba dibawa memang betul, cuma kurang bersesuaian dengan zaman. Orang zaman sekarang memang takut dengan agama. Ini realiti. Kalau tak percaya, cuba test. Mesti orang lari. Tengok masjid/surau waktu sembahyang Maghrib sudahlah. Tak sampai 2 saf penuh pun. Tabligh terlalu menekankan konsep dakwahnya kepada ukhrawi semata-mata. Sekarang ni, orang ambil sambil lewa pasal agama. "Ala, janji aku dapat masuk syurga dah la," itu yang biasa aku dengar. Memang sah orang ambil ringan pasal agama.


Jadi, kepada sesiapa yang ada platform untuk berdakwah, contohnya blog ataupun facebook, silalah ambil pendekatan yang lebih ringan. Jangan jadi pencetus fitnah kepada agama. Tak salah bukan? Yang penting istiqamah, bukan kuantiti penyampaian.

Jumaat, 8 Januari 2010

Quote Of The Day

Dipetik dari kata-kata seorang ahli panel Al-Kuliyyah pada isu bulan Oktober tahun lepas,



¨Bahan bacaan seperti buku dan internet merupakan sumber maklumat. Jika mahu mahu menuntut ilmu, maka bergurulah. Lebih-lebih lagi dalam ilmu agama.¨





p/s: Maaf. Aku terlupa nama ustaz tersebut.

Isnin, 14 Disember 2009

Alahai Karim 2

Niat bukan untuk menunjukkan siapa yang betul, cuma aku suka pakai tajuk macam ini. Maaf ya Karem. Ia mengingatkan aku pasal kes Arsenal. Sila rujuk ruangan komen ini.



Kau ada cakap, masalah komunikasi bukanlah satu perkara yang relevan untuk dibincangkan mengenai royalti. Bagi aku sendiri, salah faham komunikasi adalah satu perkara yang paling besar sebenarnya yang berlaku. Perbezaan penggunaan bahasa menyebabkan intepretasi setiap orang berbeza-beza. Dalam skop sebegini rupa, aku bagi 2 contoh perbezaan yang boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku.


Situasi 1;

Aku ambil dari kata-kata seorang bakal pujangga USM (Munzir sebenarnya), "Kalau belajar silat, hangpa tak payah sembahyang!"

Tafsiran 1: Kebanyakan orang akan menganggap perkataan "tak payah" merujuk kepada tidak perlu. Jadi, silat merupakan satu ajaran yang tidak membenarkan pelajarnya bersolat. Benarkah? Boleh jatuh syirik ni!

Tafsiran 2: Setelah persoalan ini timbul, pertanyaan diajukan semula. Perkataan "tak payah" sebenarnya merujuk kepada tidak liat/susah untuk bersolat. Jadi, silat merupakan satu platform para penuntutnya mendekatkan diri dengan agama. Besar sangat perbezaan yang berlaku dengan tafsiran 1.


Situasi 2:


Kita ambil perbezaan perkataan yang sebenarnya menyampaikan maksud yang sama. Sebagai contoh, seorang agen pemasaran Bank dan seorang penasihat kewangan bank (Bank Financial Consultant). Sudah tentunya kau orang memandang seorang 'financial consultant' lebih tinggi darjatnya dari seorang agen sedangkan kedua-duanya adalah serupa dan sama. Penggunaan istilah yang berbeza-beza menyebabkan persepsi orang luar berbeza-beza walhal kedua-duanya adalah perkara yang sama. Si polan 1 bertanya, "kau kerja apa?" Si polan 2 pula menjawab, "aku kerja financial consultant kat AmBank." Si polan 1 dalam perasaan kagum, "wah, kerja kau mesti best dan bergaji besar!". Cuba kau letakkan situasi yang sama tapi kau cakap, "aku kerja jadi agen kat AmBank." Semestinya sedikit perasaan seperti "eleh, belajar tinggi-tinggi pastu kerja jadi agen je" akan timbul dalam hati kau. Konfirm punya. Apa perbezaannya?



