Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

Malapetaka Dunia: Riba Mencipta Kemiskinan (Part II)

Kalau mahu dibicarakan tentang riba yang mencipta kemiskinan, haruslah difahami dengan teliti apa itu sebenarnya kemiskinan yang ditakrifkan. Mungkin ada yang mentakrif dari segi harta dan wang ringgit. Adakah kekurangan akhlak juga merupakan satu kemiskinan?

Walau bagaimanapun, penulis hanya mahu menjuruskan kepada bidang ekonomi kerana perbincangan kita lebih menjurus ke arah itu. Jadi, kemiskinan dalam takrifan ekonomi yang berskala makro dikategorikan dalam inflasi. 

Inflasi merujuk kepada kadar peratusan harga kenaikan barang dari sekian tahun ke sekian tahun. Secara istilahnya, inflasi adalah "is a rise in the general level of prices of goods and services in an economy over a period of time.1"

Melalui takrifan sebegini, inflasi adalah sebagai sebuah unit pengiraan yang menunjukkan kadar perubahan nilai harga sesuatu barangan (goods) berdasarkan sebuah tempoh masa. Hal ini boleh menyebabkan banyak spekulasi yang boleh diterjemahkan dalam minda masyarakat secara komplikated. Pengiraan yang khusus ini sebenarnya membuatkan inflasi sebagai satu ukuran dalam konteks ekonomi sesebuah negara dan kepesatan perubahan ekonomi negara tersebut.

Cara pengiraannya cukup mudah. Ianya adalah berdasarkan peratusan tahun tersebut kepada tahun yang dijadikan sebagai tapak ukuran (base year). Contohnya, base year adalah tahun 2000. Jadi, apakah inflasi yang berlaku pada 2010? Disebabkan takrifannya menjurus kepada 'nilai harga', maka pengiraannya juga melibatkan Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index, CPI). Berbalik kepada pernyataan tadi, kita mengandaikan bahawa harga sekilogram beras pada tahun 2000 adalah RM10. Pada tahun 2010, harganya adalah RM20. (Ini hanyalah andaian semata-mata bagi memudahkan pemahaman pembaca. Nilai harga sebenar boleh dirujuk pada pihak bertanggungjawab).

RM 20 (tahun 2010) - RM 10 (tahun 2000)   x 100%  = 1%
RM 10 (tahun 2000)


Bagaimana perkara ini boleh dispekulasi? Contohnya mudah kerana kita hanya perlu menukar base year tersebut kepada tahun yang lebih hampir kepada tahun yang ingin menjadi sasaran. Contohnya, inflasi pada tahun 2010 boleh mengambil tahun 2009 sebagai base yearnya. Jadi, peratusan itu tidaklah begitu jauh bezanya.

Padahal, pada realitinya, inflasi meningkat setiap tahun. Puratanya mungkin 4% setahun, namun harus diingatkan bahawa ianya berbentuk compounding, bukan penambahan biasa.

Melalui penggunaan FIAT money, kadar inflasi tersebut meningkat secara mendadak kerana lambakan duit di pasaran. Inflasi ini melonjak-lonjak sehingga beberapa peratus. Polisi-polisi badan bertanggungjawab dalam memastikan inflasi ini dalam keadaan terkawal antaranya adalah Gold Standard Economy. Gold Standard Economy sebenarnya telah dilaksanakan sebelum sistem Bretton Woods diperkenalkan lagi. Pada waktu itu, kadar inflasi hanya sekitar 2% setahun kerana penggunaan 'resit' matawang kertas adalah bersandarkan nilai rezab emas simpanan (gold reserve banking).

Disebabkan kehancuran sistem Bretton Woods yang memuncak pada tahun 1971, sandaran matawang kertas adalah sifar. Ini bermakna, matawang kertas itu sendiri yang mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri berdasarkan kepercayaan masyarakat yang menggunakannya.

Dalam kemelut ekonomi global yang melanda kini, alternatif kepada penggunaan Gold Standard Economy adalah tidak relevan. Yang memungkinkan suatu hari nanti, ekonomi akan beralih arah kepada penggunaan emas itu sendiri dalam medium of exchange. Hal ini dapat dibuktikan bahawa sifat monopoli sesetengah negara berkuasa terhadap emas seperti yang terjadi pada 1944 mungkin akan berlaku. Jadi, tidak mungkin penyelarasan Gold Standard Economy akan berjaya wujud semula.

