Isnin, 28 Disember 2009

Genting

Mood: Cuti-Cuti Malaysia

Satu percutian yang agak.........biasa. Lagipun, bukannya trip berjalan-jalan sesama rakan-rakan, cuma hari keluarga Institut Biosains UPM sahaja.



Aku bagi beberapa sebab kenapa trip ini ¨biasa¨ sahaja:

1) Hari keluarga. Seperti biasa, tiada aktiviti yang menarik untuk golongan pertengahan.
2) Mungkin ada aktiviti untuk golongan belia seperti karaoke tapi terhad kepada staf sahaja. Aku seperti biasa menjadi penonton tegar.
3) Pertama kali dalam sejarah aku ikut hari keluarga 2 hari 1 malam. Agak padat dengan aktiviti yang menyebabkan keadaan menjadi sedikit kelam kabut.
4) Tak sampai kawasan taman tema pun. Perjalanan lagi 10km ke puncak jauhnya. Aku menjangkakan di 1st World Plaza, rupanya di Genting View Resort sahaja.
5) Harapan yang diletakkan terlalu tinggi.
6) Sejak darjah 5 sehingga kini, aku belum pernah tercalon untuk mengambil hadiah cabutan bertuah. Aku tak bertuah sangat lah.



Walau apapun, aku ucapkan tahniah kepada ajk yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih daripada aku untuk kamu semua.


p/s: Mungkin lain kali bersama rakan pula. Kita naik sampai hujung pokok yang paling tinggi kat puncak tu ya! Aku taknak jadi harapan lagi.

Jumaat, 25 Disember 2009

Duplicity

Sudah lama aku tidak menonton semula (review) sesebuah filem. Kali ini, aku teringin benar mahu berkongsi pengalaman aku menonton filem ini. Walaupun plot cerita agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang, aku tidak menganggap itu sebagai salah satu sebab mengapa filem ini patut dikategorikan sebagai filem SAMPAH. Gaya penceritaan yang berbentuk ala James Bond membuatkan aku lebih tertarik dengan konsep yang cuba diketengahkan.



Cerita yang menggambarkan 2 orang penyiasat sebuah agensi, nampaknya membuatkan hati aku mula tertarik. Isu-isu dan gaya-gaya seperti James Bond (gajet-gajet mahal) tidak pula ditonjolkan. Aku tertarik dengan plot cerita ini disebabkan oleh kebijaksanaan Tony Gilroy mengeksploitasi watak seorang penyiasat yang selalunya menjadi anjing suruhan agensi mereka kepada pelbagai variasi. Beliau telah membuka mata aku bahawa seorang manusia tidak lepas dari menjadi hamba hawa nafsu dan mempergunakan kebodohan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Malangnya, plot cerita semakin kompleks membuatkan cerita bertambah menarik dan tidak terhad kepada penceritaan semula kisah-kisah cinta antara penyiasat malah membuka mata para penonton agar lebih memahami situasi yang berlaku. Lagu tema juga banyak yang best.



Kesimpulannya, cerita ini menonjolkan kisah mengambil kesempatan ke atas orang yang mengambil kesempatan. Memang menarik. Silalah menonton ya.



p/s: Ada juga cerita melayu sebegini rupa. Setem pun lebih kurang sama plotnya cuma tidaklah seradikal filem ini. Aku andaikan filem ini adalah Guru kepada anak muridnya, Setem.

Rabu, 23 Disember 2009

Apakah?

Lagu tema: Bitter:Sweet - Being Bad


Semalam aku bermimpi yang super pelik. Ya aku tahu, mimpi memang pelik plot ceritanya tapi aku punya plot sedikit sebanyak mencerminkan kehidupan aku. Sedap aku tengah layan tilam yang empuk, tiba-tiba terdengar suara mak aku sambil marah-marah dan memaksa aku untuk belajar di sekolah menengah semula kerana.....(hanya beberapa orang sahaja tahu sebabnya). Aku pun bangun dan terus mengambil pakaian kononnya untuk daftar kemasukan pelajar tingkatan 5 di sekolah berasrama (kenapa tak mula dengan tingkatan 1/4?). Oh, apa lagi, dengan segala kegeniusan yang ada dan pengalaman yang bertimbun-timbun, aku mengorak langkah ke kelas dengan harapan SPM kali ini aku konfirm dapat 1A semua subjek. Setibanya aku di kelas, aku terduduk kerana guru kelasnya berwajah Cheryl Samad. (Apa cer?) Terdetik hati aku, ¨alah, ni kan mimpi. Layan jela.¨



Setelah agak bosan dengan proses pembelajaran yang tak pernah ubah sejak azali (melampau!) aku mula mengambil langkah drastik dengan melarikan diri dari proses pembelajaran (ponteng lah). Bertambah peliknya, si Cheryl Samad itu seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan atas perbuatan aku. Guru disiplin pun buat dek.