Aku bukanlah nak menunjuk-nunjuk dan aku sentiasa betul. Aku terima hujah kau. Cuma ada sedikit pembetulan tang bab masalah komunikasi. Sebenarnya masalah komunikasi itulah yang mengapi-apikan kedua-dua belah pihak kerana terdapat perselisihan faham. Yang belah pro faham lain, yang belah kontra faham lain. Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah sebab terlalu taksub dengan sebelah pihak sahaja. Jangan kecil hati ya bang. Mereka ni sombong sebenarnya. Nabi bersabda;



لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ


Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong." Berkata seorang lelaki: "Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik." Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia”.


------------------------

Kepakaran seseorang dinilai bukanlah dari mulut dia sendiri tetapi orang luar yang menilainya. Kau pernah panggil aku pakar ekonomi (masa kita makan sate) sedangkan aku tahu masih banyak lagi selok belok ekonomi yang perlu aku pelajari (apa-apapun, terima kasih). Orang sekeliling yang pandang kau tinggi bukan dari mulut kau sendiri. Kau tak akan sedar sejauh mana peningkatan kau dalam bidang yang kau ceburi tetapi orang luar dapat melihat kau. Ini adalah antara salah satu hikmah yang Allah kurniakan supaya orang tidak mudah sombong. Tidak ada kena mengena dengan yang atas. Ini sekadar peringatan.



p/s: Aku meramalkan satu komen yang kontra akan datang dari kau. Takpa. Ada salah silap bagitahu ya. Tak kisah pun.

p/s2: Bukan aku taknak pos komen dalam blog kau, cuma komen ini terlalu panjang. Nanti kalau aku tulis, aku hilang arah sebab kotak komen kecik sangat.

Rabu, 11 November 2009

Gerakan Wahabi? Apa Tu?

Aku pernah terbaca artikel tentang gerakan Wahabi dan juga dikenali sebagai Muhammadiyyah di rantau Asia Tenggara khususnya di Indonesia pada awal 50an dulu dalam akhbar Utusan Mingguan (08/11/2009). Seperti yang aku dengar sipi-sipi ke telinga aku dari mulut orang, gerakan ini adalah gerakan sesat yang berteraskan salafiyyah (golongan 4 kurun sebelum - zaman khulafa ar-rasyidin sehingga para tabi' tabi'in). Rencana yang aku harapkan membawa kepada perkenalan aku terhadap gerakan ini berakhir dengan kehampaan kerana ajaran-ajaran yang dibawa tidak diceritakan secara khusus menyebabkan aku tertanya-tanya adakah benar apa ajaran ini telah memesongkan akidah golongan ahlul Sunnah?



Berbalik kepada ajaran pemesongan akidah yang direncanakan, persoalan tauhid yang telah dibawa dipecahkan kepada tiga;1)Rububiyyah 2)Uluhiyyah/Ubudiyyah 3)Asma wa Siffat. Hal ini yang merunsingkan aku. Dimanakah pemesongan akidah yang berlaku? Aku masih tertanya-tanya sehingga sekarang. Ulasan yang diberikan oleh penemuramah seolah-olah telah diinterpretasi secara salah. Gerakan ini seolah-olah membezakan ketiga-tiga cabang tauhid tersebut. Aku cuma menyokong hujah bahawa gerakan ini menolak secara total sifat 20 Allah yang terkandung dalam ajaran tauhid Asma wa Siffat. Seterusnya, penulis artikel tersebut menekankan kepada persoalan mengapa tauhid itu sendiri terbahagi kepada tiga sedangkan tauhid merupakan pokok kepada akidah umat Islam. Tambahan lagi, perjuangan gerakan ini telah diperkembang oleh Ibni Taimiyyah seolah-olah Ibni Taimiyyah itu sendiri macam Ayah Pin.



