Jumaat, 31 Julai 2009

Aku Hidup Dalam Awang-Awangan

Semuanya tidak menjadi mengikut plan. Ada sahaja yang cuba merosakkan plan. Memang kaw-kaw dia bagi harapan kat kami untuk survive. Aku sengsara weh. Sekali lagi aku memberi harapan kepada orang lain. Plan banyak yang hancur disebabkan hanya satu perkara. Kini, aku terduduk mencari jalan untuk bangkit. Aku mengharapkan kali ini jalan dipermudahkan. Kau telah menguji kami adik beradik. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku tahu Kau masih sayang dan ingat kepada kami. Syukurlah.


p/s: Aku menunggu bulan jatuh ke riba disamping mencipta roket untuk ke bulan. Sabaq no kawan-kawan.

Khamis, 30 Julai 2009

Masalah Agama

Masalah orang Islam di Malaysia sebenarnya pendekatan yang dibawa adalah berorientaliskan ketimuran sahaja. Para ulama di Malaysia pun banyak yang menjatuhkan hukum tanpa melihat kepada skop barat sedangkan barat lebih ramai umatnya yang bijak pandai serta tahap rasional mereka yang tinggi. Aku suka cara pendekatan seorang mamat ni. Kalau tak caya, bacalah sendiri. Best kot dia punya hujah *cara Yassin*.


p/s: Aku balik lepas pc fair kat sini. Sapa-sapa yang terlibat, jom jamming.

Ahad, 26 Julai 2009

Itu Hanyalah Harapan

Maaf buat berkali-kali. Aku malas nak menyambung topik pasal politik. Aku sudah jemu dengannya. Hampir setiap hari akan dijadikan bahan perbualan tapi skopnya lebih diruncingkan kepada perniagaan. Aku pun tak faham sebenarnya matlamat mereka. Kadang-kadang (kebiasaan selalunya) ada juga diselitkan dengan penerimaan idea golongan-golongan Syiah dan cara mereka berfikir serta perlaksanaan yang dijalankan. Aku boleh terima yang itu sebab aku minat.


Mungkin hari ini aku cuma mahu menyentuh sedikit pendapat dan pandangan aku tentang agama Islam dalam konteks penerimaan dan perlaksanaan masyarakat Melayu secara khusus.


Kamu memandang Islam itu hebat, gempak dan mudah. Memanglah itu sebenarnya fakta. Cuba kamu andaikan kamu seorang yang bukan orang Islam. Apa persepsi kamu? Aku seringkali mempersoalkan ini setiap kali aku berdiskusi dengan abang aku. Aku kadang-kadang terlintas adakah aku sudah jauh menyimpang akidah? Rasanya belum lagi kot malah lebih kuat lagi pegangan aku terhadapNya.


Inilah yang selalu berada di benak pemikiran aku. Beginikah Islam yang dibawa? Kenapa jauh sangat menyimpang dari ajaran baginda Nabi Muhammad S.A.W? Kenapa perkara ini boleh terjadi dan kenapa Yahudi yang kamu keji itu berjaya menakluk minda kamu dengan ransgangan sekularnya? Lebih-lebih lagi terhadap orang Melayu. Yang duduk di bandar terlalu sekular, yang duduk di kampung terlalu beradat. Jadi, mana hilangnya kesederhanaan?


Kamu pernah terfikir macam aku? Pernah kamu terlintas cukuplah dengan persoalan mengapa bangsa Yahudi itu memonopoli segalanya? Kenapa orang Islam itu berpecah? Mengapa golongan Syiah membenci golongan Ahli Sunnah? Adakah kamu yakin Ahli Sunnah itu golongan yang betul sedangkan tidak disebut dalam mana-mana hadith pun, yang disebut hanya terdapat 1 golongan yang berpaksikan kebenaran daripada 71 golongan yang lain. Mengapakah golongan Sunnah itu berpecah belah sedangkan golongan inilah yang berada di jalan yang benar?