Peralihan sistem ini akan dimulakan dengan berperingkat. Penguasaan negara China membeli emas fizikal berbondong-bondong menyebabkan ekonomi dunia menjadi panik. Mana tidaknya, semua negara yang terikat dengan matawang Dollar Amerika mula beralih untuk menyandarkan matawang mereka kepada Yuan. Kepercayaan masyarakat global terhadap matawang kian meruntuh. Mereka cuba beralih arah kepada matawang yang mempunyai rezab simpanan emas yang lebih besar berbanding US. 

Rentetan peristiwa ini, penulis percaya penggunaan dinar dan dirham akan muncul semula. Kerapuhan FIAT money kian meruncing menyebabkan masing-masing perlu kepada satu alternatif baru. Sistem dinar dan dirham (gold based economy) adalah langkah penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi kemelut inflasi. Jadi, bersediakah anda untuk perubahan ini? Mana mungkin kita bersedia selagi belum memiliki emas fizikal itu sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman anda.

1 Blanchard, Olivier (2000). Macroeconomics (2nd ed.). Englewood Cliffs, N.J: Prentice Hall.

Rabu, 16 Februari 2011

Valentine's Day Tidaklah Se'special' Mana

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya pentadbir segala alam. Mungkin impak sambutan Maulud  al-Rasul ini telah menutup pintu-pintu kejahatan sambutan Valentine's Day. Walaupun impaknya tidaklah menyeluruh, sekurang-kurangnya aku dapat tengok banyak perubahan yang berlaku dan orang Malaysia sendiri lebih terbuka hati untuk Maulud Nabi ini.


Saja aku nak kongsi satu perkara yang aku baru dapat pagi tadi. Isinya cukuplah panjang lebar, tapi apa yang aku dapat ingat dan cerap hanyalah cebisan. Lagipun, aku bukanlah seorang yang thiqah.

Maulid al-Rasul Muhammad S.A.W sebenarnya mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Salah al-Din (Salahuddin) al Ayyubi bersama abang iparnya Raja Muzaffaruddin Shah (kalau tak silap lah. Rasanya ada Shah kot). Tujuan sambutan ini adalah semata-mata menggalakkan dan menyemarakkan semangat pejuang-pejuang Islam semasa perang Salib (aku tak ingat berapa tarikhnya).


Pada waktu itu, ramai orang Islam mula luntur semangat jihadnya kerana asakan demi asakan dari tentera luar (aku pun tak ingat siapa. Yang aku ingat ada tentera Parsi). Jadi beliau memutuskan sebagai 12 Rabi' al-Awwal sebagai satu tarikh keramat untuk semua umat Islam pada ketika itu berhimpun dan bersatu sambil menyemai rasa kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Dari titik tolak itulah, sambutan ini terus dipraktikkan dalam kehidupan orang Islam (Muslim) sehingga sekarang.


Cukup dengan sejarah, kita masuk hal sambutan itu sendiri. Ada sesetengah cakap-cakap yang mengatakan sambutan ini adalah bidaah. Iya, memang bidaah merupakan suatu perkara yang tidak dilaksanakan pada zaman Rasulullah tetapi berlaku pada zaman terkemudian selepas kewafatan beliau. Namun begitu, tidaklah perbuatan ini dianggap menuju ke neraka.


Aku suka dengan huraian Ustaz Zahazan dalam bukunya, Hadith 40 Imam Nawawi. Beliau ada menceritakan secara ringkas dan padat mengenai bidaah. Apa yang dapat aku rumuskan, bidaah ini tergolong dalam bidaah hasanah kerana memandang visi sambutan itu sendiri. Mashlahat umat Islam pada ketika ini yang terumbang-ambing dengan arus pemodenan wajar diambil perhatian. Dengan adanya sambutan sebegini, kesatuan umat Islam dapat diperkukuh dengan mengkhususkan pada satu hari walaupun pada dasarnya tali persaudaraan antara sesama Islam itu wajib dipraktikkan setiap hari. Sekurang-kurangnya, ia ada daripada tiada.


Lainlah konteks sambutan Maulud Nabi itu disalah anggap cuti am semata-mata. Ini diibaratkan seperti cutinya hari 'Good Friday' di Malaysia. Maka, bolehlah dikategorikan sebagai bidaah yang menuju ke neraka.