Jadi, kemusykilan aku bertimpa-timpa. Pertamanya, sepanjang aku menuntut ilmu dari peringkat sekolah menengah sehingga ke pengajian tinggi, tauhid itu cabangnya ada tiga seperti yang di atas. Persoalan akidah juga banyak diambil dari kitab-kitab tulisan Ibni Taimiyyah untuk dijadikan bahan rujukan. Jika betul sekalipun, adakah sistem pembelajaran di Malaysia telah diWAHABIkan? Bagaimana mahu menyelesaikan perkara ini sedangkan persoalannya terlalu berat kerana mencakupi sudut akidah dan pegangan. Justeru, sistem pembelajaran yang sedia ada sebenarnya digunakan untuk memesong akidah umat Islam di Malaysia. Berdasarkan pemahaman aku, cabang-cabang tauhid itu sebenarnya dikhususkan kepada umat Islam. Perkara yang membezakan orang Islam dan orang Kafir adalah pegangan kepada tauhid Uluhiyyah dan Asma wa Siffat.Semua agama yang ada dalam dunia ini berpegang kepada tauhid Rububiyyah.



Kedua, persoalan yang timbul adalah merangkumi ibadah-ibadah yang mereka lakukan seperti tidak berdoa selepas sembahyang. Bagi aku, mereka bukan tidak berdoa cuma tidak berdoa secara berjemaah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Mereka ada alasan tersendiri seperti mereka menganggap doa merupakan penutup solat. Jadi, mereka bertindak untuk melakukan solat sunat terlebih dahulu sebeum mereka berdoa. Inilah yang aku cuba sampaikan kepada penulis artikel tersebut. Dimana kredibiliti kamu sebagai seorang wartawan?Hanya mendengar sebelah pihak sahaja tanpa mengambil kira hujah-hujah dari pihak yang satu lagi.



Aku tidaklah memberatkan bahawa gerakan Wahabi ini tidak bahaya dalam soal akidah. Cuma, aku berharap, persoalan-persoalan seperti ini tidak boleh dihuraikan dengan sambil lewa kerana melibatkan akidah ramai umat Islam. Jika mahu diringkaskan sekalipun, ringkasan dari temuramah itu harus mempunyai isi yang padat dan mudah difahami. Sekurang-kurangnya, para pembaca dapat memahami apa yang kamu cuba sampaikan. Aku rasa orang yang ditemu bual itu telah menghuraikan dengan panjang lebar, cuma wartawan tersebut mengambil jalan pintas untuk memendekkan dan mengeluarkan artikel yang menarik untuk dibaca hanya untuk memperkukuh strategi pemasaran. Maaf. Ini cuma andaian.

Ahad, 23 Ogos 2009

Salahkah Aku?

Aku tak tahu. Aku tak mengerti. Aku beremosi, semuanya dipengaruhi. Semuanya topik yang sama. Tahap itulah, tahap inilah. Seketika dulu, aku bermula dengan "harapan". Habis propaganda "harapan" digembar-gemburkan. Kenapa semuanya terjadi pada aku serentak berlaku dengan kamu semua? Kita dalam persekitaran yang sama? Mungkin akan datang lain pula ceritanya. Masing-masing dengan hala tuju sendiri. Aku doakan sempurnalah amalan rakan-rakanku di bulan ramadhan mulia ini. Terlanjur kata, terlanjur bicara maaf dipohon.



-------------


Sedikit fakta buat yang terbaca blog ini melalui pencarian google. Hadith masyhur tetapi diiktiraf hadith dhaif/mungkar:

أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Maksudnya: Awal bulan Ramadhan itu adalah rahmat, dipertengahannya adalah pengampunan, dan pengakhiran Ramadhan adalah pembebasan dari api neraka.

Komen penulis;

1. Berdasarkan ilmu pengetahuan yang penulis pelajari, hadith dhaif adalah sebuah hadith yang tidak boleh diterima pakai sebagai hujah tetapi masih boleh dipegang untuk memperbaiki serta memotivasikan diri untuk melakukan ibadah.

2. Persoalan mengapa hadith ini dikategorikan sebagai hadith dhaif/munkar, secara umumnya sanad (perawi-perawi yang membawa hadith) tidak cukup syaratnya untuk dikategorikan sebagai hadith sohih mahupun hassan. Untuk bacaan lanjutan, klik sini.


p/s: Pi la tarawih weh! Masjid bley pi jalan kaki je kot. Kalau dulu bley la ada alasan. Hah!