Sampai ke peperiksaan pertengahan tahun, seperti biasa aku menyumbang markah terbanyak. Biasalah tu, kalau kau orang hidup sezaman aku, mesti SPM dianggap ´kacang´. Cheryl Samad tadi mula memuji-muji aku sebagai pelajar genius. Aku mula tertarik dengannya (apa cer?) dan selalu bertandang ke bilik guru untuk berdiskusi. Pernah sekali aku terlepas cakap untuk bertanyakan soalan Matematik (apa cer?) bertaraf universiti. Dia masih menjawab soalan tersebut dan mula menunjukkan rasa hairan. Aku mula menggelabah dan cuba mengubah topik. Sejak peristiwa tersebut, kami semakin rapat menyebabkan aku menjadi pelajar yang disayangi (apa cer?)



Sewaktu diskusi khas (aku dengan Cheryl Samad aja lah), aku mula menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. Tiba-tiba aku mula terfikir, sepatutnya aku tidak perlu mengulangi SPM. Dengan keputusan SPM yang lalu pun aku masih boleh memohon kos-kos yang ditawarkan di universiti. Kenapa aku bodoh sangat waktu itu? Dengan berbaki 12 hari untuk menjalani peperiksaan SPM, tiba-tiba berkumandang lagu Rage Against The Machine - Killing In The Name Of dan bunyi getaran-getaran yang biasa kita dengar apabila telefon mula berdering. Aku terjaga. Cis! Kacau betullah abang aku.



Pasal plot cerita itu aku tak berapa kisah. Aku ada persoalan:

1. Kenapa mesti Cheryl Samad? Adakah dia wajah selebriti yang terakhir aku tengok sebelum aku masuk tidur pada hari itu (iklan juara lagu)?
2. Kenapa mesti SPM?
3. Kenapa mesti ada adegan yang agak jiwang aku dengan Cheryl Samad?Aku tak pernah adore dia pun.
4. Kenapa mesti soalan Matematik?Fizik tak boleh?Kimia ke, Biologi ke.

Selasa, 22 Disember 2009

Pelik

Minggu ini aku ber'mood'kan James Bond. Aku tak tahu kenapa. Untuk penggemar muat turun lagu secara percuma, sila cari Bitter:Sweet atau Shana Halligan. Memang Casino Royale habis.


p/s: Bukan Bittersweet Malaysia ya. Itu genre untuk ber'skunking'.

Isnin, 14 Disember 2009

Alahai Karim 2

Niat bukan untuk menunjukkan siapa yang betul, cuma aku suka pakai tajuk macam ini. Maaf ya Karem. Ia mengingatkan aku pasal kes Arsenal. Sila rujuk ruangan komen ini.



Kau ada cakap, masalah komunikasi bukanlah satu perkara yang relevan untuk dibincangkan mengenai royalti. Bagi aku sendiri, salah faham komunikasi adalah satu perkara yang paling besar sebenarnya yang berlaku. Perbezaan penggunaan bahasa menyebabkan intepretasi setiap orang berbeza-beza. Dalam skop sebegini rupa, aku bagi 2 contoh perbezaan yang boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku.


Situasi 1;

Aku ambil dari kata-kata seorang bakal pujangga USM (Munzir sebenarnya), "Kalau belajar silat, hangpa tak payah sembahyang!"

Tafsiran 1: Kebanyakan orang akan menganggap perkataan "tak payah" merujuk kepada tidak perlu. Jadi, silat merupakan satu ajaran yang tidak membenarkan pelajarnya bersolat. Benarkah? Boleh jatuh syirik ni!

Tafsiran 2: Setelah persoalan ini timbul, pertanyaan diajukan semula. Perkataan "tak payah" sebenarnya merujuk kepada tidak liat/susah untuk bersolat. Jadi, silat merupakan satu platform para penuntutnya mendekatkan diri dengan agama. Besar sangat perbezaan yang berlaku dengan tafsiran 1.