****

Disebabkan aku ambil ekonomi, aku nak jugak cerita pasal ekonomi. Dalam terma ekonomi, FIAT money telah digunakan sebagai satu alat tukaran. Huraian tentang FIAT Money ini terlalu panjang dan memerlukan satu penelitian khusus. Bagi Fuqaha yang betul-betul mahu meninggalkan perkara-perkara syubhah kerana dikhuatiri kesahihan halalnya, maka mereka berijtihad bahawa FIAT Money adalah haram kerana ada unsur gharar (tersembunyi/terselindung).


Tapi, ia bergantung pada i'tiqad masing-masing yang menetapkan bagaimana hukum FIAT Money itu. Walaupun kesesuaian ini (rukhsah) ada, tidaklah bermakna hanya dengan beri'tiqad semata-mata. Perlulah ada nas-nas dan dalil-dalil yang menyokong. Kebanyakan Ulama' kontemporari mengijtihadkan FIAT Money adalah harus.


Jadi, sesiapa yang beri'tiqad bahawa HARAMnya FIAT Money, maka hendaklah dia meninggalkan saki baki itu dan tidak boleh menggunakannya sampai bila-bila. Ingat! I'tiqad akan mencerminkan tindakan susulan. Sebagai contoh, andai arak itu ada yang mengatakan harus dan ada yang mengatakan haram (ini sebagai contoh perbandingan sahaja. Apa yang haram itu jelas, dan halal itu juga jelas. Jangan salah tafsir ya). Jika kau orang mengikut pendapat yang mengatakan arak itu haram, maka jatuhlah hukumnya haram kepada kau orang. Tindakan kau orang untuk meminum arak walaupun telah beri'tiqad ianya haram membawa kepada dosa. Tanggung sendiri padahnya.


p/s: Bab perbezaan pendapat (khilaf) adalah untuk para Ulama sahaja sebenarnya. Kita ni sebagai orang bodoh (jahil) kalau ada khilaf bukannya membentuk kesempurnaan, tapi kehancuran. Lagi-lagi bab agama. Ingat, kau dipertanggungjawab dengan setiap apa yang kau katakan!

Khamis, 30 Disember 2010

Islam: Satu Perkara Objektif atau Subjektif 2

Ramai orang cerita pasal bola. Iya, Malaysia dah maju.


****

Bab 2: Leverage.

Mengulas mengenai perkara yang membabitkan dalil daripada Surah An Nisa: 171, mungkin ramai yang terkeliru. Persoalannya adalah membabitkan "janganlah kamu ghulu (melampaui batas) dalam agamamu..." Persoalan 'agama' itu sendiri merujuk kepada kehidupan yang termasuk dalam konteks sosial, ekonomi, dan hubungan sesama manusia (muamalat). Aku rasa time darjah-darjah lagi kita dah diajar bahawa agama itu merangkumi semua aspek kehidupan bukan?


Bab ini mungkin mengambil masa yang lama untuk diamati kerana ia banyak melibatkan unsur-unsur terma ekonomi. Leverage contohnya, bagi orang kebanyakan mungkin satu terma baru untuk mereka. Jadi, mungkin sukar aku mahu sampaikan dalam bentuk yang lebih ringkas. Kalau diterjemah sekalipun, semuanya merujuk pada entiti bisnes. Tak percaya? Cuba try google 'definition of leverage.'

Bagi yang sudah memahami leverage, kau orang mungkin senang tangkap. Tapi, apa yang aku cuba sampaikan, leverage ini bukanlah merujuk semata-mata pada 'short-term loan' yang kau orang semua faham. Aku cuba tukarkan konsep leverage ini kepada titik imbangan ibarat sebuah tuil jongkang-jongket yang berada di tengah-tengah papan. Alah, tengok gambar lagi senang kot.


(Yang kat tengah-tengah tu lah leverage)

Apa yang aku cuba ulas, leverage ini sebenarnya banyak berkaitan dengan kehidupan. Leverage inilah menentukan bahawa titik keseimbangan yang berada dalam sistem kehidupan manusia.


Untuk memahaminya dengan ayat yang lebih ringkas, cuba kau orang tanya diri sendiri. Macam mana kehidupan yang seimbang? Untuk yang beragama Islam, kadar keseimbangan Ukhrawi dan Duniawi itu bagaimana? 50-50 kah?