Bagi pandangan aku, semua ini berpunca daripada kemerosotan cara berfikir orang-orang Islam itu sendiri. Lebih-lebih lagi orang Melayu. Kamu lihat sahajalah budaya rasuah dalam kalangan orang atasan sedangkan mereka adalah pemimpin untuk memimpin. Di mana letaknya kuasa seorang Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama sedangkan kerajaan terpaksa menanggung kos sara hidup mereka secara total tapi mereka langsung tidak membuat kerja. Kita ambil contoh keluarga kerabat diraja Selangor. Kerajaan Selangor terpaksa menampung 1 juta ringgit sebulan untuk menampung 'mereka' hanya kerana status raja. Pernahkah kamu lihat seorang raja turun padang? Mungkin pernah tetapi itu hanya special ocasion sahaja. Itukah Islam?



Lagi isu yang mahu dibangkitkan, aku ada sedikit tidak berpuas hati dengan golongan-golongan yang digelar para ulama oleh masyarakat. Mereka memang berilmu dan berpendidikan, tapi mana hilangnya keikhlasan semata-mata kerana Allah sedangkan makin berilmu seseorang itu, makin tunduk kepadaNya. Lihat sahaja hukum-hukum syariah yang difatwakan oleh mereka. Semuanya jatuh hukum semata-mata tanpa memberi satu penyelesaian bijak kepada masyarakat untuk pilih. Dimanakah kata-kata Islam itu mudah? Contoh terbaik adalah pengharaman MLM (Multi Level Mareting)*.




Agen-agen MLM terpaksa membanting tulang untuk meraih keuntungan sebanyak itu. Apa yang cuba diperjelas oleh golongan ulama ini, mereka mengharamkan MLM kerana tiada usaha yang dilakukan tetapi komisyen tetap dibayar walaupun urusniaga itu tidak berjalan secara terus (overriding commission). Kamu kena ingat, agen ini sebenarnya terpaksa menjual produk MLM ini bukan terhad kepada 2 orang sahaja sebagai contoh (level bawahnya sahaja) dan mengharapkan orang bawahan akan bekerja untuk mereka. Mereka terpaksa bekerja keras untuk membina rangkaian perniagaan yang besar (seperti jutawan-jutawan MLM) tanpa mengharapkan kerja 2 orang tadi sedangkan golongan para ulama ini hanya membuat sekali sahaja royalti buku mereka dan mereka mendapat keuntungan sehingga mereka meninggal dunia. Kamu lihat perezaan usaha dalam 2 kes itu? Siapa yang lebih untung? Bukankah golongan ulama tadi? Kerjanya lebih senang berbanding agen MLM tapi komisyen yang diterima jauh lebih besar dari agen-agen ini. Dimanakah letaknya keadilan (bukan parti politik ok)?


Aku lebih suka melihat pendekatan Islam yang dibawa oleh golongan Syiah. Mereka mengamalkan prinsip bersabar dan proses yang dijalankan terpaksa mengorbankan masa mereka. Hal ini bertepatan dengan cara Rasulullah sendiri di mana baginda tidak terus menerus mengubah kaum arab itu malah mengambil pendekatan dengan menunjukkan akhlak yang baik, kemudiannya cuba diserapkan sedikit demi sedikit tentang kepercayaan kepada Allah seterusnya barulah kepada hukum hakam. Proses ini pun mengambil masa sehingga 2 dekad untuk lengkap. Ini tidak. Hukum diutamakan kemudian baru kepercayaan itu ditanam. Salah konsep yang dibawa. Jika keadaan ini berterusan, orang bukan Islam akan terus menganggap bahawa Islam adalah sesuatu bentuk kongkongan dan tidak mudah seperti yang selalu digambarkan oleh muslim itu sendiri.