Situasi 2:


Kita ambil perbezaan perkataan yang sebenarnya menyampaikan maksud yang sama. Sebagai contoh, seorang agen pemasaran Bank dan seorang penasihat kewangan bank (Bank Financial Consultant). Sudah tentunya kau orang memandang seorang 'financial consultant' lebih tinggi darjatnya dari seorang agen sedangkan kedua-duanya adalah serupa dan sama. Penggunaan istilah yang berbeza-beza menyebabkan persepsi orang luar berbeza-beza walhal kedua-duanya adalah perkara yang sama. Si polan 1 bertanya, "kau kerja apa?" Si polan 2 pula menjawab, "aku kerja financial consultant kat AmBank." Si polan 1 dalam perasaan kagum, "wah, kerja kau mesti best dan bergaji besar!". Cuba kau letakkan situasi yang sama tapi kau cakap, "aku kerja jadi agen kat AmBank." Semestinya sedikit perasaan seperti "eleh, belajar tinggi-tinggi pastu kerja jadi agen je" akan timbul dalam hati kau. Konfirm punya. Apa perbezaannya?



Aku bukanlah nak menunjuk-nunjuk dan aku sentiasa betul. Aku terima hujah kau. Cuma ada sedikit pembetulan tang bab masalah komunikasi. Sebenarnya masalah komunikasi itulah yang mengapi-apikan kedua-dua belah pihak kerana terdapat perselisihan faham. Yang belah pro faham lain, yang belah kontra faham lain. Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah sebab terlalu taksub dengan sebelah pihak sahaja. Jangan kecil hati ya bang. Mereka ni sombong sebenarnya. Nabi bersabda;



لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ


Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong." Berkata seorang lelaki: "Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik." Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia”.


------------------------

Kepakaran seseorang dinilai bukanlah dari mulut dia sendiri tetapi orang luar yang menilainya. Kau pernah panggil aku pakar ekonomi (masa kita makan sate) sedangkan aku tahu masih banyak lagi selok belok ekonomi yang perlu aku pelajari (apa-apapun, terima kasih). Orang sekeliling yang pandang kau tinggi bukan dari mulut kau sendiri. Kau tak akan sedar sejauh mana peningkatan kau dalam bidang yang kau ceburi tetapi orang luar dapat melihat kau. Ini adalah antara salah satu hikmah yang Allah kurniakan supaya orang tidak mudah sombong. Tidak ada kena mengena dengan yang atas. Ini sekadar peringatan.



p/s: Aku meramalkan satu komen yang kontra akan datang dari kau. Takpa. Ada salah silap bagitahu ya. Tak kisah pun.

p/s2: Bukan aku taknak pos komen dalam blog kau, cuma komen ini terlalu panjang. Nanti kalau aku tulis, aku hilang arah sebab kotak komen kecik sangat.

Ahad, 13 Disember 2009

Kahwin Oh Jodoh

Mood: Senario - Sebelum Dan Sesudah.


Ramai kawan-kawan aku sudah mula merancang untuk berkahwin. Yang dah berkahwin pun ada. Perbualan serius ini diakhiri dengan hilai tawa sinis yang sebenarnya merobek perasaan hati seseorang yang memulakan humor tersebut. Malangnya, orang itu tepat ditujukan kepada aku. Damn! Mula hati ini berdetik, sudah tuakah aku? (persoalan biasa bagi remaja yang merangkak ke alam dewasa). Dari sudut positif pula, aku memikirkan komitmen yang terpaksa dilalui oleh pasangan ini. Mereka tampak bersedia untuk mengharungi masa depan yang tak tahu mana hala tujunya dengan tegar dan berani. Wah! Aku kagum dengan mereka. Biarpun terpaksa berhadapan halangan yang dua kali ganda lebih dahsyat (iyalah, dah ada 2 komitmen; diri sendiri dan keluarga), hari-hari yang sukar itu ditempuhi juga dengan kudrat yang ada. Iya, aku tahu Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang mereka tak mampu. Firman Allah Azza Wa Jalla;



لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak akan memberi dugaan kepada manusia kecuali mereka mampu menanggungnya...(Al Baqarah:286)



Aku mula terfikir, sampai bilakah aku harus membujang dan terus berseronok dengan gelaran solo? Tidak cukupkah waktu lalu? Aku tak tahu jawapan itu. Terlalu subjektif bagi aku, mungkin. Mulalah di benak pemikiran aku ligat memutarkan rintangan-rintangan yang bakal dihadapi. Sudah bersiap sediakah aku untuk itu? Jika aku sudah bersedia, mampukah aku mempunyai sesorang yang bersedia untuk melalui saat itu bersama-sama dengan aku?(Cerita lain).