Kita ambil contoh carta pengambilan makanan yang seimbang. Tengok gambar kat bawah ya adik-adik.



Persoalannya; adakah setiap makanan mempunyai ratio yang sama? Kenapa daging, ayam dan produk makanan berlemak tidak mempunyai kawasan yang sama besar dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Adakah rationya 50:50 atau 1:1? Tentu sekali seimbang merujuk kepada ratio yang 'berat sebelah.' Sudah tentunya entiti yang mempunyai khasiat yang banyak lebih tinggi rationya. Dalam kes pemakanan seimbang, kumpulan karbohidrat (bijirin) mempunyai ratio yang lebih tinggi berbanding kumpulan makanan yang lain kerana mereka memberikan khasiat yang lebih banyak.


Begitu juga dengan kehidupan. Tidak semestinya kehidupan itu sentiasa sama rata. Dalam erti kata lain, seimbang bukan beerti sama rata. Kita ambil kekeluargaan sebagai contoh. Dalam konsep kekeluargaan, entiti yang terlibat adalah komitmen dan masa (untuk perbandingan, semua faktor entiti lain dianggap sebagai malar). Komitmen seseorang yang bekeluarga ditakrifkan sebagai mencari rezeki, yakni dalam bahasa modennya ialah mencari duit.


Banyak keluarga rata-ratanya kedua-dua suami dan isteri bekerja. Alasannya cukup mudah, tak cukup. Kita buat satu cartalah senang. Tulis panjang-panjang pun penat jugak.



Berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk kasih sayang dalam kes ini? Kasih sayang merujuk kepada peruntukan masa ibu bapa untuk anak-anak. Adakah dengan peruntukan sebanyak itu boleh menjadikan seorang anak itu lebih cenderung untuk menolong ibu bapanya kelak?


"Anak-anak mungkin gagal mengikuti apa yang kita ajar, tetapi mereka tidak akan gagal meneladani apa yang kita buat." Rashidah Mustaffa.


Kalau kesnya dah sebegini, bagaimana anak-anak boleh meneladani ibu bapa mereka? Siapa lagi yang boleh mencorakkan kehidupan yang lebih baik kepada mereka kalau bukan ibu bapa mereka sendiri? Persoalan ini sendiri merungkaikan kadar gejala sosial yang kian meningkat. Akibat dari titik tolak peristiwa ini, semakin ramai anak-anak generasi baru 'terabai' oleh ibu bapa mereka yang sibuk secara tidak langsung.


Jadi, adakah peruntukan masa di rumah dan kerja itu bersesuaian? Dalam kes ini, peruntukan untuk kerja: peruntukan anak-anak (masa lapang) = 10:4. Untuk yang pandai matematik, peruntukan ini sama dengan 2.5:1. Bukankah anda telah melebihi norma kehidupan yang sesuai dengan syariah yang menetapkan semuanya harus 1:1? Kenapa mahu memilih leverage yang lebih? 



Bab 2.1: Pelan Kewangan Konvensional dan Islamik.

Selasa, 28 Disember 2010

Islam: Satu Perkara Objektif atau Subjektif

Iya aku tau aku dah malas menulis. Lagi-lagi bila dah tak ada peruntukan untuk ke TMPoint berdekatan. Ini pun projek secara tiba-tiba.


****


Bab 1: Kehendak dan Keperluan

Kehidupan Islamik lebih cenderung pada kezuhudan ibadah yang digambarkan melalui perilaku, watak sosial dan pembawakan diri dalam masyarakat. Apabila ditanya kepada orang kebanyakan, ini jawapannya, "semua agama adalah satu perkara subjektif. Terpulang pada mana-mana individu untuk memilih."


Memang tak dapat dinafikan Islam merupakan satu perkara subjektif untuk dibincangkan. Lagi-lagi masing-masing ada hujah tersendiri. Apatah lagi kalau perkara ini dibentangkan kepada orang yang petah bercakap.

Pada pandangan aku sendiri, Islam boleh menjadi satu perkara yang objektif dan subjektif. Semuanya tertakluk pada kemampuan dan keyakinan diri sendiri. Dalam era materialistik begini, aku tak nampak persoalan yang aku bawak ni satu perkara yang cenderung pada objektif. Mungkin ianya diakui semua orang sebagai perkara objektif, tapi adakah semua muslim melaksanakannya tanpa ada sebarang pertikaian (objektif)? Ada saja hujah (subjektif) untuk me'logik'kan tindakan.