Inilah realiti yang berlaku di Malaysia. Aku tidaklah menyalahkan 100% golongan-golongan ulama tadi cuma aku kurang berpuas hati kepada sedikit (bukan semua) ijtihad yang mereka lontarkan secara umum. Orang Melayu sudahlah malas membaca, suka ambil kata-kata sebelah pihak sahaja pulak tu. Ibarat kamu copy dan paste sahaja daripada satu artikel dan bukannya membaca artikel tersebut. Perkara inilah yang amat dibimbangkan jikalau hal ini berterusan. Sekarang mungkin sudah sampai masanya aku patut membaca lebih banyak buku yang berkaitan dengan agama dan sejarah Islam. Sudah lama aku tinggalkan hal itu. Sampai bila aku mahu hidup begini? Aku mahu kembali ke pangkal jalan. Kamu pun ikutlah sekali. Bacalah buku tentang sejarah zaman para sahabat dan cuba kamu perhatikan dan selidiklah tentang bagaimana perang Siffin (perang saudara antara Saidina Ali dan Mu'awiyyah) itu berlaku sebenarnya.

-----------------
*Lanjutan isu kepada pautan Dr. Zaharuddin tentang isu MLM.


p/s: Maafkan aku Mirrul. Aku membiarkan kau terfaktab sorang-sorang di sana. Jangan risau. Aku akan kembali.


Jumaat, 24 Julai 2009

Akhir-Akhir Ini Aku Selalu terkejut

Mana tidaknya, semua orang nak cakap pasal politik. Semua orang sibuk dengan politik. Mungkin sudah ketandusan idea untuk memulakan perbicaraan kot. Aku pun nak sibuk-sibuk jugak. Aku tak kira! Nak cakap jugak!

"Writers use lie to tell the truth while poticians use the truth to tell lies" (V For Vendetta)

Ini adalah rangkuman daripada pemerhatian aku dan kejadian peristiwa politik yang berlaku di Malaysia. Sebenarnya, golongan-golongan penyokong parti terbahagi kepada 2:

1. Orang yang macam lembu (tidak berfikir dan senang terpengaruh)
2. Orang yang berpendidikan.


Persoalannya, kenapa boleh orang-orang berpendidikan pun ada yang berpihak-pihak sedangkan mereka mempunyai ilmu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu situasi? Jawapannya cukup mudah. Mereka berpegang dengan ilmu yang ada pada diri mereka. terpulang untuk diri sendir ataupun masyarakat. Aku cuba nak kupas isu mengapa ada dalam kalangan orang seperti ini memihak kepada satu pihak sahaja.


Untuk parti pro kerajaan a.k.a BN, golongan-golongan educated ini sebenarnya menyokong BN bersebab dan sebab mereka tentu sekali kerana mahukan kepentingan bisnes mereka. Tengok sahajalah pertambahan kroni-kroni dan konco-konco atasan. Mereka sanggup meletakkan Islam (agama) sebagai prioriti nombor dua selepas harta. Kroni-kroni ini diperlukan bagi memudahkan mereka mendapat projek-projek mega seterusnya menjadi kaya-raya dengan membiarkan rakyat di sekeliling mereka terkontang-kanting mencari rezeki. Sebagai contoh yang kuat, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia yang kerajaan mengambil tindakan untuk menambah modal pelaburan dalam bursa saham sebanyak RM10 billion. Apa yang berlaku sebenarnya, kepentingan kroni-kroni beliau didahulukan. Apabila duit itu dipam ke dalam broker, secara automatiknya harga pasaran akan meningkat. Ini memberi peluang kepada konco-konco beliau untuk mendapatkan semula modal mereka (break even) seterusnya mereka menjual semula saham-saham yang telah dibeli. Setelah proses tersebut dijalankan, beliau mengeluarkan semula modal tersebut dengan alasan pembangunan negara yang menyebabkan harga pasaran semakin jatuh tergolek. Ramai investor-investor bermodal saiz sederhana dan kecil terus menanggung kerugian. Sudahnya, pasaran bursa saham Malaysia kekal tidak aktif.


Dalam sistem kapitalis, ekonomilah yang menentukan kekuasaan. Jadi, sesiapa yang memegang ekonomi, maka dialah yang ber'kuasa'. Platform yang mudah untuk menjadi orang yang ber'kuasa' adalah politik pro kerajaan.