Jumaat, 31 Julai 2009

Aku Hidup Dalam Awang-Awangan

Semuanya tidak menjadi mengikut plan. Ada sahaja yang cuba merosakkan plan. Memang kaw-kaw dia bagi harapan kat kami untuk survive. Aku sengsara weh. Sekali lagi aku memberi harapan kepada orang lain. Plan banyak yang hancur disebabkan hanya satu perkara. Kini, aku terduduk mencari jalan untuk bangkit. Aku mengharapkan kali ini jalan dipermudahkan. Kau telah menguji kami adik beradik. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku tahu Kau masih sayang dan ingat kepada kami. Syukurlah.


p/s: Aku menunggu bulan jatuh ke riba disamping mencipta roket untuk ke bulan. Sabaq no kawan-kawan.

Khamis, 30 Julai 2009

Masalah Agama

Masalah orang Islam di Malaysia sebenarnya pendekatan yang dibawa adalah berorientaliskan ketimuran sahaja. Para ulama di Malaysia pun banyak yang menjatuhkan hukum tanpa melihat kepada skop barat sedangkan barat lebih ramai umatnya yang bijak pandai serta tahap rasional mereka yang tinggi. Aku suka cara pendekatan seorang mamat ni. Kalau tak caya, bacalah sendiri. Best kot dia punya hujah *cara Yassin*.


p/s: Aku balik lepas pc fair kat sini. Sapa-sapa yang terlibat, jom jamming.

Jumaat, 24 Julai 2009

Akhir-Akhir Ini Aku Selalu terkejut

Mana tidaknya, semua orang nak cakap pasal politik. Semua orang sibuk dengan politik. Mungkin sudah ketandusan idea untuk memulakan perbicaraan kot. Aku pun nak sibuk-sibuk jugak. Aku tak kira! Nak cakap jugak!

"Writers use lie to tell the truth while poticians use the truth to tell lies" (V For Vendetta)

Ini adalah rangkuman daripada pemerhatian aku dan kejadian peristiwa politik yang berlaku di Malaysia. Sebenarnya, golongan-golongan penyokong parti terbahagi kepada 2:

1. Orang yang macam lembu (tidak berfikir dan senang terpengaruh)
2. Orang yang berpendidikan.


Persoalannya, kenapa boleh orang-orang berpendidikan pun ada yang berpihak-pihak sedangkan mereka mempunyai ilmu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu situasi? Jawapannya cukup mudah. Mereka berpegang dengan ilmu yang ada pada diri mereka. terpulang untuk diri sendir ataupun masyarakat. Aku cuba nak kupas isu mengapa ada dalam kalangan orang seperti ini memihak kepada satu pihak sahaja.


Untuk parti pro kerajaan a.k.a BN, golongan-golongan educated ini sebenarnya menyokong BN bersebab dan sebab mereka tentu sekali kerana mahukan kepentingan bisnes mereka. Tengok sahajalah pertambahan kroni-kroni dan konco-konco atasan. Mereka sanggup meletakkan Islam (agama) sebagai prioriti nombor dua selepas harta. Kroni-kroni ini diperlukan bagi memudahkan mereka mendapat projek-projek mega seterusnya menjadi kaya-raya dengan membiarkan rakyat di sekeliling mereka terkontang-kanting mencari rezeki. Sebagai contoh yang kuat, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia yang kerajaan mengambil tindakan untuk menambah modal pelaburan dalam bursa saham sebanyak RM10 billion. Apa yang berlaku sebenarnya, kepentingan kroni-kroni beliau didahulukan. Apabila duit itu dipam ke dalam broker, secara automatiknya harga pasaran akan meningkat. Ini memberi peluang kepada konco-konco beliau untuk mendapatkan semula modal mereka (break even) seterusnya mereka menjual semula saham-saham yang telah dibeli. Setelah proses tersebut dijalankan, beliau mengeluarkan semula modal tersebut dengan alasan pembangunan negara yang menyebabkan harga pasaran semakin jatuh tergolek. Ramai investor-investor bermodal saiz sederhana dan kecil terus menanggung kerugian. Sudahnya, pasaran bursa saham Malaysia kekal tidak aktif.