Jadi, aku fikir Islam itu sendiri boleh jadi objektif dan subjektif. Contohnya, si A mengatakan beliau yakin dengan ajaran Islam yang semua orang sedia maklum bahawa Allah yang menurunkan ajaran samawi ini. Maka, si A ini juga mengaku segala kuasa Allah. Apabila ditanya mengenai keyakinan untuk melaksanakan perintahNya, banyak alasan yang aku dengar. "Mana boleh dik. Abang/kakak ada komitmen untuk anak-anak, isteri, keluarga..." Bukankah keyakinan itu merujuk pada tindakan yang dilakukan apabila disuruh tanpa ada sebarang syak wasangka?


Berbalik pada topik kehendak dan keperluan, aku memandang keperluan sebagai satu perkara objektif manakala kehendak adalah subjektif. Malangnya, hidup di zaman materialistik ini banyak yang cenderung pada kehendak. Jadi, zaman ini kehendak boleh dikategorikan sebagai perkara objektif. Kan dah terbalik tu.


Keperluan merujuk kepada perkara-perkara asas yang diperlukan untuk meneruskan hidup. Ramai orang merujuk ini kepada duit. Iya.Memang tidak boleh dinafikan duit merupakan satu keperluan. Namun begitu, (cewah, ayat tulis buku) keperluan duit ini ditakrifkan sebagai, "lebih banyak duit, lebih selamat." Konsep inilah sebenarnya diterapkan kepada kita oleh golongan kapitalis yang aku dan rakan-rakan gelar sebagai "capitalist basterd."


Keperluan hanya terhad pada aset yang dianggap tidak melampaui norma kehidupan manusia sehingga bertukar kepada liabiliti. Sebagai contoh, zaman teknologi canggih ini semua orang perlu berhubung. Jadi, telefon merupakan satu keperluan. Dengan terciptanya pelbagai android, adakah telefon yang gempak dan mempunyai banyak fungsi seperti HD, LED, Touch Screen merupakan satu keperluan? Tidak. Apa salahnya kalau menggunakan satu telefon bimbit berharga RM300 kalau tujuannya hanya untuk call dan SMS? Kenapa perlu bazirkan sehingga ribuan ringgit jika tujuannya sama? Bukankah itu kehendak?


Untuk golongan bijak pandai, aku tukarkan perkara ini dalam bentuk nombor dan ratio.
1 keperluan : 1 kehendak.

Jadi rationya ada 1:1. Jika kehendak itu melebihi keperluan, rationya akan berubah. Contohnya,
1 keperluan : 2 kehendak.

Rationya sudah menjadi 1:2. Ini sudah tidak bertepatan dengan pelan kewangan konvensional menyebabkan ramai orang sangkut dalam liabiliti termasuk aku sendiri.


Untuk mereka yang pernah berkecimpung dalam dunia Forex online, mungkin mereka memahami apa itu leverage. Leverage ini datang dalam bentuk ratio dan banyak pilihannya seperti 1:1, 1:100, 1:200 dan sebagainya. Ustaz Zaharuddin ada menerangkan tentang pengharaman Forex melalui leverage dalam artikel beliau.


Jadi aku simpulkan, kehidupan bersederhana adalah berdasarkan pelan kewangan individu yang mengikuti leverage yang sesuai. Syariah menetapkan leverage yang wajib digunakan dalam kehidupan adalah 1:1. Ini bersesuaian dengan firman Allah;

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ

"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar" (An-Nisa:171)

Selasa, 26 Januari 2010

Charles Ponzi - The Greatest Con Man Ever

"Without malice aforethought I had given them the best show that was ever staged in their territory since the landing of the Pilgrims!" Charles Ponzi a.k.a Charles Bianchi




Carlo Pietro Giovanni Guglielmo Tebaldo Ponzi was born in Lugo, Italy in 1882, arrived in America on November 15, 1903 with $2.50 in his pocket, tried to become a millionaire. "I landed in this country with $2.50 in cash and $1 million in hopes, and those hopes never left me." Worked as a dishwasher at first, the hardship did not hold him up to become a millionaire. That is the power of being an immigrant and minority i said. Through the hard time he had to face including being a prisoner, he was such an arrogant and determine man that never giving up for his dream. After he was released from prison, the new Ponzi had just begin. Out of the blue, he realized and created one of the investment programs with 400% returns in a single product although it was his first time to see the product which was International reply coupon (IRC).