Bagi yang memihak anti kerajaan (dalam bahasa sopannya; pro pembangkang) mereka melihat sesuatu perlu dilaksanakan agar perkara ini tidak berterusan untuk mengurangkan beban rakyat yang terpaksa membayar cukai seterusnya memberi lebih keistimewaan kepada mereka. Cukai yang telah dibayar nampaknya seperti memberi sedekah kepada orang-orang atasan seperti mereka. Jadi, mereka mengambil satu langkah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan membawa dasar masing-masing seperti contoh PAS dengan dasar negara Islamnya. Tak perlulah aku huraikan dengan lebih lanjut kerana kamu memang sudah tahu apa dasar yang mereka cuba ketengahkan.


Walaupun begitu, ada sesetengah pro pembangkang menggunakan platform ini dengan tujuan yang salah kerana mereka mahu menawan semua sistem tersebut dan hanya mengaut keuntungan seorang diri. Aku tidaklah pro mana-mana parti pun cuma aku lihat itulah senario yang berlaku di Malaysia sekarang.


Baru-baru ini aku tersedar bahawa dalam parti pembangkang, lebih ramai orang yang baik tujuan dan dasar yang dibawanya daripada yang buruk dan mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja. Hal ini berlawanan dengan parti kerajaan yang didominasi oleh orang-orang yang bertujuan buruk daripada yang baik untuk rakyat. Jadi, aku mengambil jalan untuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.

"Pilihlah kamu jalan yang tiada mudharat bagi kamu. Jika kedua-duanya terdapat mudharat, ambillah kamu jalan yang sikit mudharatnya."


Aku sambung post pada artikel akan datang. Dah ngantuk. Nanti aku beritahu pandangan aku terhadap isu air percuma di Selangor.


p/s: Boleh kot masuk pasal ISA sikit nanti.

Selasa, 21 Julai 2009

Berehat Seketika Dari Harapan Itu

Setelah lama aku mengamati dan memikirkan pasal topik yang aku nak bagitahu kat kau orang, barulah aku tahu kuasa artikel ataupun tulisan/coretan berfungsi. Selama ini kita selalu mendengar kuasa pena itu jauh lebih tajam daripada kuasa pisau tapi kamu tahu kenapa?


Aku cuma mahu kupas satu isi sahaja kerana aku hanya dapat yang itu. Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca setia mereka ibarat mereka berkata-kata benda yang sama kepada pembaca mereka secara virtual. Yang peliknya, pernah tak kamu terfikir kenapa isi yang disampaikan tepat menusuk di dada pembaca mereka sedangkan kalau dengan kata-kata mereka agak susah menyampaikan isi dengan baik?


Ini jawapan aku setelah puas membaca forum-forum dan blog-blog ter'sohor'. Dalam sesuatu artikel, isi yang disampaikan disusun mengikut ayat yang teratur dan kemas kerana si penulis mempunyai banyak masa untuk menyusun ayat mereka. Jika dibandingkan dengan bercakap, kamu perlu lebih banyak pegalaman untuk berbicara dan sampaikan isi kamu dengan sebaik mungkin. Hal ini tidak dapat dilaksanakan oleh kebanyakan orang. Konsepnya, masa menentukan segalanya. Keperluan petah bercakap dan kehebatan dalam menyampaikan hujah secara spontan amatlah penting dalam sesebuah komunikasi melalui pertuturan. Jadi, sesebuah artikel memberi lebih banyak peluang kepada orang yang ada banyak isi untuk disampaikan tetapi tidak tahu menyusun isinya dengan kemas ketika berbicara.


Maaf, mungkin aku ada 2 isi. Yang kedua, para pembaca perlu membaca keseluruhan artikel pengarang bagi memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Implikasinya, peluang untuk menghentam/mencelah penyampaian si pengarang tidak berlaku. Segala isi yang cuba disampaikan dapat disampaikan kepada pembaca secara total. Biarpun sedikit hujah yang kuat, penyampaian itu sempurna seterusnya menjadikan para pembaca dapat menerima pandangan si pengarang. Itulah apa yang berlaku sekarang. Cuba kamu ajak mana-mana blogger yang hebat untuk berdiskusi tentang sesuatu perkara secara bertutur. Aku tak fikir semua blogger dapat menyampaikan hujah mereka dengan kemas. Mungkin hanya segelintir atau tiada langsung. Maaf. Ini cuma pendapat.