Dalam sistem kapitalis, ekonomilah yang menentukan kekuasaan. Jadi, sesiapa yang memegang ekonomi, maka dialah yang ber'kuasa'. Platform yang mudah untuk menjadi orang yang ber'kuasa' adalah politik pro kerajaan.


Bagi yang memihak anti kerajaan (dalam bahasa sopannya; pro pembangkang) mereka melihat sesuatu perlu dilaksanakan agar perkara ini tidak berterusan untuk mengurangkan beban rakyat yang terpaksa membayar cukai seterusnya memberi lebih keistimewaan kepada mereka. Cukai yang telah dibayar nampaknya seperti memberi sedekah kepada orang-orang atasan seperti mereka. Jadi, mereka mengambil satu langkah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan membawa dasar masing-masing seperti contoh PAS dengan dasar negara Islamnya. Tak perlulah aku huraikan dengan lebih lanjut kerana kamu memang sudah tahu apa dasar yang mereka cuba ketengahkan.


Walaupun begitu, ada sesetengah pro pembangkang menggunakan platform ini dengan tujuan yang salah kerana mereka mahu menawan semua sistem tersebut dan hanya mengaut keuntungan seorang diri. Aku tidaklah pro mana-mana parti pun cuma aku lihat itulah senario yang berlaku di Malaysia sekarang.


Baru-baru ini aku tersedar bahawa dalam parti pembangkang, lebih ramai orang yang baik tujuan dan dasar yang dibawanya daripada yang buruk dan mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja. Hal ini berlawanan dengan parti kerajaan yang didominasi oleh orang-orang yang bertujuan buruk daripada yang baik untuk rakyat. Jadi, aku mengambil jalan untuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.

"Pilihlah kamu jalan yang tiada mudharat bagi kamu. Jika kedua-duanya terdapat mudharat, ambillah kamu jalan yang sikit mudharatnya."


Aku sambung post pada artikel akan datang. Dah ngantuk. Nanti aku beritahu pandangan aku terhadap isu air percuma di Selangor.


p/s: Boleh kot masuk pasal ISA sikit nanti.

Khamis, 18 Jun 2009

Inspirasi 25 Tahun TV3

Aku ada sedikit perasaan terkilan terhadap tv3 berpunca daripada sebuah rancangan setiap hari Rabu jam 9.00 malam. Mulanya rancangan ini memaparkan masalah-masalah sosial yang berlaku dalam negara ini. Bagusnya rancangan ini. Apsal aku terkilan?


Penerimaan skop tajuk itu amatlah menarik untuk dibahas dan dipertonton kedapa orang ramai sehinggalah timbul isu sindiket peminta sedekah jalanan timbul. Pada awal rancangan tersebut, skop perbincangan lebih mengutarakan kepada peminta-peminta sedekah jalanan 'haram' yang dikepalai oleh seseorang individu untuk mengaut keuntungan dengan mudah. Mereka membahas perkara tersebut sehingga para penonton mengeji tindakan mereka sebagai manusia yang mencari rezeki dengan mengambil jalan yang hina. Aku masih boleh terima part tersebut. Yang menjadi masalahnya, kenapa golongan-golongan sekolah Tahfiz juga digolong dalam seperti ini?


Aku bukanlah seorang yang sempurna baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Sekurang-kurangnya, aku tidak akan menimbulkan satu persepsi negatif terhadap agama. Ya, memang kerap pelajar-pelajar dari sekolah tahfiz meminta derma agar sekolah mereka dapat dinaik taraf. Isu yang mereka bawa seolah-olah mengeji tindakan sekolah tersebut untuk mendapatkan bantuan. Hal ini boleh menimbulkan persepsi tidak baik terhadap mereka justeru martabat sekolah tahfiz runtuh. Orang ramai akan mula memandang serong kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut dek termakan pengaruh rancangan ini.