Aku faham.Kalau dikaitkan dengan realiti, peredaran zaman sudah mula pandang ke belakang. Maksud aku, era ini mula menunjukkan ciri-ciri era retro zaman 70an yang menggalakkan kahwin muda (jangan salah paham. Umur 20an ya. Tidaklah terlalu awal). peringkat awalan perubahan trend adalah melalui fesyen lagak ala retro yang sudah lama dipelopori (dah 3 tahun kot) dengan pemakaian Ray Band, seluar warna warni dan macam-macam lagi seolah-olah takrifan sejuk (cool) itu mengikut istilah "lagi old skool lagi kool".



Masalahnya, itu dari segi fesyen. Hal ini membabitkan komitmen, kesediaan kamu terhadap tanggungjawab yang lebih besar. Lain ceritanya. Ibu bapa juga banyak memainkan peranan sebenarnya. Rata-rata keluarga zaman sekarang tidak lagi mempunyai anak sehingga berbelas-belas malahan banyak keluarga yang mempunyai anak tunggal. Jadi mereka amat risau andaikata mereka tidak sempat menatap kebahagiaan berumah tangga anak-anak sebelum mereka memejamkan mata buat selama-lamanya.



Mungkin trend atau mungkin tidak. Aku tak tahu. Kamu tepuk dada tanya selera sendiri. Hey, persepsi orang tidak sama bukan? Jangan samakan aku dengan kamu. Ini pandangan stereotaip.



p/s: Sudah lama aku tak letak entri yang panjang-panjang. Aku sebenarnya masih dalam keadaan terkejut (shock) semasa menulis. Aliran idea tu mencurah-curah macam coklat mencurah-curah ke ladang gandum.

p/s2: Otak aku mula memutarkan nostalgia-nostalgia lampau. Aku rindu saat itu. Apakan daya. *sigh*

p/s3: Aku kena tipu. Dan akan aku tunggu saat itu.

Khamis, 10 Disember 2009

Biru Kacamata Hitamku

Bagi menaikkan mood, silalah mendengar lagu Cake - Short Skirt Long Jacket sambil membaca entri ini.


Sudah lumrah dan fitrah manusia yang bernama lelaki akan tertarik kepada perempuan. Pilihan yang bagaimana perempuan itu terpulang kepada tuan empunya badan.Memandangkan aku tidaklah berada di kedudukan tengah-tengah (aku bukan gay/pondan/khunsa/lesbian) dan aku seorang lelaki, aku memang senang tertarik kepada wanita berambut pendek (cerita lain) dan berkaca mata.


Malang untuk para pembaca, aku tak mahu hurai panjang lebar deskripsi wanita pilihan. Aku cuma mahu menyampaikan pemerhatian aku terhadap wanita berkaca mata. Seolah-olah kaca mata yang mereka pakai mempunyai satu daya tarikan seperti magnet untuk memerangkap mata aku supaya memerhatikan beliau lebih lama atau dengan kata mudahnya meng'usha'. Mata yang tersorok di sebalik bingkai kaca itu begitu bersinar-sinar sehingga membuatkan mata aku silau (untuk aku je weh. Hangpa aku taktau).


Aku dah jauh menyimpang ni. Aku nak cerita pasal seseorang yang berkaca mata ada mempunyai satu masalah penampilan. Satu sahaja! Iaitu mereka tampak pelik apabila membuka kaca mata. Mata mereka seolah-olah sengaja disepetkan. Aku tak tahu apa kaitannya dengan Sains. Mungkin penerimaan cahaya yang kurang membuatkan mereka lebih fokus dan dapat melihat objek kot. Pelik sangat rupanya. Jadi, sesiapa yang memakai cermin mata lagi-lagi perempuan, jangan buka spek kamu di depan aku untuk mengelakkan kadar peratusan penampilan terhadap aku berkurang. Haish. Apa aku mengarut ni syaitan!