Contohnya blog ini. Kamu terpaksa baca sampai habis bukan kalau kamu nak tahu isi yang aku cuba sampaikan. Betul tak? Kalau diajak berdebat di restoran Nasi Kandar Istimewa (takda tempat lain ke?), aku mungkin kalah.


p/s : Kan aku dah agak. Memang takkan ada orang yang minat punya pasal artikel ini.


Isnin, 20 Julai 2009

Minggu Baru Harapan Baru?

Sudah hari Isnin. Maka dengan ini saya merasmikan majlis penutupan minggu harapan. Minggu yang penuh dengan debaran berakhir jua. Aku sedikit terkilan kerana penutupnya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Sekurang-kurangnya biarlah satu yang menjadi sudah cukup membahagiakan aku.


Ya! Kali ini aku pula yang SAMPAH. Sedang asyik menatap wajah minah Arab dalam bas sewaktu perjalanan pulang ke rumah, ditambah pula dengan awek gig yang aku jumpa di stesyen Bandar Tasik Selatan menyebabkan aku alpa seketika tentang barangan peribadi. Cilaka lu! Aku ada 5 ringgit pun nak kebas ke? Kau mengambil kesempatan terhadap diri aku yang sedang bersempit-sempit untuk naik tren yang terakhir.


Lupakan seketika pasal itu. Aku mahu lebih fokus minggu ini. Aku telah diberi tugasan akhirnya. Aku mungkin sibuk sepanjang minggu ini. YAH! Aku boleh menjadi fokus. Maaf rakan-rakan. Atas ke'fokus'an melampau ini aku mungkin berjauhan dengan kamu semua buat seketika cuma mood aku hari ini hanya mahu membincangkan topik yang melibatkan sedikit perahan otak dari kau orang (maksudnya pandanganlah).


Apa pendapat kamu terhadap sistem perbankan yang telah terbahagi kepada 2:

1. Konvensional
2. Islamik


Kalau boleh tolong huraikan hujah sekali ya. Aku cuma nak buat kertas kerja.


p/s: Konfem orang tak nak komen.

Isnin, 13 Julai 2009

Masih Dengan Harapan Itu

Aku ada harapan baru dan hanya diketahui oleh 3 orang sahaja (rakan seangkatan aku lah. Kalau orang lain aku tak tahu). Kalau dah namanya APAN, tetap juga harAPAN itu kembali semula kepada aku. Apa salahnya namaku sebegini? Oh tidak. Semua harapan itu diletak atas bahu aku. Kau tunggulah nanti!


Rakan-rakan seangkatan, mari menuju ke pintu harapan! Dengan ini, saya mengisytiharkan minggu ini adalah MINGGU HAR-->A.P.A.N(kool)!!!


p/s: Kalau kau orang rajin, cuba kira berapa banyak perkataan "harapan" yang aku tulis sejak bulan lepas (aku tahu kau orang memang malas gampang).

Rabu, 8 Julai 2009

Harapan Oh Harapan

Minggu lepas aku bergelumang dengan harapan. Minggu ini masih dengan harapan lama. Sekurang-kurangnya harapan lama itu ada yang sudah terkabul. Alhamdulillah.


Cuma tinggal 2 harapan sahaja lagi. Satu harapan yang paling besar pernah aku dengar dan satu lagi harapan bulan Mei lepas. Kamu pernah menerima harapan paling besar? Sebagai contoh, mahukah kamu bekerja sebagai orang bawahan yang jumlah gaji bersihnya melebihi orang atasan sekarang? Aku menunggu dan mengharap itu. Oh bulan Januari. Aku menunggu kedatangan tarikh keramat itu! Aku hampir tidak percaya (maksudnya aku masih percaya lah) tapi aku tetap mengharap. Aku peduli apa!


p/s: Mirrul, sama-sama kita menunggu ya!