Rabu, 4 Ogos 2010

Diari II : Pengalaman Saya Di Tempat Baru II

Seperti yang sudah termaktub dalam Luh Mahfuz, saya dipertemukan lagi dengan 2 orang geng seangkatan. Walaupun rata-ratanya mempunyai perbezaan latar belakang akademik, namun saya bersyukur kerana saya menambah koleksi rakan perokok saya cuma gayanya ada ala-ala Karim. Namun jauh sekali perbezaan dari segi fizikalnya yang menampakkan ciri seorang 'brader' di mata seorang kaki klabing. Ganas raut wajahnya ibarat Awie bersaiz John Cena, muka ketat ibarat Eman Manan, humoris bak Amir Raja Lawak 3. 'Brader' memang macam tu. Nak buat macam mana lagi?

Permulaan yang baik untuk hari-hari yang bakal mendatang. Hujung minggu saya pula banyak dipenuhi aktiviti-aktiviti bersama rakan sekolah. Saya masih tiada mood untuk melekatkan punggung di tempat baru ini. Malangnya, rakan-rakan lain sudahpun merasai segulung skrol berharga 3 ataupun 4 tahun masa mereka. Mungkin hari itu lambat lagi untuk saya.


Saya cuba untuk menyesuaikan diri dalam tempat baru ini. Hidup bermasyarakat dengan ahli bilik seramai 6 orang memang mengujakan. Nasib baik tiada high council. Lagipun, bilik saya dipenuhi dengan rebellion-rebellion yang siap-siaga untuk melancarkan revolusi andai sedikit kesilapan berlaku. Segala peraturan yang membabitkan denda yang kecil sudahpun dilanggar. Kini, kami mengorak langkah ke arah yang lebih besar. Masalah disiplin yang boleh membawa ke proses pembuangan menjadi misi utama. Oh, bahagianya saya lama-lama di sini.

hapdet:

Ada sorang budak bilik aku beperwatakan orang tua Abang Khairi. Sebijik siot. Umur dia ada muda sikit la. Muka pun ada lebih kurang bau-bau binjai gitu.


*Maaf. Sumber internet memang lembab kalau dapat subsidi dari kerajaan.

p/s: Kau orang tak nampak ke aku retorik?Cilaka! Berapa lama mau duduk sini daaa.

3 ulasan:

eswandyasre berkata...

datang konvo ??bilik aku pun 6 orang !--->ini dikira termasuk karim dan auf ali yang gemar bertandang

Apan berkata...

oh gitu gamaknya.takpalah. aku rela merantau

Auf Bin Ali berkata...

nt nak buat plot letupkan pejabat asrama hang panggil aku.