21hb Februari 2010. Aku menanti saat itu. Kau agak-agak aku patut cakap ke tak?
p/s: Aku masih diberi harapan dan masih mengharap. Tolonglah, aku tersepit antara 2 pihak. Jangan sampai aku luahkan sudah.
Memaparkan catatan dengan label tribute to post. Papar semua catatan

Ahad, 14 Februari 2010
Sabtu, 2 Januari 2010
Last Friends
Mood: Marvin Gaye - Lets Get It OnEntah kenapa sejak kebelakangan ini aku mula menjebakkan diri ke kancah dunia drama Jepun. Ini semua bermula apabila paket data sambungan talian internet aku makin lama makin perlahan. Semua genre drama Jepun yang aku ada dan aku pernah tengok, aku tonton semula. Bermula dengan menonton My Boss My Hero sehingga 3 kali, aku mula bosan dan mula mencari drama-drama yang lain. Akhirnya, aku sangkut dengan Nodame Cantabile. Habis wa cerita sama lu.
Seperti yang diidam-idamkan, wanita pilihan hati sudah muncul. Yes! Aku mula terpikat dengan Ueno Juri. Gaya keanak-anakan dalam drama Nodame menambat hati aku. Semua episod habis ditonton satu malam sahaja (termasuk siri special). Mulalah melayari laman wikipedia mencari data minah sorang ni (ya, aku mengaku aku stalker). Alih-alih aku jumpa lagi satu drama yang best. Siapa sangka orang Jepun berani buat drama berkisar seorang lesbian dan gay? Bukanlah seperti filem-filem porno yang selalu kau orang tengok, cuma plot yang berani ditonjolkan dan ada kelainan dari drama bersiri yang lain. Kalau anda berminat, sila layari...cewah. Macam nak promosi iklan pulak. Tajuk drama: Last Friends.
------------------------------
SELAMAT TAHUN BARU! ANDA HANYA ADA LAGI 2 TAHUN. SILA BINA KAPAL SEKARANG SEBELUM 2012 MENJELMA.
p/s: Mungkin agak bosan kerana unsur berbaur komedi tiada. Shawshank Redemption pun tak ada unsur komedi kan? Tak bosan pun.
p/s2: Siapa nak tengok Ueno Juri jadi tomboy, tengoklah cerita ini. Ada scene perempuan kissing perempuan. Damn ah you! Kalau drama Malaysia, dah lama kena potong takpun jadi drama HARAM.
p/s3: Sapa ada paypal? Nak mintak tolong sikit.
p/s4: <--Belum keluar lagi. Tunggu hujung tahun lah bang. PS3 pun tak mampu nak beli, dah kecoh nak PS4.

Isnin, 14 Disember 2009
Alahai Karim 2
Niat bukan untuk menunjukkan siapa yang betul, cuma aku suka pakai tajuk macam ini. Maaf ya Karem. Ia mengingatkan aku pasal kes Arsenal. Sila rujuk ruangan komen ini.
Kau ada cakap, masalah komunikasi bukanlah satu perkara yang relevan untuk dibincangkan mengenai royalti. Bagi aku sendiri, salah faham komunikasi adalah satu perkara yang paling besar sebenarnya yang berlaku. Perbezaan penggunaan bahasa menyebabkan intepretasi setiap orang berbeza-beza. Dalam skop sebegini rupa, aku bagi 2 contoh perbezaan yang boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku.
Situasi 1;
Aku ambil dari kata-kata seorang bakal pujangga USM (Munzir sebenarnya), "Kalau belajar silat, hangpa tak payah sembahyang!"
Tafsiran 1: Kebanyakan orang akan menganggap perkataan "tak payah" merujuk kepada tidak perlu. Jadi, silat merupakan satu ajaran yang tidak membenarkan pelajarnya bersolat. Benarkah? Boleh jatuh syirik ni!
Tafsiran 2: Setelah persoalan ini timbul, pertanyaan diajukan semula. Perkataan "tak payah" sebenarnya merujuk kepada tidak liat/susah untuk bersolat. Jadi, silat merupakan satu platform para penuntutnya mendekatkan diri dengan agama. Besar sangat perbezaan yang berlaku dengan tafsiran 1.
Situasi 2:
Kita ambil perbezaan perkataan yang sebenarnya menyampaikan maksud yang sama. Sebagai contoh, seorang agen pemasaran Bank dan seorang penasihat kewangan bank (Bank Financial Consultant). Sudah tentunya kau orang memandang seorang 'financial consultant' lebih tinggi darjatnya dari seorang agen sedangkan kedua-duanya adalah serupa dan sama. Penggunaan istilah yang berbeza-beza menyebabkan persepsi orang luar berbeza-beza walhal kedua-duanya adalah perkara yang sama. Si polan 1 bertanya, "kau kerja apa?" Si polan 2 pula menjawab, "aku kerja financial consultant kat AmBank." Si polan 1 dalam perasaan kagum, "wah, kerja kau mesti best dan bergaji besar!". Cuba kau letakkan situasi yang sama tapi kau cakap, "aku kerja jadi agen kat AmBank." Semestinya sedikit perasaan seperti "eleh, belajar tinggi-tinggi pastu kerja jadi agen je" akan timbul dalam hati kau. Konfirm punya. Apa perbezaannya?
Aku bukanlah nak menunjuk-nunjuk dan aku sentiasa betul. Aku terima hujah kau. Cuma ada sedikit pembetulan tang bab masalah komunikasi. Sebenarnya masalah komunikasi itulah yang mengapi-apikan kedua-dua belah pihak kerana terdapat perselisihan faham. Yang belah pro faham lain, yang belah kontra faham lain. Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah sebab terlalu taksub dengan sebelah pihak sahaja. Jangan kecil hati ya bang. Mereka ni sombong sebenarnya. Nabi bersabda;
Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong." Berkata seorang lelaki: "Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik." Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia”.
Kepakaran seseorang dinilai bukanlah dari mulut dia sendiri tetapi orang luar yang menilainya. Kau pernah panggil aku pakar ekonomi (masa kita makan sate) sedangkan aku tahu masih banyak lagi selok belok ekonomi yang perlu aku pelajari (apa-apapun, terima kasih). Orang sekeliling yang pandang kau tinggi bukan dari mulut kau sendiri. Kau tak akan sedar sejauh mana peningkatan kau dalam bidang yang kau ceburi tetapi orang luar dapat melihat kau. Ini adalah antara salah satu hikmah yang Allah kurniakan supaya orang tidak mudah sombong. Tidak ada kena mengena dengan yang atas. Ini sekadar peringatan.
p/s: Aku meramalkan satu komen yang kontra akan datang dari kau. Takpa. Ada salah silap bagitahu ya. Tak kisah pun.
p/s2: Bukan aku taknak pos komen dalam blog kau, cuma komen ini terlalu panjang. Nanti kalau aku tulis, aku hilang arah sebab kotak komen kecik sangat.