Soon after a while he started the scheme, he owned a company called Old Colony Foreign Exchange Company to promote the scheme. Now he obtained the money to pay several agents with generous commissions for every dollar they brought in. Februari 1920, the investor´s deposit was $5000 (approximately $54,000 in 2008). It began to expand and by March, total deposit were $30,000 ($328,000 in 2008). Two month after, he collected $420,000 ($4.59 millions in 2008). That only takes few month to become a millionaire.



Most of the rich-fast-scheme in the world are (yet undiscovered) based on this scheme. Thanks to him, many millionaires were born even though it is illegal. He was a brilliant man as he created another himself, Bernard Madoff (former Chairman of the NASDAQ stock exchange) to be nominated as largest financial investor fraud,. It does not care whether you are blue or white collar, rich or poor, everyone is a potential investor.

Sabtu, 7 Februari 2009

Kerana Balik Rumah Lambat...

Kawan-kawan, hari ini kita cuba keluar daripada topik agama ya!Hari ini aku lebih tertarik untuk membincangkan isu kemunduran pembangunan yang berlaku di bahagian pantai timur. Skop perbincangan ini tidak merangkumi masalah politik dalaman (mungkin ada tapi tak banyak) tetapi lebih kepada sebab-sebab utama kemunduran kawasan mereka.

Berdasarkan pengamatan aku sendiri semasa perjalanan bercuti ke kampung, aku banyak melihat petempatan yang berselerak dan kawasan yang mundur berlaku di bahagian pantai timur terutama kawasan yang terletak di bahagian selepas Banjaran Titiwangsa (semak buku Geografi Tingkatan 3). Perubahan ini mula ketara apabila melihat kependudukan Kuantan yang terpisah kepada 2 bahagian (kalau ikut jalan lama):
1. kawasan selatan
2. kawasan utara

Jadi, sejenak aku berfikir, mereka sebenarnya mundur bukan atas sebab ketiadaan bajet yang mencukupi untuk pembangunan. Sebenarnya, faktor kawasan yang terlalu luas dan dominasi pemilikan tanah menyebabkan mereka masih jauh tertinggal dalam pembangunan. Terlalu luas tanah yang dimiliki yang hanya dibina sebuah rumah dalam sebidang tanah itu. Hal ini menunjukkan penguasaan tanah yang tidak konsisten kepada setiap penduduk menyukarkan projek-projek pembangunan.

Kedua, kemunduran terhadap pembinaan pusat-pusat bandar yang menyediakan akses pelbagai seperti institusi perbankan dan sebagainya. Contohnya, Mayabank yang paling berhampiran dengan kawasan felda Jerangau adalah sejauh 28km dari kawasan felda itu sendiri. Akses yang terlalu jauh menyukarkan penduduk sekitar mengambil peluang untuk berurusan dengan pihak bank dan mereka lebih rela menyimpan duit di bawah bantal daripada menyimpan di bank. Pendapat aku, 'orang kampung' sebenarnya tidak tahu untuk membelanjakan pendapatan mereka. Jadi, 'orang kampung' sebenarnya lebih kaya daripada orang bandar. Pernahkah kamu terfikir bahawa dengan meletakkan satu pusat beli belah yang besar (contoh Pavillion) di kawasan kampung banyak mempengaruhi kawasan sekitarnya?Kependudukan dan mentaliti mereka sedikit sebanyak dipengaruhi kepada pembangunan. Langkah ini mungkin mengambil masa yang agak lama tapi ianya memberi impak yang sangat besar.

Jadi, jelaslah bahawa kawasan yang sangat luas menyebabkan kekurangan akses ke bandar. Inisiatif yang paling berkesan ialah menambahkan bilangan bandar di kawasan pantai timur untuk memajukan orang Malaysia. Barulah keadilan dan hak pembangunan sama rata dapat dijalankan. Kepada pelabur-pelabur, gunalah peluang anda untuk melabur pembangunan kawasan pantai timur (buatlah satu Times Square kat pahang ke, terengganu ke).

p/s: Mamat direktor memang hebat menulis walaupun tak power main bola!