Kes tidak puas hati 1: Cuba kamu fikir, kalau kita tidak membantu mereka, siapa lagi yang sanggup menghulur bantuan? Nak harapkan kerajaan mahupun kementerian pendidikan, jangan haraplah boleh dapat atas alasan sekolah mereka tidak mempunyai sistem pendidikan yang normal seperti sekolah-sekolah kebangsaan yang lain.


Kes tidak puas hati 2: Adakah kamu menderma kerana Allah ataupun kamu menderma kerana tujuan si peminta? Memang banyak kes penipuan berlaku dalam Malaysia ini, tapi, seingat aku Islam menyuruh kamu membantu orang lain secara IKHLAS. Kamu tidak perlu pertikaikan apa yang mereka akan lakukan atas sumbangan kamu. Kalau kamu pertikaikan, bukankah kamu tidak ikhlas dalam memberi sumbangan tersebut? Segala sumbangan yang digunakan oleh peminta untuk apa sekalipun tujuannya terserah kepada Allah. Yang penting niat kamu untuk membantu mereka. Selalunya aku tengok pelajar-pelajar ini menggunakan sumbangan ini ke saluran yang betul. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala tindak-tanduk hambaNya. Biarlah mereka nak buat apa sekalipun dengan sumbangan tersebut. Yang penting adalah niat dan keikhlasan kamu untuk menyumbang.


Kes tidak puas hati 3: Hanya sebab satu sekolah, semua sekolah jadi mangsa. Dalam rancangan tersebut ada mengulas, "aktiviti kokurikulum sekolah diadakan dengan menjadikan setiap pelajar menjadi penjual bahan-bahan yang dihasilkan oleh pihak sekolah." Apa masalah tv3? Dia orang bukan jual dadah pun. Sekolah itu cuma menjual barangan-barangan yang kamu sering kaitkan dengan agama sahaja. Itu pun boleh jadi kes kah? Mungkin tindakan pihak sekolah menjadikan para pelajarnya penjual itu yang salah tapi mereka tidak mengambil jalan untuk membantu mereka dari segi kewangan malah menambah beban mereka dengan menolak permohonan untuk dijadikan sekolah yang sah atas sebab aktiviti ko-k mereka tidak sesuai (seperti kenyataan di atas). Cubalah cari jalan tengah. Luluskan sekolah mereka bersyarat pun cukuplah. Pantau aktiviti 'kokurikulum' mereka. cukuplah dengan syarat tersebut. Aku rasa sekolah diorang tak lulus mesti sebab politik.


Aku bukan nak menyokong tindakan mereka 100 peratus. Mereka itu saudara seagama kita. Daripada mengenakan hukuman, baik kita membantu mereka. Sekurang-kurangnya, dapat pahala percuma ya tak?


p/s: Aku sebenarnya kesian tengok diorang belajar dengan penuh keperitan. Aku hanya boleh tolong doakan kejayaan mereka, dan membantu tenaga sahaja. Almaklumlah, ekonomi tengah meleset sekarang ni. Kalau kamu semua diminta sumbangan oleh pelajar tahfiz, apa kata kamu bawa masuk mereka ke dalam rumah dan melayan mereka seperti tetamu dahulu. Barulah mereka rasa dihargai oleh masyarakat. Kebanyakan pelajar adalah anak yatim. Pandai-pandai fikir lah ya.

Rabu, 3 Jun 2009

Taruhan Terakhir

BicaraNya yang bermakna mengajak aku berfikir akan kehebatan si Dia. Aku lebih akur dan terpaksa tunduk dengan ketentuan. Pengembaraan masih jauh mencari sempadan. Aku akan terus berusaha mencari jawapan. Semuanya aku berserah. Ku mohon kepadaNya agar mendengar rintihan kecil hati ini dan pemudahkanlah jalanku ke sana. Destinasi itu menyingkap segala isi hati yang tersirat. Kesyukuran aku panjatkan kepadaNya yang Maha Esa atas segala keseronokan yang dikecapi.