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong." Berkata seorang lelaki: "Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik." Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia”.
------------------------
Kepakaran seseorang dinilai bukanlah dari mulut dia sendiri tetapi orang luar yang menilainya. Kau pernah panggil aku pakar ekonomi (masa kita makan sate) sedangkan aku tahu masih banyak lagi selok belok ekonomi yang perlu aku pelajari (apa-apapun, terima kasih). Orang sekeliling yang pandang kau tinggi bukan dari mulut kau sendiri. Kau tak akan sedar sejauh mana peningkatan kau dalam bidang yang kau ceburi tetapi orang luar dapat melihat kau. Ini adalah antara salah satu hikmah yang Allah kurniakan supaya orang tidak mudah sombong. Tidak ada kena mengena dengan yang atas. Ini sekadar peringatan.
p/s: Aku meramalkan satu komen yang kontra akan datang dari kau. Takpa. Ada salah silap bagitahu ya. Tak kisah pun.
p/s2: Bukan aku taknak pos komen dalam blog kau, cuma komen ini terlalu panjang. Nanti kalau aku tulis, aku hilang arah sebab kotak komen kecik sangat.
Khamis, 19 Februari 2009
*Tribute To Redemption Song* Hari Ini Aku Sedikit Berlainan
Sedang aku menanti saat esok hari (Khamis keramat) menjelma, Terpanggil aku menjadi watak utama sebanyak 2 kali pada minggu ini. Yang sedihnya, semuanya hanyalah watak-watak dalam alam maya yang tidak berenghuni dan dipenuhi doktrin-doktrin fantasi aku sahaja. Tetapi aku masih berbangga kerana masihada insan di luar sana memandang tinggi akan keboleh upayaan aku melalui personaliti sekujur tubuh ini.
Ya, sememangnya kau memang tetap menjadi pojaan hatiku sebagai rakan ISTIMEWA (bukan maksud literal.) Kerana kau menyebabkan kita tertonton 'Cinta Infiniti' akibat ketaksuban aku dengan Scha Yahya. Ah. Memang bosan tatkala aku duduk dalam keadaan sejuk beku jauh ke utara USM yang ditemani bilik bau-bau kampung tatkala bulan mengambang. Aku rindukan saat itu walaupun perpisahan kita hanya baru 5 jam. Aku juga merindui watak Jamal Malik (Slumdog Millionaire) yang sering diutarakan oleh seorang sayid yang meniti hari-hari akhir di bumi penuh 3gp.
Nik, persoalannya, mengapakah kau sering menyebut nama aku dalam blog kau? Aku sering terkesima dan kosong otakku mengenangkan memori-memori pahit sewaktu bersama-sama kamu ketika bermain bola. Aku lebih rela bergandingan dengan Rajo. Rajo 10 kali ganda cemerlang daripada kamu. Aku kaget dengan senyuman sinismu yang selalu memperkotak-katikkan propaganda kasirim.
Punca kejahilan aku datang dari kelemahan berfikir dalam keadaan yang sejuk sehingga menolak segala unsur realiti dunia. Akumasih tidak percaya kerana menghabiskan sisa-sisa hari Rabu bersama abang tercinta demi satu tujuan masa hadapan.
Akhirnya aku sedar, gejala black metal menjadi pertaruhan semgred aku untuk tugasan kali ini. Kamu banyak mendorong aku untuk berfikir secara rasional dalam mengupas isu semasa. Segala yang tercoret adalah dalam keadaan tidak sedar. Akhirnya aku mengerti.

AKU DALAM KEJELESAN.
p/s: Tidak ada kena mengena dengan yang berbaur unsur literal. Semuanya tafsiran secara realistik.
Langgan:
Catatan (Atom)