Jumaat, 24 Julai 2009

Akhir-Akhir Ini Aku Selalu terkejut

Mana tidaknya, semua orang nak cakap pasal politik. Semua orang sibuk dengan politik. Mungkin sudah ketandusan idea untuk memulakan perbicaraan kot. Aku pun nak sibuk-sibuk jugak. Aku tak kira! Nak cakap jugak!

"Writers use lie to tell the truth while poticians use the truth to tell lies" (V For Vendetta)

Ini adalah rangkuman daripada pemerhatian aku dan kejadian peristiwa politik yang berlaku di Malaysia. Sebenarnya, golongan-golongan penyokong parti terbahagi kepada 2:

1. Orang yang macam lembu (tidak berfikir dan senang terpengaruh)
2. Orang yang berpendidikan.


Persoalannya, kenapa boleh orang-orang berpendidikan pun ada yang berpihak-pihak sedangkan mereka mempunyai ilmu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu situasi? Jawapannya cukup mudah. Mereka berpegang dengan ilmu yang ada pada diri mereka. terpulang untuk diri sendir ataupun masyarakat. Aku cuba nak kupas isu mengapa ada dalam kalangan orang seperti ini memihak kepada satu pihak sahaja.


Untuk parti pro kerajaan a.k.a BN, golongan-golongan educated ini sebenarnya menyokong BN bersebab dan sebab mereka tentu sekali kerana mahukan kepentingan bisnes mereka. Tengok sahajalah pertambahan kroni-kroni dan konco-konco atasan. Mereka sanggup meletakkan Islam (agama) sebagai prioriti nombor dua selepas harta. Kroni-kroni ini diperlukan bagi memudahkan mereka mendapat projek-projek mega seterusnya menjadi kaya-raya dengan membiarkan rakyat di sekeliling mereka terkontang-kanting mencari rezeki. Sebagai contoh yang kuat, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia yang kerajaan mengambil tindakan untuk menambah modal pelaburan dalam bursa saham sebanyak RM10 billion. Apa yang berlaku sebenarnya, kepentingan kroni-kroni beliau didahulukan. Apabila duit itu dipam ke dalam broker, secara automatiknya harga pasaran akan meningkat. Ini memberi peluang kepada konco-konco beliau untuk mendapatkan semula modal mereka (break even) seterusnya mereka menjual semula saham-saham yang telah dibeli. Setelah proses tersebut dijalankan, beliau mengeluarkan semula modal tersebut dengan alasan pembangunan negara yang menyebabkan harga pasaran semakin jatuh tergolek. Ramai investor-investor bermodal saiz sederhana dan kecil terus menanggung kerugian. Sudahnya, pasaran bursa saham Malaysia kekal tidak aktif.


Dalam sistem kapitalis, ekonomilah yang menentukan kekuasaan. Jadi, sesiapa yang memegang ekonomi, maka dialah yang ber'kuasa'. Platform yang mudah untuk menjadi orang yang ber'kuasa' adalah politik pro kerajaan.


Bagi yang memihak anti kerajaan (dalam bahasa sopannya; pro pembangkang) mereka melihat sesuatu perlu dilaksanakan agar perkara ini tidak berterusan untuk mengurangkan beban rakyat yang terpaksa membayar cukai seterusnya memberi lebih keistimewaan kepada mereka. Cukai yang telah dibayar nampaknya seperti memberi sedekah kepada orang-orang atasan seperti mereka. Jadi, mereka mengambil satu langkah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan membawa dasar masing-masing seperti contoh PAS dengan dasar negara Islamnya. Tak perlulah aku huraikan dengan lebih lanjut kerana kamu memang sudah tahu apa dasar yang mereka cuba ketengahkan.


Walaupun begitu, ada sesetengah pro pembangkang menggunakan platform ini dengan tujuan yang salah kerana mereka mahu menawan semua sistem tersebut dan hanya mengaut keuntungan seorang diri. Aku tidaklah pro mana-mana parti pun cuma aku lihat itulah senario yang berlaku di Malaysia sekarang.


Baru-baru ini aku tersedar bahawa dalam parti pembangkang, lebih ramai orang yang baik tujuan dan dasar yang dibawanya daripada yang buruk dan mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja. Hal ini berlawanan dengan parti kerajaan yang didominasi oleh orang-orang yang bertujuan buruk daripada yang baik untuk rakyat. Jadi, aku mengambil jalan untuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.

"Pilihlah kamu jalan yang tiada mudharat bagi kamu. Jika kedua-duanya terdapat mudharat, ambillah kamu jalan yang sikit mudharatnya."


Aku sambung post pada artikel akan datang. Dah ngantuk. Nanti aku beritahu pandangan aku terhadap isu air percuma di Selangor.


p/s: Boleh kot masuk pasal ISA sikit nanti.

4 ulasan:

eswandyasre berkata...

maaf apan aku jahil.aku hanya mahir politik sierra leone sahaja..
UMNO tu apa eh??

Apan berkata...

UMNO sebenarnya badan pertubuhan menternak tomato dan juga lipan. Hasilnya menyumbang kepada ekonomi negara melalui import dan eksport ke sierra leone.

NA berkata...

mengapa tidak menternak tomato yang akhirnya menjadi bas?

Apan berkata...

kerjaan telah menyuntik modal sebanyak 8juta ringgit sebulan bagi menaikkan industri penternakan lipan baru2 ini bg melahirkan usahawan. sekarang, market tomato sekarang hampir menjadi tepu. so UMNO terpaksa membuka peluang dengan menternak lipan daging, lipan telur, lipan hensem secara komersil daripada terhad kepada menjual di pasar malam shj.