Bulan 7 tahun 2009 menjadi titik tolak permulaan/pengakhiran permainan minda aku. Semuanya lebih meruncing ke arah yang satu. Kini, aku lebih pasti dengan keputusan itu. Maaf jika kamu kecil hati. Perjuangan kita selama ini mungkin terhenti atau bersambung kembali. Terpulanglah pada keadaan. Adakah permulaan baru bermula?Atau perjuangan lama berterusan?Siapa tahu. Aku cuma hambaNya yang tahu merancang. Semuanya terletak dalam coretan karya agungNya di 'Luh Mahfuz'.

p/s:Maafkan aku wahai hamba-hambaNya. Inilah keputusan sukar aku.

Sabtu, 16 Mei 2009

Aku Dan Semalam Malamnya

Sedikit persoalan menguasai minda ini. Apa rasionalnya membaca TALKIN kepada si mati?Kenapa isi kandungannya seperti berdialog dengan si mati?Aku pelik dan tercari-cari jawapan tentang adat orang melayu ini.

-----------------

Cerita lain. Maaf ya rakan-rakan yang sering hantar mesej kat aku. Aku kehabisan duit untuk menambah isian semula. Yang tinggal hanyalah duit untuk dibazirkan kepada 'rakan' aku yang aku kenal sejak tingkatan 2 lagi.

Pernah aku putuskan hubungan dengannya semasa aku tingkatan 3 selama 9 bulan dek PMR kononnya. Hanya dengan peristiwa salah seorang mamat membaling 'kawan' aku ke arah luar keretanya, aku mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan yang semakin jauh. Kini, ia menjadi teman kebosanan, kelaparan, dan kebingungan mencari masa-masa untuk diluangkan. Ya, aku mengerti. Dia juga merupakan sahabat baik kepada ayah dan abang-abang aku.

Ayah aku juga pernah berenggang dengannya selama 3 tahun (lagi dahsyat) akibat kejelesan mak aku terhadapnya. Sekarang, tabiat lama telah kembali.

Aku lebih rela menghabiskan RM6.60 untuk berdamping dengannya daripada aku membayar RM5 membeli kredit.

Ahad, 3 Mei 2009

Kebosanan Mengira Detik Yang Berlalu

Seperti biasa, aku dalam kekancahan dilema apabila berada di rumah. Aku mahu pulang ke sana SEMULA!

Saja mahu update. Sebenarnya hari ini aku nak berkongsi sedikit ilmu agama memandangkan ini kertas peperiksaan akhir yang aku ambil minggu lepas. Dalam sejarah perkembangan AGAMA itu sendiri, sebenarnya terdapat 3 teori dalam perkembangan pemikiran manusia terhadap agama.

TEORI 1. Agama merupakan sesuatu yang direka-reka oleh manusia untuk kepentingan pihak yang mencipta agama (dominasi terhadap pengikut agama oleh pemerintah).

Ini merupakan satu teori yang disokong oleh perkembangan penguasaan gereja-gereja terhadap eropah pada kurun ke-16. Ilmu sains masih tidak dapat berkembang pada masa itu kerana kezaliman pemerintah.

Karl Marx pernah berkata, agama merupakan candu kepada manusia.

TEORI 2. Agama akan lenyap melalui peredaran masa.

Hal ini pula membincangkan tentang kemajuan ilmu sains pada kurun ke-18. Fahaman gereja-gereja Katolik menolak terus penemuan-penemuan sains yang baru menyebabkan penganut mereka mula berfikir bahawa gereja-gereja ini sebenarnya mendominasi mereka atas sebab tertentu. Contohnya, Gallileo Gallilei (camni ke eja nama dia?) menemui bahawa bumi sebenarnya yang beredar mengelilingi matahari sedangkan ajaran yang dibawa pada masa itu bumi adalah pusat kepada semua sistem. Jadi, mataharilah yang sebenarnya mengelilingi bumi.

Augustus Comte (Bapa Positivisme) pernah menyatakan tahap pemikiran manusia sebenarnya ada 3 tahap:
i. falsafah agama
-masih mempercayai benda-benda metafizikal tanpa ada sebarang hujah yang menyokong.
ii. falsafah abstrak
-dalam keadaan separa percaya dan masih perlu menerima pembuktian saintifik.
iii. falsafah realisme
-semua perkara yang berlaku boleh diungkaikan melalui pembuktian saintifik. perkara-perkara 'misteri sains' ditolak terus sebagai perkara yang tidak logik (metafizik).

TEORI 3. Agama adalah sesuatu yang berkekalan dan tidak akan lupus oleh peredaran zaman.

Pembuktian ini adalah berdasarkan kejayaan tamadun Islam yang semakin pesat seiring dengan kegemilangan zaman sainsnya. Pada masa itu Eropah merupakan zaman kegelapan manakala Islam dapat berkembang maju walaupun agama menjadi cara hidup mereka. Perkembangan mereka hanya dapat diketahui oleh masyarakat Eropah apabila mereka mula berlayar ke serata pelusuk negara dan melihat perkara-perkara yang mereka anggap mustahil adalah benar.

Teori 2 sebenarnya tepat kerana skop pandangan mereka sebenarnya hanya tertakluk kepada zaman kegelapan Eropah yang didominasi oleh penguassaan gereja. Jadi, teori ini diterima untuk hujah perkembangan Kristian. Islam tidak boleh dikaitkan langsung dengan teori 2 kerana tamadun Islam pada waktu itu tidak pernah didominasi oleh penguasaan masjid-masjid. Perkembangan tamadun Islam bergerak seiring kemajuan bidang ilmu sains.

Sekian sahaja untuk hari ini. Harap terhibur.

p/s: Sumber rujukan Abul A'la Al Maududi, Asas-asas Islam. Dalam scribd pun ada.

Jumaat, 30 Januari 2009

Kena Ikat Dekat Pokok Kerengga...

Oh! 2 post dalam masa satu hari. Wohoooo. Saya dahsyat! Ok2. Kita berbalik kepada topik yang kita ingin utarakan. Memandangkan generasi aku dan akan datang nampaknya kurang ilmu pengetahuan bab agama, apa kata kita buat satu ruangan ilmiah sikit di sini. Amacam? Daripada terus menjatuhkan inisiatif orang lain, dan terus kritik tindakan yang mereka ambil, lebih baik aku sendiri yang ambil tindakan kan?

Anak-anak murid sekalian, apa kata hari ini kita membincangkan maksud tersurat surah Al-Fatihah dahulu.

Maksudnya;

*1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.
3) Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4) Yang menguasai hari pembalasan.
5) KepadaMu lah kami berserah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan.
6) Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.
7) Iaitu jalan yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan kepada mereka yang Kau murkai dan mereka yang sesat.
AMIN-perkenankanlah.

Anak-anak sekalian, harap dapat hafal ya. Semoga solat lebih khusyu'. Renung-renungkan dan selamat beramal.

*p/s1: sesetengah tafsiran menganggap bahawa basmallah juga termasuk dalam ayat surah Al-Fatihah.
p/s2: maaf, tiada encoding Arabic kerana aku hanya sekadar menumpang laptop orang lain dan aku berada dalam keadaan malas untuk mencari dan pastekan dalam blog ini.

Selasa, 30 Disember 2008

Aku Ada Sedikit Kesedaran Semasa Tahun Baru Islam dan Masihi

Memandangkan tahun islam sudah mula memasuki kalendar baru dan kalendar Georgia hampir bertukar rupa, aku ingin mengambil kesempatan untuk membuat satu kelas tajwid kepada sesiapa yang berminat. Kalau boleh dalam kalangan rakan-rakan aku sendiri. Tiada bayaran yang dikenakan dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat. Bantulah aku untuk mencantikkan 'buku' baru aku yang sekian lama dicoret dengan warna hitam.

p/s : Rasa-rasanya sudah 5 jilid 'buku' aku dipenuhi dengan warna hitam. Apakata kamu semua bantu aku tolong warnakan 'buku' aku dengan warna putih pula kali ini?